Pages

Thursday, August 18, 2016

Saffiya tiada lubang vagina

banyaknya mainan kat klinik dr siti. suka sangat anak-anak saya ni
#trowback
Ngerikan tajuk post ni? Macam tu la ngerinya perasaaan saya masa tahu... Masa tu hari Sabtu malam.. 6 Ogos 2016. Lepas mandikan Saffiya terdetik hati nak cek kemaluan dia. Dia selalu pakai pampers jenis seluar. Jadi tak ada la nak menelek sangat. Ntah Allah bukakan pintu hati, nak belek-belek dia hari tu..

Telek punya telek.. rasa mcm pelik lubang vagina dia tak ada. Mula-mula fikir.. ke salah tgk? makanya.. tgk sekali lagik.. mmg kompem tak ada. Rasa masa lahir mcm ada. Lepas tu, terus panggil Zulaikha, nak telek yang Kakak dia pulak. Zulaikha sampai marah.. sebb kan dia dah besar. Malu la. Tapi paksa juga.. Zulaikha ada lubang vagina. Terkejut sangat rasa. Fikiran dan bukan-bukan. Normal kah anak aku? nanti besar mcm mana? Macam mana nak period? Ada ke rahim?? macam-macam fikir.. nak nangis pun ada.. kesiannya Saffiya.. 

Lepas tu terus bagi tahu hubby, dia pun cek.. tak ada. Lepas tu, terus saya wasap dengan PA doc siti. Sambil-sambil tu, mengoogle.. rupanya benda tu mmg boleh berlaku. Rawatan dia pun  tak susah, sapu cream aje. Terus rasa kelegaan yang tak terkata. PA doc siti pun bgtau mcm tu.

So, 9 Ogos 2016, ambik cuti sehari, bawak pergi jumpa doc Siti, doc pun cakap, tak perlu bimbang. Ada juga kes, dah letak cream pun tak terbuka juga, jadi dia kata, dah besar sikit, masa nak dekat dtg period, doc akan buat small surgery. Tapi kena refer doc O & G.

Doc cerita, kalau negara blah-blah arab, siap  jait lubg, sebab nak elak anak-anak kena rape... sampai mcm tu sekali.. huhu bila dah besar, dia buka semula. Ishh tak mau la.. biarla Saffiya membesar normal je kan.

Ninie start letak cream doc bg tu dah hampir seminggu, Alhamdulillah dan terbuka sikit lubang vagina dia.. Syukur sangat. So, ibu-ibu.. elok cek vagina anak tu ye. tak ada la kita terkejut bila dia besar nanti, tetiba sakit perut, sebb dah dtg haid, tak boleh nak keluar... doc cerita ada kes g tu.. banyak.. mmmm tak sangka dapat ilmu baru. Terima kasih Saffiya, kalau tak, mesti ibu tak tau..

4 comments:

  1. huissh.. biar betul kak nini? tak pernah dgr kes mcm ni.. semoga semuanya baik2 saja ya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul... dh ok lepas letak cream doc bagi.. dh terbuka..

      Delete
  2. boleh share no hp dr siti...anak sedara pun dr baru discover tp tal mention pasal cream pulak...

    ReplyDelete
  3. maaf saya baru baca komen. tak ada no doc siti. Saya terus ke KMC untuk rawatan. mungkin boleh call KMC dan mintak sambung pada nurse doc siti.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails