Pages

Monday, December 22, 2014

Rawatan Alternatif Bila Anak-anak Batuk dan Selsema

Start minggu lepas, anak-anak Ninie semuanya selsema. Bermula dengan Yusouf lepas tu Zulaikha dan sekarang ni Saffiya. Paling bimbang bila Saffiya dan Yusouf yang selsema. Yusouf mudah nak kena asthma dan Saffiya, baby.. kompem tak boleh ambik sebarang drugs. 

Yusouf makin teruk selsema dia lepas dia main kat luar rumah mak Ninie, ada plak jiran sebelah rumah mak bakar sampah. Dia mmg alah betul dengan asap. Asap ubat nyamuk pun tak boleh.

Tu la kan.. Ninie cuba pelbagai cara nak elakkan anak-anak ambik banyak sgt antibiotik atau ubat-ubat ni. Tapi kalau makin teruk, terpaksala. So, Ninie akan cuba dua-dua. Alternatif dan perubatan biasa. Antaranya:-
*gambar google
  1. Perubatan biasa: Bila Yusouf teruk sangat asthma, Ninie akan bg dia ubat ventolin tu setiap 4jam walaupun dia dah tak bunyi asthma. 
  2. Setiap kali malam, pakaikan pakai kan dia baju lengan panjang, elakkan sejuk. Kalau pasang ekon pun 26cc ke atas je. Pakai kan vicks kat tapak kaki dia, dan pakai kan stokin sepanjang malam.
  3. Setiap hari, mandi ngan air suam je. Jirus kepala dia, bagi hingus cair.. dah suruh dia hembus bagi keluar semua. Sentiasa cuci hidung dia, walaupun dia marah gila. Kekdg kepit je dia.. mmg mengamuk sakan. hahaha
    *gambar google
  4.  Rawatan alternatif, Ninie bg dia minum madu + habatussauda. Jangan bg madu sahaja. Ambik sesudu madu (guna sudu plastik), campur madu ngan setengah cawan air suam. Bagi dia minum. Ninie selalu beli jenama Masad ni sebb dia dah campur terus ngan habatussauda. Kalau kita yang batuk pun, elok je minum. Mudah nak baik.. InsyaAllah.
  5. Kerapla bagi anak minum air masak. Bawak bekal air masak ke taska.
  6. Akhirnya, mesti la dah berusaha.. kena la berdoa kepada Yang Maha Esa. Dia Maha Penyembuh.. Amin.. InsyaAllah.
Saffiya pulak baru-baru ni dah start batuk. Kes berjangkit belaka la ni. Dia baru nak masuk 6bulan, mmg tak boleh ambik ubat langsung la. Jadinya Ninie buat rawatan alternatif je. Lebih kurang mcm Yusouf jugak la. Antaranya:-
  1. Mandi air suam sahaja setiap hari. Jirus ubun-ubun dia. Bila nampak hingus dah start keluar, Ninie ambik pam hidung, terus pam hidung bg hingus keluar.
    *gambar google cth: teknik percussion
  2. Setiap kali lepas mandi, mmg sapu minyak yuyi kat perut. Sapu vicks kat belakang dan dada dia.. dan yang penting sekali, sapu vicks kat tapak kaki dia, pakai kan stokin. Selalunya lepas setengah jam, hingus akan makin banyak keluar. Lagik elok, sejam sebelum minum susu, tepuk-tepuk dada dia.. tapi tepukan percussion.. kena cari teknik tepuk je. Jangan main tepuk je.
  3. Wap kan ngan bawang putih.Bakar bawang putih.. lepas tu tumbuk ngan minyak. Letak dalam baldi, pastu curah air panas. Bagi berwap. Letak baby atas meniarap atas riba. Nak bg dia sedut wap yang keluar. Tapi jgn buat lelama. Takut lemas.. Dalam seminit je... angkat baby.. lepas tu buat lagik.. Buat la dalam 5-6 kali. Lepas tu bg baby rileks.. Nanti hingus dia akan keluar ngan banyaknya.
  4. Minum madu. Sama juga macam Yusouf, Ninie bg dia minum madu + habatussauda + air suam. Tak yah la banyak. 1oz je. Selalunya paling berkesan, pagi ngan sebelum tido. Ada org ckp tak elok bg baby bawah setahun minum madu. Tapi Ninie bg je, yang penting kita tahu anak kita alah atau tak. Ninie penah tanya Doc Peads, dia ckp, baby selalunya alah sbb jarum atau sengat tebuan tu jatuh dlm madu. So kita kena la tahu sumber madu yg dibeli tu bersih atau tidak proses dia. Terpulang kepada keberanian ibubapa.. Tapi madu tu kan makanan sunnah. Ninie yakin.. sbb tu bagi.
  5. Saffiya dah nak masuk 6bulan, jadinya Ninie mmg bagi dia minum air masak sekali sekala. Nak bg cair kahak. Kalau full Breastfeeding tak bg minum air masak kan. Terpulang juga kepada individu. Ninie still full breastfeed baby, tapi langgar pantang.. bagi je minum air masak sikit.. sbb nampak dia selesa lepas minum air masak.
  6. Ibu yang breastfeed mesti ambik supplement. Contohnya makan vitamin c ke kan.. sbb khasiat tu baby yang dpt juga. Ninie ambik epyhra sebb senang nak minum.
  7. Akhirnya, berdoalah kepada Yang Maha Esa.. InsyaAllah. Kita berusaha, Allah sembuhkan.
Bila anak dah 3 ni, macam-macam kita belajar, dari sorg anak ke sorang anak. Anak-anak Ninie semua tak sama penjagaan dia. Contohnya, Zulaikha.. dia banyak alah ubat. Pernah Alah Vaksin.. Yusouf plak, asthma..  Saffiya tak tahu lagik macam mana gaya dia.. Memang kena banyak sabar nak tunggu anak besar ni. Tapi Alhamdulillah.. Allah bg ujian tu, sbb DIA sayangkan kita kan.. Selamat berusaha ye ibu-ibu.

Wednesday, December 10, 2014

Saffiya dah mula guna walker

merata-rata jelajah rumah
Saffiya jenis badan cepat keras, Ninie pun try la guna walker. Tak dek pun terhumban ke depan. Elok je dia berdiri. Orang kata tak elok ajar anak guna walker. Masalahnya takkan nak riba dia je memanjangkan.. anak-anak lain pun guna juga sebelum ni. Tapi bukan tujuan nak ajar berjalan, just nak bg dia nampak kita. Bila kitaorg makan kat meja makan.. dia pun duk dlm walker tu bleh la tgk kami-kami ni makan kan.. Dia pun nampak suka sgt duk dalam walker tu.

masa kecik-kecik tak nak naik. dah besar dia yg menyibuk
Tiap kali baby naik walker ni, si abang pun penyibuk. Dia suruh kita angkat baby, dia yg nak masuk. Kalau dia yg naik, dia buat walker tu mcm bawak kereta lumba, siap ngan bunyi lagik. Aduilaa anak.. macam-macam pesen..

Umrah mak mentua di tangguhkan

bag dah ready
8 Dec 2014- Balik keje, pas maghrib kitaorg siap-siap balik ke Pekan, sbb nak hantar mak mentua g umrah. Patutnya malam tu dia naik bas dari pekan kul11 malam, tapi ditakdirkan, ada masalah visa, terpaksa ditangguhkan. Kiranya tak jadi la naik bas malam tu.. Kesian kakak ipar ngan mak mentua. Katanya ada pergolakan di Arab Saudi. Wallahuallam.

*bukan senang nak jadi tetamu Allah ni ye.

Monday, December 8, 2014

Nak mainan lagik

budak ni ibu mmg geram!

Sabtu Ahad kali ni apak tak keje. So ada la aktiviti bersama apak.. Minggu ni balik Pekan, sbb Moktok nak g umrah dengan makcik Has. Nak perginya 8 Dec. Malam ni moktok bertolak ke KLIA.

Balik ke Pekan, balik hari je. Sbb malam ada pulak kenduri sempena g umrah tu, tapi bukan buat umah moktok, tapi masjid Annur, ketapang. Adui jauh dan hujan plak tu. Jadinya, apak hantar semua balik IS dulu. Apak aje yg pergi. Memlm hari ngan anak-anak ni mmg payah. Lagipun hujan kan..
lapar sangat. kongsi kononnya.. tapi gaya dia makan sorang je
Ahad bawak anak-anak g ECM. Sebelum pergi, Zulaikha dah janji tak nak beli mainan, tapi belum pun masuk ECM, janji dia dah bertukar.. "beli satu je..." Apak aje la layan ye bab mainan tu. Ibu malas.. Dah tak dapat apa yg dia nak sbb mahal sangat, apak malas nak layan. Ajak le makan dulu. Kot-kot la fikiran dia berubahan kan..
bagi makan aiskrim bg sejuk sikit hati tu
Tak dek maknanya... lepas makan, apak kena jugak beli dia mainan.. heheh... 

Friday, December 5, 2014

Makanan anak-anak kena potong kecik-kecik

Anak-anak Ninie tak ada masalah makan sangat. Cuma diaorg ni susah nak pelbagaikan makanan. Diaorg suka benda yang sama je. Ibu pulak yang rasa boring. 
*gambar google
Antara contoh makanan feberet Zulaikha dan Yusouf, Nasi mesti dengan lauk yang berkuah. Selalunya Ninie suka buat sup ayam. Kalau sup ayam tak lengkap pulak tak ada sayur. Jadinya selalunya Ninie masukkan lobak merah dan ubi kentang. Sebelum ni lobak merah Ninie potong bulat-bulat dan kentang potong 4. Diaorg memang tak usik langsung. Hanya makan nasi, dah hirup kuah sup. 

Lepas dah banyak kali asyik buang je kentang ngan lobak merah, Ninie pun teringat yang anak-anak Ninie ni mmg suka makan sikit-sikit. Kalau kita suap nasi, kena sikit-sikit. Kalau suap banyak, Zulaikha dia akan buang semula dan ayat dia.. "banyak sangat ... ikha tak leh nak telan..". 

Pernah jugak bagi Yusouf makan Nugget tak potong, dia makan sikit, lebih tu dia buang. Ada sekali tu nugget panas lagik.. ninie pun potong jadi kecik-kecik sbb nak cepat sejuk. Elok pulak Yusouf makan sampai habis. Rupanya Zulaikha pun suka makan bila potong kecik-kecik.

Ayam pun sama, kalau bahagian dada tu, Ninie akan potong kecik-kecik, goreng kunyit, kompem diaorg ratah.

Jadinya kan... Ninie pun potong dadula kentang ngan lobak. Betul tekaan Ninie, diaorg kutip makan kentang ngan lobak dulu, baru makan nasi sampai habis.. G tu gaya pesyen anak saya makan rupanya.
nasi dan sup ayam
periuk sekali buh atas meja.. hahahah
Lapo plak tgk gambo anak-anak makan ni.. 

Ibu masih kembang setaman

Semalam ada aktiviti Hari Diabetes Sedunia Peringkat Pahang. Kebetulan buat kat Dewan SUK Pahang. Join aktiviti boleh jumpa kengkawan lama sekali.

Alhamdulillah kandungan gula paras normal, darah tinggi pun normal.. yang tak normal berat badan. Gila la.. 67.1kg berat. Ini mmg berat masa mengandung ni.. Timbang kat rumah 64kg je. Selama ni tipah tertipu!.. rasa selim melim la bila guna timbang tu.. rupenyeee indah timbang dari berat.. Ninie disarankan untuk turun lagik 11kg.. Lagik gila... Masa lepas bersalin ke Zulaikha je pernah cecah 57kg. Zaman Yusouf rasanya dalam 61kg je. Tapi kurus betul-betul pun lepas 6bulan kot. Ala.. ni baru 5bulan.. (harapan palsu dari diri sendiri) ngeee..

Berat badan mmg payah nak turun sbb tabiat makan rasanya. Makan banyak sgt.. minum air kosong kurang.. suka manis-manis.. wahai Ninie, hentikanlah.. hehehe tp Ninie ni mmg tak suka pun diet-diet. Makan aje ikut suka. Tapi bila dah gemuk.. nyesal.. duk g tu lah hari-hari. Hehehe.

Wednesday, December 3, 2014

Saffiya dan 5bulan : Pandai capai dan memegang barang

selfie masa menunggu kat KK Kurnia
Harini Ninie bawak Saffiya g KK Kurnia. Pergi pun lambat tadi. Sbb banyak kerja kat ofis. Biasala.. tetiba dapat mandat kena jumpa bos. Huru-hara kejap hidup. Hahaha. Appoitment pukul 11pagi. Keluar ofis pun dah kul11. Mujurla dekat je kan KK Kurnia ni. Tapi kena ambik kakak Zulaikha dulu, dah janji ngan dia pagi tadi. Suka bawak Zulaikha ni. Sebb dia selalu teman ibu bersembang, tolong bawakkan barang.. dan yang penting, selalu menghiburkan Saffiya. Suka sangat Saffiya kalau kakak lompat-lompat macam-macam aksi.
kakak lompat-lompat depan Saffiya
Harini timbang, berat Saffiya naik 200gram je. Berat sebelum 6.4kg, Berat sekarang 6.59kg. Tinggi pun maintain je 64cm. Tak apala, ikut progress masih normal dan sihat. Alhamdulillah. Nurse pun cakap, mungkin sbb Saffiya ni aktif. Mau tak nye, tidur kurang... suka sangat melompat, tak reti duk diam. 
*gambar di Google

Nurse uji Saffiya dengan mainan. Dia bg wodden block warna-warna, mata Saffiya lingat memandang, pastu terus capai dan pegang. So Nurse cakap, mmg betul dah progress dia g tu. Kalau 9bulan nanti dia akan pegang guna dua jari, dan kalau kita ketuk2 wodeen block ni, dia pun akan ikut sama. Sebb tu kalau kita tepuk tangan dia pun ikut tepuk tangan... mmm bayangkan.. Ninie ni anak no 3 dah ni, ini kali pertama Nurse terang dengan detail progress baby kenapa kita kena pastikan betul-betul. Sebelum ni kat KK Balok tak pernah ada pun orang terang... ish ish ish.. terpana sekejap! hahaha

Kali ni 5bulan, Saffiya kena cucuk. Dia bukan nangis sebab kena cucuk, tapi marah sangat kita peluk dia kuat-kuat masa nak cucuk. Lepas dah siap cucuk, elok je melompat balik.. 
wajah ceria dpt mkn pizza
Lepas dah siap kat KK Kurnia, terus hantar Saffiya ke taska semula. Kebetulan dia tidur, ngan carseat sekali Ninie hangkut bagi ke cikgu. Dia ni jenis cepat jaga, kalau angkat je, kompem mata dia terbeliak besar, utk selamatkan keadaan, baik la hangkut carseat sekali.

Lepas hantar Saffiya kebetulan dah lunch hour, terus ajak Zulaikha pergi makan tengah hari. Dia dah lama nak makan pizza. Kalau ajak apak, apak x gemor makan pizza, KFC je apak suka. Jadi harini dapat la ibu tunaikan hajat dia. Bukan dia nak makan byk pun, dia suka sup mushroom, aiskrim je. pizza plak, bahagian atas pizza tu je dia makan, roti.. ibula kena habiskan.. manala ibu tak tembun segebu roti pizza kan.. 

selipat frozen kelip2
Lepas keluar dari Pizza kat Kuantan Parade tu, ada pulak orang jual selipar, dah kena lagik ngan Zulaikha ni, nak selipar Frozen ada lampu. Layan aje la. Tapi seronok ye ada anak perempuan ni.. boleh teman ibu shopping.. hehehe padahal ibu dia yg lelebih suka membeli.. sekian.


Monday, December 1, 2014

Hujung Minggu di Balok dan Kelas Jahitan Bunga Riben


28 Nov 2014 (Jumaat) Cuti. Ninie tak berapa sihat. Kena demam, selsema dan batuk. Pakej. Huhuhu. Dah ibu tak sihat, jangkit ke anak-anak. Tiga² selsema. Sekse betul... Kebetulan plak, Zex bgtau Sabtu Ahad dia keje, terus la Ninie balik Balok. Pepg nak ke rumah mak, ngan tak dayanya, terpaksa ngemas barang². Faham-faham je la, anak 3orang ni, barang² hampir selori.. hehehe
baru sampai rumah mak. Ngan carseat sekali angkat. Sorang dah pengsan dlm perjalanan
Duk umah mak.. makanan ditaja.. jadi x yah susah nak pikir pasal memasak. Malas betul kan.. hahah. Hari Jumaat & Sabtu, duk umah mak tak buat apa.. tak keluar pun, sbb tak larat. Lagipun cuaca mcm tak berapa nak best untuk jenjln.. kekdg panas terik.. kekdg hujan. Yusouf pun tak berapa sihat, malam hari dia muntah, badan pun dedar.
tgh kusyuk ngadap tv. kakak plak nyelit ibu nak snap gambar
Hari Ahad plak, mak Ninie ada anjurkan kelas jahitan. Percuma. Mak mmg aktif bab-bab menjahit ni, tapi kali ni dia tak mengajar. Dia jemput cikgu lain. Dibiaya oleh Jabatan Kemajuan Wanita.. g tu la kot. So, tugas Ninie senang aje, jadi Pengerusi majlis je. Ninie tak join menjahit, sbb anak-anak ai kan suka sgt mengacau.. huhuhu

Inila my best mom in the world
Mak mmg suka belajar menjahit, walaupun dia bekas guru KEMAS. Dia ckp, ada peluang, belajar je walaupun dah tua.. Kelas ni dalam 15 orang je. Barang-barang semua dah disediakan. Bawa diri je.
Cikgu yang tudung cream tu. Lawo kan bantal ni

bersunguh-sunguh depa ni ye
lawa tau bunga riben ni.
ada je dia nyelit antara orang tengah menjahit tu. ngan dunia dia la.. suka main lori or kereta
puas dalam rumah, melompat kat beranda ngan cousin-cousin dia

Zulaikha tukang bg arahan untuk melompat. Ni belum Marissa dtg join. Mau runtuh rumah Tok
Anak-anak kemain gembira bila orang ramai datang. Boleh la main sakan, sbb ibu-ibunya sibuk menjahit. Ninie kena prepare makanan, tapi actually mak dah siap masak pepagi hari. Just hidang je la.
Laksa Penang Mak mmg tak pernah mengecewakan
Bingka Ubi. Musim tengkujuh saje boleh jumpa ni
Selesai menjahit, kita ngap dan ngap lagik.. Pas Asar, mengemas pulak Ninie, balik IS. fuhhh letih rasa...

linkwithin

Related Posts with Thumbnails