Pages

Monday, August 22, 2016

Happy Birthday Eizz Yusouf ke-4 Tahun

seronok sebb kek dia hotwheel
#Trowback
 8 Mei 2016 -Genap usia Yusouf 4tahun. Tahun ni dia mintak dengan ibu nak kek hotwheel, sebb dia pernah tgk gambar kek hotwheel. Kebetulan tempahan kek dengan kawan ninie dah tutup untuk hari birthday dia, so ibu mintak kek tu siap awal. Ambil kek hari Jumaat, nak makan kek ni hari Isnin next weeknye. Punya la susah nak simpan, dia asyik nak buka je peti ais. huhuhu. Wajah dia mmg happy sangat sebb dapat kek hotwheel. Bangga betul dia bawak g sekolah kek hotwheel.
dengan kawan-kawan

dengan cikgu dan kakak

Kek yg ni untuk versi sambut di rumah.. tempah dengan Cik nor.. jiran sebelah. Suka sgt dia sebb dpt keretapi.. tak dan nak snap gambar.. ramai sangat tukang potong kek!.. hahaha

Untuk anak ibu Yusouf, ibu doakan anak ibu berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Semoga jadi anak soleh. Bawa ibu dan apak ke syurga.. Amin..

Thursday, August 18, 2016

Lawatan Tadika Ke Kidzania, Kuala Lumpur

selalu ibu jadi jurugambar. tak aci betul
#Trowback
26 Mac 2016 - Tadika anak-anak saya selalu buat aktiviti untuk anak-anak tadika. Kali ni ke Kidzania, Kuala Lumpur. Kalau ikut program, mmg kena naik bas. Tapi Zulaikha dan Yusouf kecik sangat lagi untuk naik bas. Jadinya kami ikut sekali ke Kuala Lumpur. Mujurla adik Zex tinggal kat Serdang. Tumpang tidur kat rumah adik dia. 
sebelum pergi, main game dulu dengan cousin dia Syahmi. Kesian Syahmi tak dapat la ikut, sebb ni program sekolah
Saffiya pun siap-siap nak pergi juga ni.

Sebelum ke Kidzania, ikut adik ipar dengan Mak mentua ke Pasar pagi MARDI. Macam-macam ada. Kami datang cari sarapan pagi je. Pepagi hari dah makan satey.. sedap!.. 
Program ni sehari je. Pagi-pagi dah siap-siap anak-anak saya kena Kidzania. Sampai di Kidzania, ada kawan-kawan Zulaikha yang dah datang. Tapi yg datang dengan bas, lambat sikit. Yusouf mula-mula ok je. Tapi.. lepas dah nak masuk ke Kidzania, dia buat hal. Menangis nak ikut ibu. Tak nak masuk Kidzania. Saya buat tak tahu je la. Perangai dia, kalau kita ada depan mata, mmg dia buat perangai, jadi.. kita tinggal je ngan cikgu-cikgu. Ibu, apak dan Saffiya lepas tu, menjelajah ke bangunan sebelah, heheheh pergi IKEA, jalan-jalan. Ambik peluang masa anak-anak masuk Kidzania.

masa ni tengah beratur nak masuk, ibu tengah pujuk Yusouf la tu. Dia dah mula merengek tak nak ikut cikgu
 Kakak cerita seronok sangat masuk dalam Kidzania tu, bila tanya dia, kakak nak jadi apa bila besar nanti, spontan dia jawap.. Nak buat kek!... Kakak seronok boleh buat kek. Jadi la apa-apa pun.. ibu doakan semoga anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat.
Yusouf mmg tak boleh pisah dengan kakak dia
 
Masuk ke kawasan memproses vitagen. Kat sini dia ajar mcm mana nak buat vitagen. Seronok Zulaikha bercerita pengalaman dia.
makan tengah hari
Program ni dari pagi, sampai la tutup Kidzania kul 5.30pm. Makan pun telah disediakan. Jadi, tak perlula ibu bimbang sangat kan. Yang kelakarnya Yusouf, cikgu cerita, lepas makan, dia mengantuk, kebetulan ada cikgu yang bawak anak, bawak stroller, Yusouf tidur dalam stroller tu sampai la dah habis program... bagus sungguh... hahaha...
Paling kakak suka.. buat gelang sendiri
Ibu dengan apak pun sampai je IKEA lapar sangat, lagipun tempat makan IKEA ni mmg penuh dengan umat manusia, sampai kena cop cop kerusi. Apak pergi beli makanan, ibu cari tempat nak duduk. Punya la lama menunggu, mujur la ada satu famili tu nampak ibu dukung Saffiya, dia panggil suruh ambik tempat dia. Happy tak terkata la ibu ni kan.

Punya banyak beli, puas nak ngabih. Tu la.. tamak haloba... hahaha

Tqvm rohana dan zaidi, lama tak jumpa kan..
Kebetulan datang KL, boleh la jumpa kawan-kawan sekolah menengah yang tinggal kat KL. Tu pun dapat jumpa kejap je. Saffiya sampai tertidur kepenatan. Apak, dia jenjalan dalam IKEA masa ibu sembang dengan kawan-kawan. Tapi apak kata, bila ibu tak ikut sama, dia tak tahu nak beli apa. Jadinya lepas ambik anak-anak, kami sambung semula kat IKEA, beli barang yg memang dah plan nak beli. Kalau sampai IKEA mmg tak sah kalau tak membeli.
Yusouf tak sabar nak tiup lilin
Kebetulan juga datang kali ni ke rumah adik ipar, Mak mentua mmg ada sekali. Dan balik ngan kami ke Kuantan. Dan kebetulan juga, birthday dia. Jadi  malam tu, makan lagik!... hahaha.. enjoy betul ngan makan kan..
ratu tangga, Saffiya dan anak sepupunya, Bella, sama umur
Esoknya Ahad, terus balik ke Kuantan, anak-anak happy dapat g Kidzania.. Ibu happy dapat shopping kat IKEA. Hahahaha.




Saffiya tiada lubang vagina

banyaknya mainan kat klinik dr siti. suka sangat anak-anak saya ni
#trowback
Ngerikan tajuk post ni? Macam tu la ngerinya perasaaan saya masa tahu... Masa tu hari Sabtu malam.. 6 Ogos 2016. Lepas mandikan Saffiya terdetik hati nak cek kemaluan dia. Dia selalu pakai pampers jenis seluar. Jadi tak ada la nak menelek sangat. Ntah Allah bukakan pintu hati, nak belek-belek dia hari tu..

Telek punya telek.. rasa mcm pelik lubang vagina dia tak ada. Mula-mula fikir.. ke salah tgk? makanya.. tgk sekali lagik.. mmg kompem tak ada. Rasa masa lahir mcm ada. Lepas tu, terus panggil Zulaikha, nak telek yang Kakak dia pulak. Zulaikha sampai marah.. sebb kan dia dah besar. Malu la. Tapi paksa juga.. Zulaikha ada lubang vagina. Terkejut sangat rasa. Fikiran dan bukan-bukan. Normal kah anak aku? nanti besar mcm mana? Macam mana nak period? Ada ke rahim?? macam-macam fikir.. nak nangis pun ada.. kesiannya Saffiya.. 

Lepas tu terus bagi tahu hubby, dia pun cek.. tak ada. Lepas tu, terus saya wasap dengan PA doc siti. Sambil-sambil tu, mengoogle.. rupanya benda tu mmg boleh berlaku. Rawatan dia pun  tak susah, sapu cream aje. Terus rasa kelegaan yang tak terkata. PA doc siti pun bgtau mcm tu.

So, 9 Ogos 2016, ambik cuti sehari, bawak pergi jumpa doc Siti, doc pun cakap, tak perlu bimbang. Ada juga kes, dah letak cream pun tak terbuka juga, jadi dia kata, dah besar sikit, masa nak dekat dtg period, doc akan buat small surgery. Tapi kena refer doc O & G.

Doc cerita, kalau negara blah-blah arab, siap  jait lubg, sebab nak elak anak-anak kena rape... sampai mcm tu sekali.. huhu bila dah besar, dia buka semula. Ishh tak mau la.. biarla Saffiya membesar normal je kan.

Ninie start letak cream doc bg tu dah hampir seminggu, Alhamdulillah dan terbuka sikit lubang vagina dia.. Syukur sangat. So, ibu-ibu.. elok cek vagina anak tu ye. tak ada la kita terkejut bila dia besar nanti, tetiba sakit perut, sebb dah dtg haid, tak boleh nak keluar... doc cerita ada kes g tu.. banyak.. mmmm tak sangka dapat ilmu baru. Terima kasih Saffiya, kalau tak, mesti ibu tak tau..

Sukaneka Tadika Zulaikha dan Yusouf

Lamanya tak berblogging..sebb masa.. makin bz kerja kat ofis. Tapi.. rasa tak syiok kan tak tulis blog. Sebb tak simpan memori dengan famili. Terutamanya .. anak-anak. Sekarang ni kena private kan blog, atas sebab-sebab tertentu..

13 Ogos 2016, Sukaneka Tadika Al-Azid. Zulaikha dan Yusouf join sama. Alhamdulillah.. perubahan yang sangat ketara pada Zulaikha, masa umur 5 tahun, dia mmg takut nak join kawan-kawan. Tahun ni.. dia bersemangat. Tak ada dah takut-takut tu. Perubahan yang positif.

Yusouf.. dia mmg jarang takut.. tapi dia tak nak berenggang ngan ibu. Jadi, saya tinggal je dia dengan cikgu-cikgu. Ada game dia main.. tapi byk masa dia main pasir je.. huhu.. yusouf.. mmg la mcm-mcm sikit perangai dia. Tapi biar la.. dia pun baru 4tahun..

Zulaikha dengan Yusouf, cikgu letak dalam rumah biru. Senang sama rumah sukan. Senang ibu ngan apak nak pantau kan. Maskot Smurf! mmg comel. Pandai cikgu-cikgu dia.. Menang tau rumah biru... bagi maskot tercantik.. dapat no.2 !
Yusouf dengan Saffiya mmg kerjanya main pasir.. main kayu.. main rumput.. berlari mcm tak cukup tanah. Penat sungguh kejar budak berdua ni. Apak ikut saffiya.. ibu ikut Yusouf. Berpeluh2 ibu ngan apak.. aduhai.. tapi suka betul tgk anak-anak ni. Enjoy sangat main dan bebas mcm ni.
Kakak pun kena jadi smurf!. Kakak.. jumpa je kawan-kawan.. lupa dah ibu ngan apaknya. Cuma dia ingat kena jaga Yusouf. Bila yusouf hilang.. dia cari. Good Job kakak!
Kerjaan dia la tu main pasir aje.. Main la sukan 2 acara kot.. yg lain dia main pasir je. Hahahah. Tapi hadiah dapat .. mcm mana tu. Gasak awk la Yusouf.

Pukul 1.00pm selesai sukan, terus balik rumah. Belum sampai rumah.. 3beradik ni dah tertido dalam kereta, kepenatan... hahah

linkwithin

Related Posts with Thumbnails