Pages

Friday, October 30, 2015

Terpaksa bawak anak-anak pergi kerja


dibelakang tabir
7 September 2015: Ofis Ninie ada Majlis Perasmian Kardiotorasik. Disempurnakan oleh KDYM TM Pahang. Bukan nak citer betapa hebatnya majlis ni, tapi betapa penatnya nak setelkan majlis ni. Ninie ambik part sikit aje. Tapi penat dia... tak terkata selama 2hari. Sabtu, Ninie bawak Zulaikha dan Yusouf g ofis, sebb apak kerja juga. Saffiya, Ninie hantar ke taska. Zulaikha dan Yusouf dah besar, mmg dia  tak nak la g taska hari cuti. Nak jadi cerita, budak-budak  ni, Ninie letak dlm bilik, bagi segala pen kertas suruh main.. 

Masa ada rehearsel kat auditorium, terkejut Ninie, bila nampak Zulaikha ngan Yusouf ada dlm Audi. Rupanya kawan Ninie yang hantar. Aduhai.. ntah mcm mana dia main.. Yusouf tersenguk kat palang kayu dlm auditorium.. berdarah dagu. Nangis... satu auditorium boleh dengar. Bila dah jadi gini.. kompem la kita rasa bersalah ngan anak-anak kan.. tp what to do.. terpaksa.

penat melompat
dagu berdarah
tidur atas lantai je.. menangis sampai tertidur.. siannya anak ibu

 Part paling kesian... ntah masa bila dia ambik makanan ni.. kawan-kawan ninie yg tolong bg makan.. aduhai... sedih la ibu.

Hari esoknya.. sehari lg ibu kena bertugas. Sib baik la cikgu Zulaikha suruh hantar diaorg berdua ni main ngan anak cikgu kat rumah dia. Kebetulan setaman. Terima kasih ye cikgu Nurul. Tak terucap betapa rasa tak terbalas budi tolong jaga mereka berdua ni. Lepas maghrib baru diaorg balik rumah.. tu pun cikgu hantar... Saffiya pulak hari Ahad tu, kena hantar ke Balok, sebb kat taska dia tak kenal cikgu yg keje hari Ahad... dia meraung... aduhai...

 Dia suka sgt duduk rumah tok kan... lega sikit kerja hari Ahad tu. Susahnya kan bila kerja tak ada org jaga anak-anak kita....

Tuesday, October 20, 2015

Naik bot di The Mines

22 Ogos 2015 : Sabtu apak mcm biasa, kerja. Selalunya ibu yang urus anak-anak. Kebetulan dengar Paklong dan Maklong nak g kenduri kat Shah Alam, terus nak ikut. Kesian kat anak-anak, tak g jalan mana-mana. Asalnya tak ada plan pun lepas kenduri nak g The Mines. Tapi, Zulaikha sibuk nak g "rumah haiwan", Paklong kata.. bawak la kejap g The Mines.
Maklong yang semakin berisi sebb ada isi.. hehehe
Naik bot ni mahal juga. Huhuhu. Tapi sebab anak-anak, ibu buat pejam mata. Ninie tak ingat brp RM. Tapi masa tu bayar dekat RM100 untuk ibu, Maklong, Zulaikha dan Yusouf. Saffiya under age, so free. Paklong tak nak naik.. Seronok juga la anak-anak, naik bot tgk tasik The Mines ni. Ikannya beso-beso lengan..
tercengang Saffiya tgk ibu bagi makan ikan
gini gaya muka bila anak-anak bergayutan.. hahaha

Binatang lain, ada la angsa.. itik. Budak-budak.. dapat tgk binatang apa pun suka. Janji dia happy. 40minit rasanya pusing tasik tu. Luas juga la. Permandangan dia cantik. Zaman bujang dulu.. rumah Ninie sewa mmg area The Mines.. tak ada selera pun nak naik.. hahahaha.. bila ada anak ni.. ibunya yg bising mulut tgk ikan dalam tasik!... ngeeee

Gigi kekal Zulaikha dah mula tumbuh


17 Ogos 2015: Zulaikha mmg suka sgt main lompat-lompat atas katil. Kekdg penat larang. Bukan sebb tak bagi bersepah, tapi takut dia cedera. Kekdg terlantun ke bawah, berlaga kepala la dengan Yusouf. Tapi biasala dia.. larang la 100 kali pun.. dia masih buat benda yg sama.. huhuhu
Ninie pergi Klinik Pergigian Hasana kat IM. Ni actually suami opismate Ninie punya Klinik.. 
Baru-baru ni dia main lagi lompat-lompat dengan cousin-cousin dia. Tetiba dgr dia nangis. Bila tanya.. dia ckp td terjatuh, gigi dia sakit. Mmg betul.. gigi dia bergoyang.. Bila tengok sekali lg, rupanya gigi kekal dia dah tumbuh dibelakang gigi susu yg bergoyang tu. Kemungkinan bukan sebb dia jatuh, mmg dah gigi dia bergoyang. So, esoknya bawak dia jumpa dentist. Ini kali pertama dia pergi dentist ngan ibu, selalunya cek kat tadika dia je.
tak nangis kakak.. well done!
Doc cakap gigi kakak mmg dah tumbuh sebatang. Kanak-kanak selalunya 6 tahun mula tumbuh gigi baru.. tapi plus minus la setahun.. ada lambat setahun.. masa 7thn baru tumbuh.. Zulaikha plak awal setahun.. baru 5thn dah tumbuh gigi baru. So, gigi yg goyang tu doc dah cabut. Senang benar doc cabut. Kakak tak dan nak nangis.. hehehe.  Doc kata gigi geraham dia satu je rosak. Doc ajak dia dtg semula nanti sebab ni first experient dia g dentist, takut dia serik. Alhamdulillah..

Lepas cabut gigi, dia ajak g pizza.. sebb nak makan mushroom soup.. Suka sgt mkn mushroom soup.. Pizza dia tak brp makan.. kalau makan pun.. dia ambik pepperoni aje.. rugi betul.. ibu la mengabih rotinye. Mana tak debab ibu kan..
happy dapat apa yg dihajati

Yusouf mana boleh tinggal.. ibu bawak sekali.. ngan maklong sekali ikut..

aktiviti dia sementara tunggu kakak..
*punya lama tak update blog.. hahaha.. sekarang ni dah 2batang gigi susu Zulaikha tertanggal. Dah tumbuh 2 batang gigi baru..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails