Pages

Thursday, November 26, 2015

Eizz Yusouf masuk wad lagi : acute bronchitis

neb kat klinik doc siti
26 September 2015 - Hari Sabtu, Yusouf ikut zex pergi kenduri. Rasanya dia byk sgt mkn aiskrim. Malam tu dia dah mula dah nampak tanda-tanda asthma dia menyerang. Mlm dia tak boleh langsung tidur lena. Ninie lagi la tak lena. Risau dengan keadaan Yusouf. Makin kuat bunyi asthma dia. Ninie bagi nebulizer kat rumah pun dah tak jalan. Esoknya Ninie gagahkan diri bawak Yusouf kecemasan KSH. Doc bagi dia nebulizer lagi. Masa kat kecemasan tu, lepas neb dia nampak mcm ok je. Mujurla g KSH ngan Along dan kakak ipar. Zex nya keje. Dia muntah kat KSH. Basah habis baju ibu. 

Ingatkan malam tu dah ok. Tapi bila bunyi dia makin kuat. Ninie bg dia neb, dah tak jalan juga. Akhirnya ninie ambik Essention Oil Thieves, letak kat area hidung dia, bagi dia bau. Baru dia boleh tidur. Lega la kejap.

Esoknya, terus bawa dia semula ke KSH. Jumpa doc Siti. Bila doc tgk je dada dia berombak-ombak macam tu, terus dia suruh admit. Mulanya janji ngan kakak ipar, nak g ambik dia dulu baru g KSH. Tapi takut lewat sampai KSH, doc plak tak ada, terus je ke KSH ngan anak-anak. Ntah apa difikirkan masa tu. Biar la susah ngan anak-anak ni. Janji boleh pergi KSH. Selalu time jadi mcm ni, Zex kerja yg tak boleh ditangguhkan.. ataupun outstation.. dugaannya la.. tapi redho..
kepenatan masing-masing
Sebelum transfer ke wad, doc siti suruh neb dulu. Mulanya dpt bilik 4 orang. Sebb wad single tak ada yang kosong. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan ninie hari tu. Anak-anak baik.. dengar kata. Bila anak-anak dah tidur, Ninie terus g cafe cari makanan. Tawakkal je la. Allah mudahkan lagi urusan, dapat transfer ke bilik single hari yang sama juga.
ntah apa la berkenan sgt ngan selipar apak
Lepas apak balik kerja je, terus apak uruskan semua baju anak-anak dan ibu, utk bermalam di KSH. So malam tu semua tidur di KSH.

Doc kata, Yusouf kena neb setiap brp jam ntah.. ninie pun lupa.. huhuhu. citernye dah lama. Nampak dia beransur baik lepas dah byk kali ambik neb, dan makan ubat. So esoknya malamnya, doc tanya nak stay ke tak.. so of course la ibu mmg tak minat nak stay kat hospital, tak daya ngan anak-anak ni kan duk dalam bilik tertutup gini. So malam tu, dapat balik rumah.. lega yang amat. Actually doc kata, Yusouf ni asthma allergic. Ntah apa dia makan, jadi allergic mcm ni.. hai la anak.. selalu buat ibu sedih hati.. tak sanggup tgk dia derita sakit.. so heartbreaking.. 
kakak mmg suka makanan kat wad. dia la tukang ngabih
 
Walaupun dah discaj, Ninie kena continue neb Yusouf kat rumah selama seminggu.Syukur sekejap je masuk wad.. dua hari semalam je. Ninie pun ambik cuti straight aje la. Sebb nak kena neb Yusouf 4kali sehari. Nak pastikan dia betul-betul sihat baru ibu boleh g kerja dengan aman damai. Syukur.. sihat dah anak ibu. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails