Pages

Monday, January 5, 2015

Saffiya 6 Bulan: Berakhir Execlusif Breasfeeding Bermulanya Makanan Pejal

gambar dlm carseat je ibu mampu snap. Masa ni je dia buat muka comei suh ibu dukung
Alhamdulillah.. Syukur kepada yg Maha Esa. 6 bulan dah umur Saffiya pada 30/12/2014. Esoknya terus ke KK Kurnia untuk check up dia. Kali ni datang lama sikit menunggu disebabkan Kuantan baru-baru ni banjir, so ramai yg tak dpt dtg minggu lepas, datang harini. Berat Saffiya naik 200gram je. Sekarang dah 6.7kg. Tinggi 65cm. Dia sekarang ni dah mula bercakap... "mamamamam" g tu la.. kalau meniarap dan move foward.. laju kemain nak capai apa-apa barang.. nak plak kalau mainan kakak dan abang dia. Paling suka cari gaduh ngan abang.. suka kacau abang main ipad.. sama naik sibuk nak menekan ipad.
red eye plak gambar ni.
 Cuti 1 Jan, Ninie cuba ajar Saffiya makanan pejal. Nasi bubur yang diblender halus. Hari pertama, muka dia agak kelat nak menelan. Agaknya dia pelik.. apa ke rasala benda ni kan.. hari ke2 cuba lagik.. dan sampai hari ke4, dia makin ok makan.. dia belajar menelan. Hari pertama sampai ke3, Ninie cuma ajar dia makan sebelah pagi je. Hari ke4 baru la ajar makan mlm sekali. Bila dia makan ni ok la sikit. Cepat kenyang.. tidur pun lama sikit.
Ibu bekerja macam Ninie ni nak jimat masa kena buat sejuk beku makanan anak. Masak dalam segenggam beras. Bila dah masak, sejukkan.. blender dan masukkan dlm bekas. Terus simpan dalam freezer. Jangan tunggu lelama. Nanti khasiat dia hilang. Bila nak mkn, just panaskan dlm microwave. Baby baru nak cuba makan, tak perlu la banyak-banyak. Nanti boleh tambah bila dia dah boleh terima makanan pejal dengan baik. Nanti boleh la tambah rasa-rasa lain mcm kentang.. or carrot.
selera nye
Peneman ibu bawak baby g klinik. Order kemain. makan tak habis. Rupanya nak simpan untuk cikgu Nurul. Sayang betul dia kat cikgu dia.. :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails