Pages

Thursday, May 28, 2015

Saffiya dah mula berjalan



Masuk je umur Saffiya 10 bulan, dia dah mula menapak 2 ke 3 langkah. Cepat betul progress dia. Agaknya sbb dia ada kakak ngan abang. Jadi semangat dia nak jadi  mcm abang dengan kakak kot.. Seminggu dia asyik berdiri lepas tangan.. seminggu dia asyik menapak 3 langkah. Minggu ni keje dia menapak 5langkah.. Kekdg dia mintak tangan ibu.. nak suruh pimpin dia jalan. 
nak join kakak ngan abg jugak
Dia semakin keletah.. suka merajuk.. kalau dia buat salah.. contoh la.. memunggah.. kita ckp je .. "haiiip"!.. terus menongeng.. tanda merajuk.. hehehe.. Semoga terus membesar sihat dan kuat cik pea ibu ye!

Friday, May 15, 2015

Saffiya dah 10Bulan

30 April 2015 genap la umur Saffiya 10 bulan. Alhamdulillah.. bawak g Klinik Kurnia.. timbang berat. Naik la sikit.. 7.8kg. Saffiya jenis tak naik banyak berat dia.. 

Sekarang ni dia dah mula menapak nak berjalan.. merangkak mmg dah expert. Cepat sungguh berbanding ngan Zulaikha dan Yusouf. Gigi dia paling ninie ngeri.. dah 5 batang!.. 

Sampai sekarang masih Breastfeeding. Cuma dah campur ngan susu formula. Semoga anak ibu.. Allah terus bg kesihatan yang baik..! Amin.. 

Hari Sukaneka Tadika Zulaikha

Lama Ninie tak update. Malas... mcm biasala.. alasan paling solid!
Tepek gambar aje la. Biar gambar berbicara.. hehehe
 Saffiya, Ninie tak bawak. Sebab takut kesian dia panas. Sampai je kat Taman Gelora, rupanya hujan renyai-renyai. Mujur la tak bawak Saffiya.. Mana nak cari tempat perlindungan kan.. Sampai je, Zulaikha kena beratur ikut group. Rupanya dia rumah merah, tanya dia.. tak jawap-jawap. Ntah apa dia tahu pun tak tahu la.. Malu sangat mula-mula sampai tu.. Ibu pun kena join dia beratur sekali. Apak jaga Yusouf..
 Malu nak pakai topeng Ultraman..
Masa ni dah ok sikit. Ibu tengok dari jauh pun tak apa dah

 Rumah Hijau
 Ada 8 acara tak silap. Semua kena masuk. Tapi bagus tadika ni. Sebb dia dah tahu mcm mana nak handle kanak-kanak riang ni. Jadi mmg senang la. Budak-budak ni main je ikut arahan cikgu-cikgu, yg beria-ria sgtnye.. ibu dia.. hahaha.. jerit bagai nak rak bg semangat ke anak-anak. Nak suh nya menang.. hehehe
 Yusouf mmg suka sgt... boleh berlari ke serata alam..
 malu-malu
 Ngan cikgu sekali main.. hahaha
Dapat topi sapa ntah ... cikgu bg je pakai takut hujan.. 
Lepas sukaneka .. Apak ajak g kenduri anak kawan dia kawen.. kat Indera Mahkota. Padahal masa kat sukaneka dah makan.. melantak lg sekali kat kenduri.. mana tak tembun kan...

linkwithin

Related Posts with Thumbnails