Pages

Friday, October 30, 2015

Terpaksa bawak anak-anak pergi kerja


dibelakang tabir
7 September 2015: Ofis Ninie ada Majlis Perasmian Kardiotorasik. Disempurnakan oleh KDYM TM Pahang. Bukan nak citer betapa hebatnya majlis ni, tapi betapa penatnya nak setelkan majlis ni. Ninie ambik part sikit aje. Tapi penat dia... tak terkata selama 2hari. Sabtu, Ninie bawak Zulaikha dan Yusouf g ofis, sebb apak kerja juga. Saffiya, Ninie hantar ke taska. Zulaikha dan Yusouf dah besar, mmg dia  tak nak la g taska hari cuti. Nak jadi cerita, budak-budak  ni, Ninie letak dlm bilik, bagi segala pen kertas suruh main.. 

Masa ada rehearsel kat auditorium, terkejut Ninie, bila nampak Zulaikha ngan Yusouf ada dlm Audi. Rupanya kawan Ninie yang hantar. Aduhai.. ntah mcm mana dia main.. Yusouf tersenguk kat palang kayu dlm auditorium.. berdarah dagu. Nangis... satu auditorium boleh dengar. Bila dah jadi gini.. kompem la kita rasa bersalah ngan anak-anak kan.. tp what to do.. terpaksa.

penat melompat
dagu berdarah
tidur atas lantai je.. menangis sampai tertidur.. siannya anak ibu

 Part paling kesian... ntah masa bila dia ambik makanan ni.. kawan-kawan ninie yg tolong bg makan.. aduhai... sedih la ibu.

Hari esoknya.. sehari lg ibu kena bertugas. Sib baik la cikgu Zulaikha suruh hantar diaorg berdua ni main ngan anak cikgu kat rumah dia. Kebetulan setaman. Terima kasih ye cikgu Nurul. Tak terucap betapa rasa tak terbalas budi tolong jaga mereka berdua ni. Lepas maghrib baru diaorg balik rumah.. tu pun cikgu hantar... Saffiya pulak hari Ahad tu, kena hantar ke Balok, sebb kat taska dia tak kenal cikgu yg keje hari Ahad... dia meraung... aduhai...

 Dia suka sgt duduk rumah tok kan... lega sikit kerja hari Ahad tu. Susahnya kan bila kerja tak ada org jaga anak-anak kita....

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails