Pages

Monday, December 1, 2014

Hujung Minggu di Balok dan Kelas Jahitan Bunga Riben


28 Nov 2014 (Jumaat) Cuti. Ninie tak berapa sihat. Kena demam, selsema dan batuk. Pakej. Huhuhu. Dah ibu tak sihat, jangkit ke anak-anak. Tiga² selsema. Sekse betul... Kebetulan plak, Zex bgtau Sabtu Ahad dia keje, terus la Ninie balik Balok. Pepg nak ke rumah mak, ngan tak dayanya, terpaksa ngemas barang². Faham-faham je la, anak 3orang ni, barang² hampir selori.. hehehe
baru sampai rumah mak. Ngan carseat sekali angkat. Sorang dah pengsan dlm perjalanan
Duk umah mak.. makanan ditaja.. jadi x yah susah nak pikir pasal memasak. Malas betul kan.. hahah. Hari Jumaat & Sabtu, duk umah mak tak buat apa.. tak keluar pun, sbb tak larat. Lagipun cuaca mcm tak berapa nak best untuk jenjln.. kekdg panas terik.. kekdg hujan. Yusouf pun tak berapa sihat, malam hari dia muntah, badan pun dedar.
tgh kusyuk ngadap tv. kakak plak nyelit ibu nak snap gambar
Hari Ahad plak, mak Ninie ada anjurkan kelas jahitan. Percuma. Mak mmg aktif bab-bab menjahit ni, tapi kali ni dia tak mengajar. Dia jemput cikgu lain. Dibiaya oleh Jabatan Kemajuan Wanita.. g tu la kot. So, tugas Ninie senang aje, jadi Pengerusi majlis je. Ninie tak join menjahit, sbb anak-anak ai kan suka sgt mengacau.. huhuhu

Inila my best mom in the world
Mak mmg suka belajar menjahit, walaupun dia bekas guru KEMAS. Dia ckp, ada peluang, belajar je walaupun dah tua.. Kelas ni dalam 15 orang je. Barang-barang semua dah disediakan. Bawa diri je.
Cikgu yang tudung cream tu. Lawo kan bantal ni

bersunguh-sunguh depa ni ye
lawa tau bunga riben ni.
ada je dia nyelit antara orang tengah menjahit tu. ngan dunia dia la.. suka main lori or kereta
puas dalam rumah, melompat kat beranda ngan cousin-cousin dia

Zulaikha tukang bg arahan untuk melompat. Ni belum Marissa dtg join. Mau runtuh rumah Tok
Anak-anak kemain gembira bila orang ramai datang. Boleh la main sakan, sbb ibu-ibunya sibuk menjahit. Ninie kena prepare makanan, tapi actually mak dah siap masak pepagi hari. Just hidang je la.
Laksa Penang Mak mmg tak pernah mengecewakan
Bingka Ubi. Musim tengkujuh saje boleh jumpa ni
Selesai menjahit, kita ngap dan ngap lagik.. Pas Asar, mengemas pulak Ninie, balik IS. fuhhh letih rasa...

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails