Pages

Thursday, November 26, 2015

Bawa anak jalan-jalan Bird Park, Pameran Dinasour dan Ikea

17 Oktober 2015- Dah lama rasanya tak bawak anak-anak pergi bercuti. Anak-anak pun dah sebut nak g "rumah haiwan besar". Hehehe. Zulaikha bagi nama mcm tu kalau tempat tu banyak haiwan. Apak pun nanti nak g Outstation jauh dan lama. Jadi apak nak bawak anak-anak g jalan-jalan dulu. Pagi bertolak dari Kuantan tu lambat juga la. Sebb nak siapkan anak-anak ni mmg lambat. Sampai KL dah petang, jadi apak kata, elok kita g BirdPark dulu.

Last g BirdPark, masa tu umur Yusouf 8bulan. Walapun dah pernah pergi, tapi kali ni agak berbeza, sebb kami dah berlima. Hehehe.. cepatnya masa berlalu kan.. <<Klik sini>>

saffiya.. bird bird.. kagum le tu
Mula-mula sampai mmg waktu pertunjukan burung. Tercengang-cengang Yusouf bila tgk burung tu boleh bercakap. Semua bird kat situ mcm cerita kartun RIO. Lagi la anak-anak suka. Blu dan Nigel.. watak utama dalam RIO.
Zulaikha cuba tunjuk bakat bagi bird susu.

Dah penat kat Birdpark, baru la Ninie gerak ke rumah adik ipar kat Serdang. Dah penat sangat. Malam tak keluar ke mana pun. Mulanya nak g I-City, tak jadi, sebb penat sangat.
Hari Ahad, mmg dah plan nak g tgk dinasour. Dinasour ni, mmg Yusouf yang nak tgk sgt. Mujur tanya kawan-kawan kat FB. Diaorg bagi tahu ada kat discoveria kat Avenue K, Jalan Ampang. Tiket ninie beli kat Groupon. Harga tiket kanak-kanak lagi mahal dari dewasa, tapi sebab beli melalui groupon, dapat la diskaun. So tiket dewasa ngan kanak-kanak lebih kurang aje la. RM25-RM26 seorang. Kebetulan adik ipar satu famili nak ikut sama, lagik la meriahnya. 

Ok juga la masuk dalam ni. Ada aktiviti. Kalau kita dewasa ni mesti bosan sebb dinasour kan replikas je. Bukan binatang betul, tapi ada la bergerak-geraknya. Anak-anak.. excited sangat-sangat. Kami semua kena pakai baju jaket ala-ala jurasic park la. Anak-anak dia bagi torchlight, map dan gelang kat tgn. Kena siapkan kuiz. Pada map tu kita kena jejak apa jenis dinasour-dinasour ni. Gelang pada tgn tu kena touch kat screen monitor yg kita jumpa sepanjang perjalanan dlm tu untuk dapatkan clue. Hahah.. zex dengan adik ipar la yg bersungguh mencari  jawapan. Ninie layan anak-anak. 

Kisah mencuit hati... Yusouf. Mulanya dia tak ada pun torchlight atas kepala, sampai satu tempat, Anak sedara Ninie, si Syahmi bagi Ninie torchlight sebab dia nak buat wall climbing, Yusouf ckp dengan ninie.. nada perlahan je.. "abang nak lampu..." Ninie tak terfikir dia berminat sungguh-sungguh, jadi ninie bg dia pinjam aje la kononnya.. lepas syahmi dah turun dari wall climbing, Yusouf dah tak bagi balik la torchlight tu. Mujurla guider kat situ bagi yg lain utk Yusouf, punyala dia happy.. ke sana ke mari menyuluh. Actually dalam tu mmg gelap.. ala-ala dalam gua.. nak ambik gambar pun tak nampak sangat.

Ada lg aktviti lain dalam tu. lumba lari dengan dinaosur secara maya. Seronok betul anak-anak.. termasuk la Saffiya.. sama-sama lumba lari.. hehehe


Last track dh complete jawapan.. kat luar tu anak-anak boleh ambik gambar dengan dinasour, cari tulang dalam pasir dan ballpit gunung berapi. Lagi kelako... mati-mati kami ingat kalau dpt jawap semua soalan dapat hadiah .. kami bayangkan dpt hadiah model dinasour kecik ke kan.. rupanya.. dpt sijil sekeping je.. hahaha jadi la kan.. nama anak-anak terpahat.
Ambik dengan kamera hp mmg tak brp terang kan..

Ni gambar dalam studio sebelum masuk discoveria.

Habis kat discoveria kami jalan-jalan kat KLCC je. Tapi anak-anak dah penat sgt. Semua nak tidur. Stroller bawak satu je. So gilir-gilir la masing-masingnya tidur.
Hari isnin, hari last kami jalan-jalan KL. Kebetulan masa tu index IPU KL tinggi, jadi aktviti outdoor mmg tak boleh buat. Mulanya nak g Zoo Negara. Cancel.. tukar plan ke Ikea. Dah index IPU tinggi.. anak saudara ninie si Syahmi ni.. tak g sekolah.. pening plak mama dan papa dia nak letak mana.. so ninie hangkut la bawak jenjalan sama. 

Budak-budak bila ada geng dia.. g ikea pun rasa seronok sangat.

Syahmi dan Saffiya
 
Dah penat jalan-jalan kat Ikea, baru la hantar Syahmi balik semula ke Serdang. Lepas rehat kejap.. baru la balik ke Kuantan. Seronoknya anak-anak.. duk sebut sampai harini nak pergi lagik.. Tqvm apak sebb bawak kami semua jalan-jalan... 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails