Pages

Wednesday, December 3, 2014

Saffiya dan 5bulan : Pandai capai dan memegang barang

selfie masa menunggu kat KK Kurnia
Harini Ninie bawak Saffiya g KK Kurnia. Pergi pun lambat tadi. Sbb banyak kerja kat ofis. Biasala.. tetiba dapat mandat kena jumpa bos. Huru-hara kejap hidup. Hahaha. Appoitment pukul 11pagi. Keluar ofis pun dah kul11. Mujurla dekat je kan KK Kurnia ni. Tapi kena ambik kakak Zulaikha dulu, dah janji ngan dia pagi tadi. Suka bawak Zulaikha ni. Sebb dia selalu teman ibu bersembang, tolong bawakkan barang.. dan yang penting, selalu menghiburkan Saffiya. Suka sangat Saffiya kalau kakak lompat-lompat macam-macam aksi.
kakak lompat-lompat depan Saffiya
Harini timbang, berat Saffiya naik 200gram je. Berat sebelum 6.4kg, Berat sekarang 6.59kg. Tinggi pun maintain je 64cm. Tak apala, ikut progress masih normal dan sihat. Alhamdulillah. Nurse pun cakap, mungkin sbb Saffiya ni aktif. Mau tak nye, tidur kurang... suka sangat melompat, tak reti duk diam. 
*gambar di Google

Nurse uji Saffiya dengan mainan. Dia bg wodden block warna-warna, mata Saffiya lingat memandang, pastu terus capai dan pegang. So Nurse cakap, mmg betul dah progress dia g tu. Kalau 9bulan nanti dia akan pegang guna dua jari, dan kalau kita ketuk2 wodeen block ni, dia pun akan ikut sama. Sebb tu kalau kita tepuk tangan dia pun ikut tepuk tangan... mmm bayangkan.. Ninie ni anak no 3 dah ni, ini kali pertama Nurse terang dengan detail progress baby kenapa kita kena pastikan betul-betul. Sebelum ni kat KK Balok tak pernah ada pun orang terang... ish ish ish.. terpana sekejap! hahaha

Kali ni 5bulan, Saffiya kena cucuk. Dia bukan nangis sebab kena cucuk, tapi marah sangat kita peluk dia kuat-kuat masa nak cucuk. Lepas dah siap cucuk, elok je melompat balik.. 
wajah ceria dpt mkn pizza
Lepas dah siap kat KK Kurnia, terus hantar Saffiya ke taska semula. Kebetulan dia tidur, ngan carseat sekali Ninie hangkut bagi ke cikgu. Dia ni jenis cepat jaga, kalau angkat je, kompem mata dia terbeliak besar, utk selamatkan keadaan, baik la hangkut carseat sekali.

Lepas hantar Saffiya kebetulan dah lunch hour, terus ajak Zulaikha pergi makan tengah hari. Dia dah lama nak makan pizza. Kalau ajak apak, apak x gemor makan pizza, KFC je apak suka. Jadi harini dapat la ibu tunaikan hajat dia. Bukan dia nak makan byk pun, dia suka sup mushroom, aiskrim je. pizza plak, bahagian atas pizza tu je dia makan, roti.. ibula kena habiskan.. manala ibu tak tembun segebu roti pizza kan.. 

selipat frozen kelip2
Lepas keluar dari Pizza kat Kuantan Parade tu, ada pulak orang jual selipar, dah kena lagik ngan Zulaikha ni, nak selipar Frozen ada lampu. Layan aje la. Tapi seronok ye ada anak perempuan ni.. boleh teman ibu shopping.. hehehe padahal ibu dia yg lelebih suka membeli.. sekian.


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails