Pages

Friday, March 20, 2015

Saffiya dah nak masuk 9Bulan

Lama pulak kali ni tak update blog. Tetiba harini teringat nak update.. Tahun ni.. umur dah makin meningkat. Kah kah kah.. tetiba citer pasal umur. Mau tak.. zaman mula-mula ada blog, umur bawah 30 tahun.. sekrg ni dah nak hampir ke 40. Makin matang.. ayat halus dia..
dia mmg suka kacau abamm
Alhamdulillah.. 30 Mac ni, genap umur Saffiya 9Bulan. Tempoh 2 bulan ni banyak perubahan baru pada Saffiya. Dari tak boleh duduk.. sekarang ni dah expert. Yang amazing Saffiya ni berbanding kakak dan abang.. dia laju semua benda. Contohnya.. boleh duduk mmg awal. Yg lagi amazing tu, kalau abang ngan kakak.. duduk mesti sekali sekala tu terlentang ke belakang, kita kena support la kan.. Si Saffiya ni .. tak yah.. dia terus g level expert.. syabbas bette! Rasanya Saffiya ibu kurang layan kemanjaan dia.. biar je dia expolore.. mungkin sebb tu kot.

Tengok la dia.. kemain sengih kan. Suka tau.. orang ambik gambar dia, lepas ambik gambar, dia mintak hp.. nak cek balik betul tak ibu ambik. grrrr.. lagak dia mmg gaya budak dah besar. Cuma satu masalah dia.. dia tak boleh ibu tak dek. Anak kanggaroo biasala.. Kalau boleh dia nak ibu ngadap dia 24jam. Ibu suka je ngadap dia selalu.. heheh.. apak la naya.. kena ganti keje² ibu.. Daya ke apak?? sehari boleh la.. selalu.. tak tahu la apa rupa kakak ngan abammm nanti..

Bulan ni g KK Kurnia macam biasa. Check up dia. Timbang dan ukur tinggi je. Berat dia meningkat. Tapi biasa je.. sekrg ni berat dia 7.8kg. Dia bukan mcm kakak dia.. chubby.. dia ni spesis abammm.. melonjong.. kompemla ikut apak ni.. Tak apala.. janji sihat dan cergas.. Alhamdulillah... Sekarang ni dia start merangkak.. dalam dua ke tiga kali langkah.. dia berhenti.. start mcm askar semula.. "mat terap.." hahaha.. bersihla rumah kan... habis dia lapnya masa melaju ke depan tu.. 

Kena waspada sekrg ni, dia suka mengutip... diam² ada je benda dia nampak.. padahal ada la besar taik idung.. aduhai.. jenuh nak korek mulut dia. Bab gigi... sebatang pun belum tumbuh!.. mmg best. Antara perkara yang lain dari yg lain.. kalau kakak dan abamm.. 5bulan dah gigi.. tapi bagusnya.. sbb dia suka mengemping sokmo ngan ibu.. selamat la ibu.. kalau ada gigi.. ngeri!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails