Pages

Friday, March 20, 2015

Zulaikha dah 5 Tahun : 12 Feb 2015

Ni pos lama-lama yang Ninie tak sempat nak tulis. 12 Feb 2015 genap umur anakda Zulaikha 5 tahun. Besar dah anak ibu. Alhamdulillah.. Tahun ni birthday dia mmg buat kat sekolah je. 

Kek tahun ni dia nak tema Frozen. Nak sangat Elsa.. sbb Elsa tu cantik kata dia. Ninie mmg dah tempah ngan NN Sweet Treats. Tapi nak jadi cerita, tuan kedai ada masalah kesihatan, masuk wad. Jadinya alternatif nak cari orang lain.. Ninie malas. Terfikir nak membakar kek sendiri aje. Terus buat plan ke-2. Ambik cuti.. duk umah ngan Zulaikha sahaja, buat kek utk birthday dia esoknya. Ninie ni bukan pandai bab deko.. tgk Utube ok...
Add caption
Ninie beli tepung instant aje. Senang.. buh telur, minyak ngn air je. Lepas tu bakar. Buat terus dua loyang. Sebab malas nak potong tengah tu  nanti.
Keje melepa kek ni mmg tak reti ye.. comot amat. Lantak aje la kan.. Resepi cream ni mmg Ninie google aje. 
asyik mintak nak makan kek.. kek pun belum siap..
Tolong ibu la tu kan.. At least ada dia.. ibu semangat nak siap. Ninie bukan jenis yang penyabar nak buat keje-keje gini.. grrrrrr... tapi demi anakda.. ibu teruskan juga.. chaiiyokk .. g tu la kejadiannya.
gambar tu beli kat kedai brg bakery.. edible imej
Tadda! dah siap.. lega tau bila dah siap.. mcm parkinson tangan pegang piping bag cream tu... Zulaikha sangat² suka.. tu yg paling pentingnya.. Lepas dah siap buat kek.. nak buat goodie bag utk kawan-kawan dia. So bawak dia g cowboy. Dia nak pilih sendiri goodie bag apa.
sempat lagi singgah kedai pet shop. suka sgt kura-kura

kucing ni ngada!
 Feberet dia.. kucing.. sorry ye... ibu mmg tak beli.. mahai!
Makan kat pizza
 Dah penat mencari barang, g kuantan parade. Dia nak makan pizza. Layan je la. Sbb birthday girl kan.. Suka sgt mushroom sup pizza.
Pau ibu lagik.. jam Elsa..
tak tahu la apa motif ninie kan.. tetiba buat  biskut plak. bg kanak-kanak riang bawak g sekolah dia

 Malam tu sebelum bawak kek g tadika dia excited tunjuk kat apak.. Yusouf pun suka sgt.. menjerit² echa.. echa.. hahah.. dia pun dapat jam.. atomen
masa kat tadika

ngan cikgu dan kawan²
Alhamdulillah sukses ikut kehendak dia.. Semoga Zulaikha terus membesar dan jadi anak yg Solehah!. Terima kasih atas doa dan ucapan semua ye.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails