Pages

Wednesday, November 26, 2014

Sepetang di Pantai Balok

Indahnya ciptaan Allah
Lepas Konvo Zulaikha,Ninie terus ambik Saffiya kat taska dan balik rumah mak kat Balok. G tu la rutin Ninie, tak Balok.. Pekan.. Tak Pekan.. Balok. Hehehe.. Tapi dua-dua aktiviti ni tetap seronok. Lepas asar, mmg dah janji ngan Zulaikha nak bawak g pantai. Cuma kalini agak bimbang sikit, sbb cuaca tak berapa elok. Masa sampai kat Pantai, Alhamdulillah cuaca cantik, cuma air pasang. Risau jugak. Jadi mmg kena memerhati anak-anak ni.
beli kat Daiso alat mengorek pasir
Yusouf mmg tak duk diam, suka sgt main air
Zufar Hannan pun ikut. Suka sangat dapat mandi
main kat lopak air je
melihat hasil tangkapan ikan

happy nye ye
Kul6 Ninie tgk air dah mula pasang. Jadinya ajak budak-budak ni main kat lopak air je, Duk tangkap anak ikan. Zulaikha punya suka sbb dapat tangkap ikan, siap bawak balik rumah dalam baldi kecik dia. Ikan hidup tak sampai sehari, sebb Hanan buh air masak.. hahahahaha.. nak gelak pun ada.. Tokki punya kesian sbb budak berdua ni sedih hati ikan dah mati, tokki beli ikan sekilla sekor sorang. Happy betul ikha, bawak balik IS, suh ibu buh dalam bekas ikan. Tapi sampai harini, apak belum tambah-tambah lagik air ikan tu, ada dia buh air masak pulak.. hehehe
masing-masing menunggu nak colek krim

Esoknya, birthday cousin Ninie, Iffah. Ummie Ton buat makan-makan kecil-kecilan.. Makan laksa kuah lemok.. auummmmm sedap! Happy Birthday Adik Iffah.. Semoga cemerlang dunia akhirat!

Konvokosyen Zulaikha

22 November 2014  Kali ni pun Apak keje Sabtu Ahad. Terpaksala ibu mintak tolong maklong temankan ibu bawak Zulaikha Konvo. Zulaikha baru 4tahun, dia tak konvo pun, tapi dia dapat hadiah dan ada buat persembahan. Ibu rasa terkejut jugak bila cikgu bagitahu, siap gelak sakan. Ye la Zulaikha ni kan bukan la rajin g sekolah. heheh asal ibu cuti dia pun cuti. Ibu cuti besalin 3 bulan pun dia cuti jugak. Ibu bagi tahu apak pun, apak terkejut. Tapi apa pun.. ibu bersyukur sangat. Hebat anak ibu ni.
bergambar sebelum majlis mula
Konvo ni buat kat Vistana hotel, Kuantan. Parents kena bayar RM155. Okla kan. Tak le panas.. Ninie bawak jugak si Yusouf ni, sbb tak ada orang nak jaga, Saffiya kena hantar taska. Sampai je kat hotel kul9 pagi, parents semua duk mendaftar. Alhamdulillah dapat meja depan. Senang la nak tgk Ikha nanti ni. 
cikgu suruh pakai cermin mata hitam nak buat persembahan
Maklong teman ibu, merangkap jurufoto
dia pun nak jadi jurufoto
nyanyi lagu negaraku sebagai pembuka persembahan. Masa ni dah mcm nak berlinang air mata
Zulaikha ni mmg terkenal dengan pemalu. Kalau ngan orang dia tak biasa, mmg dia tak bercakap, Masa cikgu ambik dia nak suh join kawan-kawan buat persembahan, dia dah pegang baju ibu tak nak pergi, mata dah mula berair. Pastu bisik kat ibu,..." ikha nak duduk ngan ibu je..." Tapi ibu buat tak tahu je, suruh cikgu paksa je dia. Akhirnya dia ngan muka sedih.. ikut je cikgu..
Yusouf duduk depan sekali sbb nak tengok kakak
Dapat Hadiah Smart Reader Terbaik 4 Tahun

malu-malu
Masa g ambik hadiah dia ok je. Tapi malu-malu. Ibu punya tak sabar nak tgk dia buat persembahan apa, sbb masa kat rumah dia tak nak bercerita. Tapi hari-hari dia duk menyanyi. Rupanya, dia buat persembahan nyanyi lagu "Tanya Sama Pokok". Heheheh. Cikgu letak dia depan sekali, goyang-goyang tangan je. Sbb suruh menari dia tak nak. Malu!.. Alhamdulillah masa ni dia ok, tapi muka sikit pun tak senyum.. Tahniah Zulaikha! I still proud of u no matter what!
last.. dah hadiah bag sekolah sbb buat persembahan
Majlis ni habis agak lambat, hampir kul2 petang. Sebab persembahan banyak, dari pelbagai cawangan taska dan tadika Azid. Cuma sbb budak-budak yang buat persembahan, kita rasa mcm comel sgt diaorg ni. Tak jemu nak tengok. Tapi bab makan, tu je yg letih. Sbb dari pagi dtg, belum makan lagik. Mujur la Yusouf, Ninie bagi dia minum susu. Zulaikha banyak kali mintak ibu air. Ibu pulak tak bawak air, sbb beranggapan makan pagi utk budak-budak ada. Kesian dia.
lepas ni dia pulak buat persembahan.. hehehe mengamuk!
Makan agak lambat jugak la, dalam kul 1, Zulaikha tak nak makan ngn kengkawan dia. Nak duduk ngan ibu, terpaksala serve dia makan dulu ngn Yusouf sambil beriba sbb seat tu mmg ngam2 je untuk 2orang. Ninie ngan Maklong makan selaju mungkin, sbb Yusouf dah start buat perangai. Sbb dia dah bosan lama-lama. Tak sempat habiskan makanan, Ninie terus balik. Tak daya nak dukung Yusouf yang mengamuk...

Tapi lagi kesian kat cikgu-cikgu, macam mana la nak uruskan kanak-kanak riang ni makan, masa Ninie g ambik makanan pun makanan dah tinggal sikit. Harapnya cikgu dpt la makan tu. Ngan uruskan budak-budak yang masih tak selesai lagik persembahan... mencabarnya jadi cikgu tadika ye. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu atas jasa dan pengorbanan mendidik anak-anak saya ni. Terharu sangat!.. sobs sobs sobs.. Sekian.. tu je nak cite. hik hik hik

Cicit Pertama Hashim Club

Naura Isabella
8 Nov 2014 hari sabtu ahad.. biasala.. Apak keje lagik. Kali ni balik Pekan pulak bawak anak-anak. Tujuan utama, nak tengok cicit pertama Hashim Club. Dan dengan ini, maka menjadi nenek dah Ninie ni.. heheh. Tak yah la panggil nenek.. tak glamor..hahah panggil la Ummie Ninie ye. Naura Isabella ni, anak kepada anak saudara Zex, Adiya. Tak sangka kan masa cepat berlalu, masa mula-mula Ninie kawen ngan Zex, Adiya rasanya baru tingkat 3. Sekarang dah jadi mak orang. Tahniah buat Adiya dan Faiz. Semoga Bella jadi anak yang solehah kelak.

selfie dalam kereta. Otw ke Pekan. Saffiya ada dlm carseat

Saffiya cuba nak ambil kereta mainan abg ngah

pakat berkelah kat hospital. Moktok dukung baby Zahraa
Hari Ahad tu, kebetulan pulak, anak saudara Zex masuk hospital, Yang umur sama ngan Saffiya, nama Zahraa. Dia kena cirit birit, kemungkinan sbb tukar susu. Wallahuallam. Tapi sekarang ni dah sihat kembali. Alhamdulillah. Dari Pekan, berangkut plak membawa moktok jenguk cucu kat Kuantan Speacialist Hospital. Meriah cuti!

Main-main di Teluk Cempedak

nampak tak sorg je budak kecik kat situ
Ni trowback.. Lama dah gambar ni. 1 Nov 2014. Kalau g jenjln sakan macam ni. Mmg masa apak kerja sabtu ahad. Jadi ibu bleh hangkut anak-anak g main. Kali ni ibu tinggal Saffiya ngan tok lagik. Ibu hangkut lagik 2 orang cousin Zulaikha. Hannan dan Marissa. Bila ramai-ramai lagik la seronok diaorg main kan.. Kali ni bawak g main kat Teluk Cempedak. Bukan nak mandi manda.. tapi saje nak jalan-jalan je. Tak sangka ada mainan ni. So bagi je la budak-budak ni melompat sesuka hati sampai penat.. diaorg yg serender sendiri..  ambik kaw.. sampai kering tekak.. asyik mintak air je..
Hannan dan Marissa

suka amat dia

Yusouf mmg suka kereta.. tu yg dia asyik menengok

pelampung dlm air tu mmg tgk sahaja. malas nak main.. nanti basah lenjun

lepas dah penat melompat, semua dahaga dan lapar. tapi ibu bagi makan aiskrim je. hehehe
Sib baik bawak pembantu.. tqvm Asilah

takut sgt binatang besar
 Lepas dah penat melompat, bawak g taman teruntum pulak. Dah dua-dua tempat ni jarak dekat je, ikut aja la mana diaorg nak pergi.
sepetang duk kat rusa ni. Habis botak rumput, di baginya rusa makan.. gasak ko la kan..

Wednesday, November 19, 2014

Saffiya kulit sensetif

mahal sabun ni
Sejak lahir, mmg Saffiya berkulit sensetif. Kulit dia mcm naik ruam. Ngan kata lainnya.. macam eczema. Ye kot. Terutamanya kat pipi, leher, belakang badan, lipat2 sendi dan belakang telinga (berair). Doc peads cakap Saffiya sama mcm Zulaikha dan Yusouf, berkulit sensetif, jadi doc cadangkan guna sabun mandi untuk kulit sensetif, macam sebamed, cethapil atau ezzera. Masa Zulaikha guna sebamed, masa Yusouf Ninie guna cetaphil. Ni Saffiya try Ezerra plak. Semua elok je, cuma Ezerra ni bau dia Ninie suka, pastu kalau beli, selalu ni pakej sekali ngan cream.Harga kalau pakej ni dalam RM40++.
Nak kata ok sangat tak jugak la. Sebab ambik masa jugak la nak baik. Lepas tu, makcik Ninie suruh try bubuh Euphoria. Ustaz megat yg Klinik Perubatan Elektronik kat Kemaman yang bagi. Mmg elok. Dia suruh sapu nipis-nipis je. Yang belakang telinga dia terus baik dan tak berair dah. Tapi ruam kat muka dia, kejap  baik kejap hilang...Nak tahu detail ada org jual online. Klik sini
sedap rasa dia
Pada masa yang sama Ninie try plak supplement. Epyhra.Apa yang ibu makan mesti khasiat tu ke susu kan.. Jadinya Ninie mmg ambik sumplement la utk bagi banyakkan susu, dah cantikkan kulit ibu sekaligus ngan Saffiya. Normal bagi Ninie, lepas bersalin je mmg akan jadi gatal-gatal kulit terutama kat peha.. agaknya pemecahan lemak-lemak jahat!.. hehehe tapi kalau gatal.. mmg tak tahan gila... menggaru je la. Alhamdulillah.. kali ni Ninie try Epyhra, mmg sesuai untuk Ninie. Terutamanya nak banyakkan susu badan. Saffiya pun dapat khasiat, kulit dia makin putih dan kulit yang ruam tu dah hilang sepenuhnya.. cuma kulit dia masih banyak yg kering.. ambik masa sikit kot. 
parut muka dia jadi putih-putih.. makin pudar dah
Ninie masih continue minum Epyhra, kalau testimoni ramai yg kata kulit dia cerah.. glowing-glowing tu.. flawless ke apa.. yg tu mmg Ninie tak ada ye. Tapi Ninie suka bab lawas... selama ni mmg payah.. Sekarang ni hari-hari melawas.. sihat rasa perut ni. Tapi kulit yg gatal mmg hilang terus dah.. Alhamdulillah.. So, apa yg Ninie masih kekalkan.. Saffiya mandi ngan sabun Ezzera, sapu Euphoria kat kulit yg problem dan Ninie minum Ephyra nak bg cepat baik kulit dia. Agaknya gabungan yg bagus.. Heheheh..


Friday, November 14, 2014

Saffiya 4 Bulan : Demam kali pertama

mcm muka apak sgt kan
30 Oktober 2014 genap usia Saffiya 4bulan. Appoitment dia ngan KK Kurnia patutnya pada 5 November 2014, tapi ibu ni sibuk betul hari tu. Ada lawatan EKSA dari Hospital Ipoh. Mmg terpaksa la postpone g KK Kurnia. Esoknya tetiba plak Saffiya demam. Padan la malam tu dia mcm byk jaga.. agaknya badan dia rasa tak selesa. Kul 6.30pagi ibu cek suhu badan dia 38.5cc. Terus mandi pepagi hari la dia. Makan ubat terus. Tapi kesian dia.. ibu terpaksa hantar jugak dia ke taska. Alhamdulillah dia demam sehari je, tak berlarutan.

Dah tak pergi KK Kurnia, terpaksa mintak appointment baru. 12 November baru la pegi.. 4 bulan tak kena cucuk, mati-mati ibu ingat Saffiya nak kena cucuk. Padahal dah anak no.3. Masih lupa.. ibu kan dah banyak urat putus.. padan la pelupa. Berat Saffiya 6.4kg.. naik lebih kurang 400gram. Tinggi dia 64cm. Naik 3cm. Sekarang ni dia semakin aktif melompat dan bercakap. Kekdg pepg hari nak siap-siap g kerja, dia dah kejutkan semua org bangun ngan alunan nada suara dia yg nyaring tu.. huhuhu tapi hampehhh.. apak ke.. kakak ke.. abang ngah ke.. tak ada nye nak bangun.. ibu aje la juara bangun pagi tetiap hari..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails