Pages

Monday, December 22, 2014

Rawatan Alternatif Bila Anak-anak Batuk dan Selsema

Start minggu lepas, anak-anak Ninie semuanya selsema. Bermula dengan Yusouf lepas tu Zulaikha dan sekarang ni Saffiya. Paling bimbang bila Saffiya dan Yusouf yang selsema. Yusouf mudah nak kena asthma dan Saffiya, baby.. kompem tak boleh ambik sebarang drugs. 

Yusouf makin teruk selsema dia lepas dia main kat luar rumah mak Ninie, ada plak jiran sebelah rumah mak bakar sampah. Dia mmg alah betul dengan asap. Asap ubat nyamuk pun tak boleh.

Tu la kan.. Ninie cuba pelbagai cara nak elakkan anak-anak ambik banyak sgt antibiotik atau ubat-ubat ni. Tapi kalau makin teruk, terpaksala. So, Ninie akan cuba dua-dua. Alternatif dan perubatan biasa. Antaranya:-
*gambar google
  1. Perubatan biasa: Bila Yusouf teruk sangat asthma, Ninie akan bg dia ubat ventolin tu setiap 4jam walaupun dia dah tak bunyi asthma. 
  2. Setiap kali malam, pakaikan pakai kan dia baju lengan panjang, elakkan sejuk. Kalau pasang ekon pun 26cc ke atas je. Pakai kan vicks kat tapak kaki dia, dan pakai kan stokin sepanjang malam.
  3. Setiap hari, mandi ngan air suam je. Jirus kepala dia, bagi hingus cair.. dah suruh dia hembus bagi keluar semua. Sentiasa cuci hidung dia, walaupun dia marah gila. Kekdg kepit je dia.. mmg mengamuk sakan. hahaha
    *gambar google
  4.  Rawatan alternatif, Ninie bg dia minum madu + habatussauda. Jangan bg madu sahaja. Ambik sesudu madu (guna sudu plastik), campur madu ngan setengah cawan air suam. Bagi dia minum. Ninie selalu beli jenama Masad ni sebb dia dah campur terus ngan habatussauda. Kalau kita yang batuk pun, elok je minum. Mudah nak baik.. InsyaAllah.
  5. Kerapla bagi anak minum air masak. Bawak bekal air masak ke taska.
  6. Akhirnya, mesti la dah berusaha.. kena la berdoa kepada Yang Maha Esa. Dia Maha Penyembuh.. Amin.. InsyaAllah.
Saffiya pulak baru-baru ni dah start batuk. Kes berjangkit belaka la ni. Dia baru nak masuk 6bulan, mmg tak boleh ambik ubat langsung la. Jadinya Ninie buat rawatan alternatif je. Lebih kurang mcm Yusouf jugak la. Antaranya:-
  1. Mandi air suam sahaja setiap hari. Jirus ubun-ubun dia. Bila nampak hingus dah start keluar, Ninie ambik pam hidung, terus pam hidung bg hingus keluar.
    *gambar google cth: teknik percussion
  2. Setiap kali lepas mandi, mmg sapu minyak yuyi kat perut. Sapu vicks kat belakang dan dada dia.. dan yang penting sekali, sapu vicks kat tapak kaki dia, pakai kan stokin. Selalunya lepas setengah jam, hingus akan makin banyak keluar. Lagik elok, sejam sebelum minum susu, tepuk-tepuk dada dia.. tapi tepukan percussion.. kena cari teknik tepuk je. Jangan main tepuk je.
  3. Wap kan ngan bawang putih.Bakar bawang putih.. lepas tu tumbuk ngan minyak. Letak dalam baldi, pastu curah air panas. Bagi berwap. Letak baby atas meniarap atas riba. Nak bg dia sedut wap yang keluar. Tapi jgn buat lelama. Takut lemas.. Dalam seminit je... angkat baby.. lepas tu buat lagik.. Buat la dalam 5-6 kali. Lepas tu bg baby rileks.. Nanti hingus dia akan keluar ngan banyaknya.
  4. Minum madu. Sama juga macam Yusouf, Ninie bg dia minum madu + habatussauda + air suam. Tak yah la banyak. 1oz je. Selalunya paling berkesan, pagi ngan sebelum tido. Ada org ckp tak elok bg baby bawah setahun minum madu. Tapi Ninie bg je, yang penting kita tahu anak kita alah atau tak. Ninie penah tanya Doc Peads, dia ckp, baby selalunya alah sbb jarum atau sengat tebuan tu jatuh dlm madu. So kita kena la tahu sumber madu yg dibeli tu bersih atau tidak proses dia. Terpulang kepada keberanian ibubapa.. Tapi madu tu kan makanan sunnah. Ninie yakin.. sbb tu bagi.
  5. Saffiya dah nak masuk 6bulan, jadinya Ninie mmg bagi dia minum air masak sekali sekala. Nak bg cair kahak. Kalau full Breastfeeding tak bg minum air masak kan. Terpulang juga kepada individu. Ninie still full breastfeed baby, tapi langgar pantang.. bagi je minum air masak sikit.. sbb nampak dia selesa lepas minum air masak.
  6. Ibu yang breastfeed mesti ambik supplement. Contohnya makan vitamin c ke kan.. sbb khasiat tu baby yang dpt juga. Ninie ambik epyhra sebb senang nak minum.
  7. Akhirnya, berdoalah kepada Yang Maha Esa.. InsyaAllah. Kita berusaha, Allah sembuhkan.
Bila anak dah 3 ni, macam-macam kita belajar, dari sorg anak ke sorang anak. Anak-anak Ninie semua tak sama penjagaan dia. Contohnya, Zulaikha.. dia banyak alah ubat. Pernah Alah Vaksin.. Yusouf plak, asthma..  Saffiya tak tahu lagik macam mana gaya dia.. Memang kena banyak sabar nak tunggu anak besar ni. Tapi Alhamdulillah.. Allah bg ujian tu, sbb DIA sayangkan kita kan.. Selamat berusaha ye ibu-ibu.

1 comment:

  1. Samalah ngn anak-anak ti.g klinik doc ajar wapkan bawang putih ni..in sya Allah nak try gak ni

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails