Pages

Friday, October 10, 2014

Saffiya dah 3 bulan : mula meniarap

8 Oktober 2014 Bawak Saffiya g KK Kurnia untuk check up. Mmg cekap la KK Kurnia ni. Tak sampai sejam, semua urusan siap. Bleh masuk opis awal. Berat Saffiya dah 6kg dan tinggi 61cm. Makin membulat. Alhamdulillah dah 3 bulan ni, dia dah mula meniarap. Agak cepat jugak berbanding Zulaikha. Tapi mmg tak leh lawan Yusouf, sebulan dah meniarap. Tu la anak-anak ni kan. Tumbesaran mmg berbeza-beza. Ada yg cepat meniarap, ada yg laju berjalan.. ada yg cepat bercakap. Yang lambat pun ada.. Yang penting sihat.. syukur sangat.

Lepas timbang, kena cucuk, menangis juga, sebab dia marah kita peluk dia kuat-kuat. Lepas cucuk, terus diam. Masuk kereta, tido.. lega ibu.. 
pantang bagi baring je dia nak meniarap

BFF ibu
Zulaikha ni baru 4tahun, tapi dia la pembantu ibu. Kebetulan pegi klinik hari hujan. Dia la yg bawak bag, buku kesihatan baby.. ibu nak dukung baby lagik, nak bawak payung lagik. Lepas dah siap, kena la belanja dia makan. Suka sgt mkn mee sup. Kompem la g tadika lambat. Ninie tak kisah pun dia belajar ke tak.. kecik sgt lagik. Sekadar nak praktis bangun pagi dan merasa suasana g sekolah. Tapi sikit sebanyak, banyak benda dia belajar. Terutamanya hidup berdikari. Belajar buat semua benda sendiri. Terima kasih cikgu-cikgu :-)

2 comments:

  1. cepatnye dia meniarap! ika dulu pun meniarap umur 3 bulan ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun lupa. sib baik ada history dlm blog.. haha zulaikha pun umur 3bulan start meniarap. tapi yusouf.. sebulan dah meniarap

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails