Pages

Thursday, August 18, 2016

Lawatan Tadika Ke Kidzania, Kuala Lumpur

selalu ibu jadi jurugambar. tak aci betul
#Trowback
26 Mac 2016 - Tadika anak-anak saya selalu buat aktiviti untuk anak-anak tadika. Kali ni ke Kidzania, Kuala Lumpur. Kalau ikut program, mmg kena naik bas. Tapi Zulaikha dan Yusouf kecik sangat lagi untuk naik bas. Jadinya kami ikut sekali ke Kuala Lumpur. Mujurla adik Zex tinggal kat Serdang. Tumpang tidur kat rumah adik dia. 
sebelum pergi, main game dulu dengan cousin dia Syahmi. Kesian Syahmi tak dapat la ikut, sebb ni program sekolah
Saffiya pun siap-siap nak pergi juga ni.

Sebelum ke Kidzania, ikut adik ipar dengan Mak mentua ke Pasar pagi MARDI. Macam-macam ada. Kami datang cari sarapan pagi je. Pepagi hari dah makan satey.. sedap!.. 
Program ni sehari je. Pagi-pagi dah siap-siap anak-anak saya kena Kidzania. Sampai di Kidzania, ada kawan-kawan Zulaikha yang dah datang. Tapi yg datang dengan bas, lambat sikit. Yusouf mula-mula ok je. Tapi.. lepas dah nak masuk ke Kidzania, dia buat hal. Menangis nak ikut ibu. Tak nak masuk Kidzania. Saya buat tak tahu je la. Perangai dia, kalau kita ada depan mata, mmg dia buat perangai, jadi.. kita tinggal je ngan cikgu-cikgu. Ibu, apak dan Saffiya lepas tu, menjelajah ke bangunan sebelah, heheheh pergi IKEA, jalan-jalan. Ambik peluang masa anak-anak masuk Kidzania.

masa ni tengah beratur nak masuk, ibu tengah pujuk Yusouf la tu. Dia dah mula merengek tak nak ikut cikgu
 Kakak cerita seronok sangat masuk dalam Kidzania tu, bila tanya dia, kakak nak jadi apa bila besar nanti, spontan dia jawap.. Nak buat kek!... Kakak seronok boleh buat kek. Jadi la apa-apa pun.. ibu doakan semoga anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat.
Yusouf mmg tak boleh pisah dengan kakak dia
 
Masuk ke kawasan memproses vitagen. Kat sini dia ajar mcm mana nak buat vitagen. Seronok Zulaikha bercerita pengalaman dia.
makan tengah hari
Program ni dari pagi, sampai la tutup Kidzania kul 5.30pm. Makan pun telah disediakan. Jadi, tak perlula ibu bimbang sangat kan. Yang kelakarnya Yusouf, cikgu cerita, lepas makan, dia mengantuk, kebetulan ada cikgu yang bawak anak, bawak stroller, Yusouf tidur dalam stroller tu sampai la dah habis program... bagus sungguh... hahaha...
Paling kakak suka.. buat gelang sendiri
Ibu dengan apak pun sampai je IKEA lapar sangat, lagipun tempat makan IKEA ni mmg penuh dengan umat manusia, sampai kena cop cop kerusi. Apak pergi beli makanan, ibu cari tempat nak duduk. Punya la lama menunggu, mujur la ada satu famili tu nampak ibu dukung Saffiya, dia panggil suruh ambik tempat dia. Happy tak terkata la ibu ni kan.

Punya banyak beli, puas nak ngabih. Tu la.. tamak haloba... hahaha

Tqvm rohana dan zaidi, lama tak jumpa kan..
Kebetulan datang KL, boleh la jumpa kawan-kawan sekolah menengah yang tinggal kat KL. Tu pun dapat jumpa kejap je. Saffiya sampai tertidur kepenatan. Apak, dia jenjalan dalam IKEA masa ibu sembang dengan kawan-kawan. Tapi apak kata, bila ibu tak ikut sama, dia tak tahu nak beli apa. Jadinya lepas ambik anak-anak, kami sambung semula kat IKEA, beli barang yg memang dah plan nak beli. Kalau sampai IKEA mmg tak sah kalau tak membeli.
Yusouf tak sabar nak tiup lilin
Kebetulan juga datang kali ni ke rumah adik ipar, Mak mentua mmg ada sekali. Dan balik ngan kami ke Kuantan. Dan kebetulan juga, birthday dia. Jadi  malam tu, makan lagik!... hahaha.. enjoy betul ngan makan kan..
ratu tangga, Saffiya dan anak sepupunya, Bella, sama umur
Esoknya Ahad, terus balik ke Kuantan, anak-anak happy dapat g Kidzania.. Ibu happy dapat shopping kat IKEA. Hahahaha.




No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails