Pages

Thursday, August 18, 2016

Sukaneka Tadika Zulaikha dan Yusouf

Lamanya tak berblogging..sebb masa.. makin bz kerja kat ofis. Tapi.. rasa tak syiok kan tak tulis blog. Sebb tak simpan memori dengan famili. Terutamanya .. anak-anak. Sekarang ni kena private kan blog, atas sebab-sebab tertentu..

13 Ogos 2016, Sukaneka Tadika Al-Azid. Zulaikha dan Yusouf join sama. Alhamdulillah.. perubahan yang sangat ketara pada Zulaikha, masa umur 5 tahun, dia mmg takut nak join kawan-kawan. Tahun ni.. dia bersemangat. Tak ada dah takut-takut tu. Perubahan yang positif.

Yusouf.. dia mmg jarang takut.. tapi dia tak nak berenggang ngan ibu. Jadi, saya tinggal je dia dengan cikgu-cikgu. Ada game dia main.. tapi byk masa dia main pasir je.. huhu.. yusouf.. mmg la mcm-mcm sikit perangai dia. Tapi biar la.. dia pun baru 4tahun..

Zulaikha dengan Yusouf, cikgu letak dalam rumah biru. Senang sama rumah sukan. Senang ibu ngan apak nak pantau kan. Maskot Smurf! mmg comel. Pandai cikgu-cikgu dia.. Menang tau rumah biru... bagi maskot tercantik.. dapat no.2 !
Yusouf dengan Saffiya mmg kerjanya main pasir.. main kayu.. main rumput.. berlari mcm tak cukup tanah. Penat sungguh kejar budak berdua ni. Apak ikut saffiya.. ibu ikut Yusouf. Berpeluh2 ibu ngan apak.. aduhai.. tapi suka betul tgk anak-anak ni. Enjoy sangat main dan bebas mcm ni.
Kakak pun kena jadi smurf!. Kakak.. jumpa je kawan-kawan.. lupa dah ibu ngan apaknya. Cuma dia ingat kena jaga Yusouf. Bila yusouf hilang.. dia cari. Good Job kakak!
Kerjaan dia la tu main pasir aje.. Main la sukan 2 acara kot.. yg lain dia main pasir je. Hahahah. Tapi hadiah dapat .. mcm mana tu. Gasak awk la Yusouf.

Pukul 1.00pm selesai sukan, terus balik rumah. Belum sampai rumah.. 3beradik ni dah tertido dalam kereta, kepenatan... hahah

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails