Pages

Wednesday, November 26, 2014

Konvokosyen Zulaikha

22 November 2014  Kali ni pun Apak keje Sabtu Ahad. Terpaksala ibu mintak tolong maklong temankan ibu bawak Zulaikha Konvo. Zulaikha baru 4tahun, dia tak konvo pun, tapi dia dapat hadiah dan ada buat persembahan. Ibu rasa terkejut jugak bila cikgu bagitahu, siap gelak sakan. Ye la Zulaikha ni kan bukan la rajin g sekolah. heheh asal ibu cuti dia pun cuti. Ibu cuti besalin 3 bulan pun dia cuti jugak. Ibu bagi tahu apak pun, apak terkejut. Tapi apa pun.. ibu bersyukur sangat. Hebat anak ibu ni.
bergambar sebelum majlis mula
Konvo ni buat kat Vistana hotel, Kuantan. Parents kena bayar RM155. Okla kan. Tak le panas.. Ninie bawak jugak si Yusouf ni, sbb tak ada orang nak jaga, Saffiya kena hantar taska. Sampai je kat hotel kul9 pagi, parents semua duk mendaftar. Alhamdulillah dapat meja depan. Senang la nak tgk Ikha nanti ni. 
cikgu suruh pakai cermin mata hitam nak buat persembahan
Maklong teman ibu, merangkap jurufoto
dia pun nak jadi jurufoto
nyanyi lagu negaraku sebagai pembuka persembahan. Masa ni dah mcm nak berlinang air mata
Zulaikha ni mmg terkenal dengan pemalu. Kalau ngan orang dia tak biasa, mmg dia tak bercakap, Masa cikgu ambik dia nak suh join kawan-kawan buat persembahan, dia dah pegang baju ibu tak nak pergi, mata dah mula berair. Pastu bisik kat ibu,..." ikha nak duduk ngan ibu je..." Tapi ibu buat tak tahu je, suruh cikgu paksa je dia. Akhirnya dia ngan muka sedih.. ikut je cikgu..
Yusouf duduk depan sekali sbb nak tengok kakak
Dapat Hadiah Smart Reader Terbaik 4 Tahun

malu-malu
Masa g ambik hadiah dia ok je. Tapi malu-malu. Ibu punya tak sabar nak tgk dia buat persembahan apa, sbb masa kat rumah dia tak nak bercerita. Tapi hari-hari dia duk menyanyi. Rupanya, dia buat persembahan nyanyi lagu "Tanya Sama Pokok". Heheheh. Cikgu letak dia depan sekali, goyang-goyang tangan je. Sbb suruh menari dia tak nak. Malu!.. Alhamdulillah masa ni dia ok, tapi muka sikit pun tak senyum.. Tahniah Zulaikha! I still proud of u no matter what!
last.. dah hadiah bag sekolah sbb buat persembahan
Majlis ni habis agak lambat, hampir kul2 petang. Sebab persembahan banyak, dari pelbagai cawangan taska dan tadika Azid. Cuma sbb budak-budak yang buat persembahan, kita rasa mcm comel sgt diaorg ni. Tak jemu nak tengok. Tapi bab makan, tu je yg letih. Sbb dari pagi dtg, belum makan lagik. Mujur la Yusouf, Ninie bagi dia minum susu. Zulaikha banyak kali mintak ibu air. Ibu pulak tak bawak air, sbb beranggapan makan pagi utk budak-budak ada. Kesian dia.
lepas ni dia pulak buat persembahan.. hehehe mengamuk!
Makan agak lambat jugak la, dalam kul 1, Zulaikha tak nak makan ngn kengkawan dia. Nak duduk ngan ibu, terpaksala serve dia makan dulu ngn Yusouf sambil beriba sbb seat tu mmg ngam2 je untuk 2orang. Ninie ngan Maklong makan selaju mungkin, sbb Yusouf dah start buat perangai. Sbb dia dah bosan lama-lama. Tak sempat habiskan makanan, Ninie terus balik. Tak daya nak dukung Yusouf yang mengamuk...

Tapi lagi kesian kat cikgu-cikgu, macam mana la nak uruskan kanak-kanak riang ni makan, masa Ninie g ambik makanan pun makanan dah tinggal sikit. Harapnya cikgu dpt la makan tu. Ngan uruskan budak-budak yang masih tak selesai lagik persembahan... mencabarnya jadi cikgu tadika ye. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu atas jasa dan pengorbanan mendidik anak-anak saya ni. Terharu sangat!.. sobs sobs sobs.. Sekian.. tu je nak cite. hik hik hik

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails