Pages

Monday, October 27, 2014

Melayan Anak-anak Mandi di Pantai Balok

Cuti Sabtu Ahad baru ni, Zex kerja. Keje sokmo apak kan.. Terpaksala ngan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kekdg tu bosan juga, anak-anak sibuk ajak berjalan, ibu payah nak bawak berjalan kalau apak tak ada sekali, dah 3 orang ni.. kecik-kecik plak tu. So, seperti biasa, ibula kena decide hujung minggu nak buat apa. Samada duduk sahaja di rumah, atau balik umah tok kat Balok atau pun balik umah Moktok.

Asalnya Ikha ajak balik Pekan, tapi balik sana, dia tak ada kawan, lgpun bila apak ada, kompem la apak ajak balik Pekan, kang Balok tak ada peluang nak balik.. padahal.. hahaha ibu yang lelebih. Duk umah mak sendiri mesti la lain kan... 
terselah kegembiraan dia
Kebetulan balik Balok kali ni, sepupu dia Hanan ngan Humaira tak ada. Balik Terengganu, ada hal kematian. Jadinya mak Ninie free la. Kalau tak, dia kena jaga Humaira, sbb adik Ninie kena jaga kedai jahit mak. Asalnya tak ada plan langsung nak menuju ke Pantai Balok. Kebetulan petang tu MakJang ajak g kedai gunting rambut, Ninie tak boleh ikut sbb belum sembahyang Asar. Tapi Zulaikha ngan Yusouf dan masuk dalam kereta Mak Jang. Balik rumah mak solat jap, pastu bawak kereta, kononnya nak mencari Mak Jang kat kedai gunting rambut, sbb bimbang kat anak-anak. Kang terlepas ke kan.. kesian kat Makjang je... risau jugak. Saffiya tok tolong jaga kejap. Susu EBM pun mmg dah banyak tinggal, nanti tok panaskan je.

Belum pun separuh jalan, Mak Jang dah balik, sbb kedai tutup. Ninie pun angkut budak berdua tu masuk kereta, plan asal nak bawak g taman permainan je pun.. cari punya cari sampai la ke Pantai Balok. Suka sangat Zulaikha bila nampak papan gelongsor. Bukan tak ada kat rumah, tapi main kat luar ni nampak dia lebih enjoy. Yusouf pun sama. Dah alang-alang kat pantai kan.. Ninie ajak terus Zulaikha g ke pantai.. Mulanya dia tak nak sbb tengah syok main kan.. akhirnya dia pulak yang berlari-larian ngan Yusouf. 

Dalam hati Ninie... Ya Allah.. seronoknya Zulaikha ngan Yusouf dapat main lari-lari macam tu. Tak yah la bawak g ECM ke megamall... g pantai pun dah seronok sangat.
berkubang
Yusouf landing terus
tak larat ibu nak kejar
Kat pukul 7malam baru ajak dia balik. Sbb masa dtg tu pun dah kul 6lebih. Mmg dia tak nak balik, tapi bila nampak hari dah gelap, dia ikut juga. Yusouf, mengamuk tak nak masuk kereta, puas pujuk. Tapi kali ni, ntah la.. bila Yusouf ngamuk pun, Ninie tak ada rasa nak marah, rasa sedih pulak, sbb banyak masa dia main dalam rumah je.. bila dia tengah seronok mcm  ni, Ninie pulak ajak dia balik. Ibu sokmo 'emo' kan...
dapat main air
Hari Ahad, dah janji nak pergi  lagik pantai. Siap je solat Asar, terus bawak dia berdua g pantai. Kali ni ibu bagi mandi. Punya la happy... duk kejar-kejar ombak. Kelakar plak rasa.. masa Ninie kecik-kecik dulu, selalu abah bawak g pantai.. ni bawak anak sendiri pulak..
berendam je dalam air, yusouf mmg tak reti diam mcm kakak
gembiranya dia
nak bina istana pasir
berkubang pasir

:-)
Bila tengok anak-anak happy, ibu pun rasa happy sangat. Tak tau la nak ckp mcm mana.. masa diaorg kecik ni la kita nak habiskan masa bersama-sama kan.. nanti bila diaorg dah besar, mesti dah tak nak join sangat kita kan..



No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails