Pages

Thursday, April 2, 2015

Jalan-Jalan 3 in 1

makan kat alamanda
Cerita bulan lepas jugak ni.. 19 Feb 2015- Masa ni cuti panjang. Cuti tahun baru cina. Lama dah rasa tak g jenjalan. Semenjak dapat Saffiya, tak g jalan jauh lagi rasanya. Kali ni g jalan-jalan sebab 3 perkara. 19 Feb tu anak saudara Zex, Adiya buat tahlil kat rumah dia kat Shah Alam. Lupa nak snap gambar.. hahaha.. sbb syok sangat makan x hengattt.. Actually kitaorg g Shah Alam, petang Khamis. Nak bersiap bukan la senang ngan anak-anak kecik ni. Lastnya kul2 baru gerak dari rumah. Lagipun bukan nak kejar masa pun.. santai-santai aje la. Sampai petang tu, rehat sekejap.. terus kenduri tahlil malam tu. Makan mau tak  syok kan..
peminat setia haiwan berbulu
Esoknya 20 Feb, misi mencari hiburan untuk kanak-kanak riang. Budak-budak ni bukan suka g shoping² ni.. jadi kita cari apa yg dia suka dulu.. baru boleh buat aktiviti untuk ibunda dia. Kebetulan dah kat Shah Alam boleh la pergi Farm In The City. Ninie tau pasal tempat ni pun tgk kat tv. Syok juga. Sbb anak-anak ninie mmg suka binatang. Kalau Zulaikha.. dia panggil.. "rumah haiwan"! hehehe.. jangan main-main.. haiwan pun ada rumah.

Masuk sini kompem la kena bayar. RM30 dewasa, RM25 kanak-kanak. Kebetulan Yusouf dan Saffiya bwh 3tahun, jadi.. tak yah la bayar. Tapi cousin Ninie cakap.. siapa ada blog... tak yah bayar, boleh dapat tiket free. Ampesss tau pun lepas dah g sana.. tak ada rezeki la namanya tu kan. Tak apa.. mmg niat nak bawak anak-anak kan.. tak yah kisah pasal tiket pree.. !
banyak sangat ikan.. makanan ikan mmg disediakan

kura-kura gergasi. Makanan utk kura-kura pun disediakan

arnab kegemaran budak berdua ni
Yusouf melarikan diri.. takut binatang besar
ibu pun nak bergambar juga kan..
Sebenarnya kan.. banyak lagi binatang kat sini. Macam kanggaroo.. ular.. lembu.. anak ayam.. mmg semua binatang dalam farm. Tapi ninie tak snap. Ni dukung budak Saffiya, layan budak berdua yg sangat excited dapat g "rumah haiwan baru" ... ayat baru tu sbb sebelum ni dia tahu rumah haiwan hanya di Taman Teruntum.. 

Yusouf suka angsa.. tapi dia ckp itik.. heheh
Mmg enjoy sungguh budak berdua ni. Yusouf dapat pegang anak ayam.. tak mau balik. Mengamuk tak nak balik. Tapi hari dah tinggi.. panas wehhh .. ibu pun dah lapar.. Saffiya dah dahaga nak Bfeed, so, paksa la budak berdua keluar. Nak g Alamanda pulak.. tempat sejuk nyaman..
siap tukar baju semua anak-anak.. bg fresh sikit badan
makan share.. sbb dah kenyang makan nasi kat Johnys
ibu duk membelek cari syiling
kita layan je lagik
   Balik dari Alamanda.. tido rumah Adiya lagik utk satu malam. Seronok memalam hari bersembang ngan ipar-ipar. Pepg esoknya lepas sarapan, siap-siapkan anak-anak terus bertolak ke Sentul.. sentul eh? lupa la.. tp area-area sana la. Sepupu Ninie buat majlis menyambut menantu. Senang betul zaman Gps ni.. share je location, boleh jumpa dah dewan ni. Berkumpul terus kat dewan. Lepas dah habis majlis terus balik Kuantan.
Selamat Pengantin Baru Lia & Suami.. apsal bleh plak lupa nama suami dia ni.. kihkihkih
Ninie mmg tak singgah mana-mana dah sebab kereta buat hal. Actually sebelum pergi Shah Alam lagi kereta dah buat hal sekali sekala. Lepas dah hantar servis kat Honda, dia ckp ok yakin la nak g Shah Alam. Tapi otw balik Kuantan mmg berdebar. Asal naik je bukit, kereta tu semput² ... mati.. start balik hidup.

Sib baik la balik tu ramai-ramai walaupun tak rancang jalan berkonvoi. Depan belakang la ada eskot. Alhamdulillah.. saudara mara yg sangat perihatin, mmg pastikan Ninie sekeluarga sampai ke rumah ngan selamatnya walaupun 2 ke 3 kali jugak kereta Ninie mati tengah jalan.

Alhamdulillah kereta masuk ICU sebulan. Mungkin ada hikmah kan.. kereta Ninie rosak gearbox... Nanti Ninie storyla.. panjang kisah dia. uhuhu.
  


linkwithin

Related Posts with Thumbnails