Pages

Friday, December 5, 2014

Makanan anak-anak kena potong kecik-kecik

Anak-anak Ninie tak ada masalah makan sangat. Cuma diaorg ni susah nak pelbagaikan makanan. Diaorg suka benda yang sama je. Ibu pulak yang rasa boring. 
*gambar google
Antara contoh makanan feberet Zulaikha dan Yusouf, Nasi mesti dengan lauk yang berkuah. Selalunya Ninie suka buat sup ayam. Kalau sup ayam tak lengkap pulak tak ada sayur. Jadinya selalunya Ninie masukkan lobak merah dan ubi kentang. Sebelum ni lobak merah Ninie potong bulat-bulat dan kentang potong 4. Diaorg memang tak usik langsung. Hanya makan nasi, dah hirup kuah sup. 

Lepas dah banyak kali asyik buang je kentang ngan lobak merah, Ninie pun teringat yang anak-anak Ninie ni mmg suka makan sikit-sikit. Kalau kita suap nasi, kena sikit-sikit. Kalau suap banyak, Zulaikha dia akan buang semula dan ayat dia.. "banyak sangat ... ikha tak leh nak telan..". 

Pernah jugak bagi Yusouf makan Nugget tak potong, dia makan sikit, lebih tu dia buang. Ada sekali tu nugget panas lagik.. ninie pun potong jadi kecik-kecik sbb nak cepat sejuk. Elok pulak Yusouf makan sampai habis. Rupanya Zulaikha pun suka makan bila potong kecik-kecik.

Ayam pun sama, kalau bahagian dada tu, Ninie akan potong kecik-kecik, goreng kunyit, kompem diaorg ratah.

Jadinya kan... Ninie pun potong dadula kentang ngan lobak. Betul tekaan Ninie, diaorg kutip makan kentang ngan lobak dulu, baru makan nasi sampai habis.. G tu gaya pesyen anak saya makan rupanya.
nasi dan sup ayam
periuk sekali buh atas meja.. hahahah
Lapo plak tgk gambo anak-anak makan ni.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails