Pages

Friday, March 20, 2015

Zulaikha dah 5 Tahun : 12 Feb 2015

Ni pos lama-lama yang Ninie tak sempat nak tulis. 12 Feb 2015 genap umur anakda Zulaikha 5 tahun. Besar dah anak ibu. Alhamdulillah.. Tahun ni birthday dia mmg buat kat sekolah je. 

Kek tahun ni dia nak tema Frozen. Nak sangat Elsa.. sbb Elsa tu cantik kata dia. Ninie mmg dah tempah ngan NN Sweet Treats. Tapi nak jadi cerita, tuan kedai ada masalah kesihatan, masuk wad. Jadinya alternatif nak cari orang lain.. Ninie malas. Terfikir nak membakar kek sendiri aje. Terus buat plan ke-2. Ambik cuti.. duk umah ngan Zulaikha sahaja, buat kek utk birthday dia esoknya. Ninie ni bukan pandai bab deko.. tgk Utube ok...
Add caption
Ninie beli tepung instant aje. Senang.. buh telur, minyak ngn air je. Lepas tu bakar. Buat terus dua loyang. Sebab malas nak potong tengah tu  nanti.
Keje melepa kek ni mmg tak reti ye.. comot amat. Lantak aje la kan.. Resepi cream ni mmg Ninie google aje. 
asyik mintak nak makan kek.. kek pun belum siap..
Tolong ibu la tu kan.. At least ada dia.. ibu semangat nak siap. Ninie bukan jenis yang penyabar nak buat keje-keje gini.. grrrrrr... tapi demi anakda.. ibu teruskan juga.. chaiiyokk .. g tu la kejadiannya.
gambar tu beli kat kedai brg bakery.. edible imej
Tadda! dah siap.. lega tau bila dah siap.. mcm parkinson tangan pegang piping bag cream tu... Zulaikha sangat² suka.. tu yg paling pentingnya.. Lepas dah siap buat kek.. nak buat goodie bag utk kawan-kawan dia. So bawak dia g cowboy. Dia nak pilih sendiri goodie bag apa.
sempat lagi singgah kedai pet shop. suka sgt kura-kura

kucing ni ngada!
 Feberet dia.. kucing.. sorry ye... ibu mmg tak beli.. mahai!
Makan kat pizza
 Dah penat mencari barang, g kuantan parade. Dia nak makan pizza. Layan je la. Sbb birthday girl kan.. Suka sgt mushroom sup pizza.
Pau ibu lagik.. jam Elsa..
tak tahu la apa motif ninie kan.. tetiba buat  biskut plak. bg kanak-kanak riang bawak g sekolah dia

 Malam tu sebelum bawak kek g tadika dia excited tunjuk kat apak.. Yusouf pun suka sgt.. menjerit² echa.. echa.. hahah.. dia pun dapat jam.. atomen
masa kat tadika

ngan cikgu dan kawan²
Alhamdulillah sukses ikut kehendak dia.. Semoga Zulaikha terus membesar dan jadi anak yg Solehah!. Terima kasih atas doa dan ucapan semua ye.

Yusouf selalu buat ibu sentap

Sekarang ni musim panas sgt.. Ninie pun tak tahan.. Duk dalam opis sedapla.. ada ekon. Kalau kat luar.. terik mentari. Tapi boleh lagik jalan kaki g kuantan parade :-p hahahaha.. mmg dasar kuat berjalan!
sedih.. dah la demam, ibu tak faham plak dia cakap apa..

Musim panas ni jugak la anak-anak Ninie dilanda selsema, demam batuk. Mula-mula Yusouf.. commei ibu yang sorg ni mmg sensetif, bila habuk banyak je pun dia dah selsema. Punca utama, kawasan rumah Ninie ni mmg asap  banyak.. hutan terbakar... "ter" ke sengaja bakar pun tak tahu la.. Kalau balik je rumah, terus masuk rumah, tutup semua tingkap yang ada, tak bg asap masuk.

Sampai tahap dia batuk teruk, kena g nebulizer 3hari berturut². Penat ulang-alik tak kisah la kami ni.. dah tanggungjawap, tapi kesian tgk dia bila asthma dia menjelma. Nak tidur pun pun susah.. nak main apa tah lagik. Hidung meleleh je. 

Yang lagi ngeri, bila dia demam.. boleh sentap jantung ibu. Kebetulan malam tu, Apak tak ada kat rumah. Kul 12.30am.. nasibla ibu belum tidur, tgk rancangan Go Shop! (tok suh beli magic saw...) ada ke memalam tok tel. dia suh telefon Go Shop tengah² malam.. ni pun ibu sentap jugak.. ingatkan tok telefon ada hal emergency ke apa kan.. dah la suara dia garau² macam tak sihat.. sekali suh bukak channel Go Shop.. aduhai mak... gelak terbahak²... lepas sentap sekejap. 

Lepas dah abis cakap ngan mak.. tgk badan Yusouf menggigil. Siang tu mmg dia dah demam.. dalam 2hari jugak.. tapi x tinggi suhu dia.. dalam 38cc. On off demam.. Tetiba malam tu.. panas amat badan dia.. ambik jangkasuhu.. 40.5cc. Ya Allah.. sentap terus.. Mujur Saffiya Zulaikha.. tidur.. Terus ambik ubat dalam peti ais.. jenis subb.. masuk kot bontot. Bayangkan la kan.. ibu ni bila sentap.. nak bukak ubat subb tu pun tangan gigil.. boleh salah teknik bukak.. hancur satu ubat.. aduhai.. padahal senang je kot nak bukak ubat tu.. g tu ibu kan.. kalau bab anak-anak ni.. 
dah sihat.. cari kerja nak buat
Terus bukak baju dia.. ambik napkin basah.. selimut ngan napkin basah sepanjang malam.. Saffiya pun tetiba bangun.. sbb Yusouf nangis... tetiba Yusouf muntah... tersedak.. lepas tarik nafas bertenang.. setelkan Yusouf dulu.. Alhamdulillah... terkawal keadaan... Lepas sejam.. suhu badan dia turun... Tapi bukan boleh tidur kan.. risau .. duk renung anak-anak masa tidur.. boleh berlinang air mata. Ibu mmg g tu.. sekali sekala.. dia ratu air mata.. 

Sekarang ni anak-anak masih selsema.. ibu pun sama.. dia main pas-pas bantton.. sorg baik.. sorg selsema.. pas ke ibu.. ibu bg ke apak.. apak pas balik kat semua... g tu la.. Alhamdulillah.. syukur nikmat kesihatan yg Allah bg.. 
waktu siang.. dia aktif

Saffiya dah nak masuk 9Bulan

Lama pulak kali ni tak update blog. Tetiba harini teringat nak update.. Tahun ni.. umur dah makin meningkat. Kah kah kah.. tetiba citer pasal umur. Mau tak.. zaman mula-mula ada blog, umur bawah 30 tahun.. sekrg ni dah nak hampir ke 40. Makin matang.. ayat halus dia..
dia mmg suka kacau abamm
Alhamdulillah.. 30 Mac ni, genap umur Saffiya 9Bulan. Tempoh 2 bulan ni banyak perubahan baru pada Saffiya. Dari tak boleh duduk.. sekarang ni dah expert. Yang amazing Saffiya ni berbanding kakak dan abang.. dia laju semua benda. Contohnya.. boleh duduk mmg awal. Yg lagi amazing tu, kalau abang ngan kakak.. duduk mesti sekali sekala tu terlentang ke belakang, kita kena support la kan.. Si Saffiya ni .. tak yah.. dia terus g level expert.. syabbas bette! Rasanya Saffiya ibu kurang layan kemanjaan dia.. biar je dia expolore.. mungkin sebb tu kot.

Tengok la dia.. kemain sengih kan. Suka tau.. orang ambik gambar dia, lepas ambik gambar, dia mintak hp.. nak cek balik betul tak ibu ambik. grrrr.. lagak dia mmg gaya budak dah besar. Cuma satu masalah dia.. dia tak boleh ibu tak dek. Anak kanggaroo biasala.. Kalau boleh dia nak ibu ngadap dia 24jam. Ibu suka je ngadap dia selalu.. heheh.. apak la naya.. kena ganti keje² ibu.. Daya ke apak?? sehari boleh la.. selalu.. tak tahu la apa rupa kakak ngan abammm nanti..

Bulan ni g KK Kurnia macam biasa. Check up dia. Timbang dan ukur tinggi je. Berat dia meningkat. Tapi biasa je.. sekrg ni berat dia 7.8kg. Dia bukan mcm kakak dia.. chubby.. dia ni spesis abammm.. melonjong.. kompemla ikut apak ni.. Tak apala.. janji sihat dan cergas.. Alhamdulillah... Sekarang ni dia start merangkak.. dalam dua ke tiga kali langkah.. dia berhenti.. start mcm askar semula.. "mat terap.." hahaha.. bersihla rumah kan... habis dia lapnya masa melaju ke depan tu.. 

Kena waspada sekrg ni, dia suka mengutip... diam² ada je benda dia nampak.. padahal ada la besar taik idung.. aduhai.. jenuh nak korek mulut dia. Bab gigi... sebatang pun belum tumbuh!.. mmg best. Antara perkara yang lain dari yg lain.. kalau kakak dan abamm.. 5bulan dah gigi.. tapi bagusnya.. sbb dia suka mengemping sokmo ngan ibu.. selamat la ibu.. kalau ada gigi.. ngeri!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails