Pages

Friday, October 31, 2014

Yusouf batuk semula

Yusouf ni satu pantang besar dia, tak boleh minum air sejuk atau makan aiskrim. Minggu lepas balik Pekan kemain seronok minum air sejuk ngn makan aiskrim.Bila ramai-ramai ni agak payah nak larang.Tengok kakak makan aiskrim mesi dia nak jugak. Petang seblum balik semula ke IS dia dh nampak nak lelah.
Malam bila tido dah start bunyi. Ni la ibu paling tak tahan.. kesian kat dia.. nak tido pun sekse. Kena sedut ventolin la setiap 4jam. cepatla sembuh Yusouf ye.
bawak bekal ubat g taska. Masa ni cikgu AB wasap ibu gambar dia tengah tunggu ibu dtg ambik. kesiannye dia.. ibu ambik lambat.

Monday, October 27, 2014

Melayan Anak-anak Mandi di Pantai Balok

Cuti Sabtu Ahad baru ni, Zex kerja. Keje sokmo apak kan.. Terpaksala ngan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kekdg tu bosan juga, anak-anak sibuk ajak berjalan, ibu payah nak bawak berjalan kalau apak tak ada sekali, dah 3 orang ni.. kecik-kecik plak tu. So, seperti biasa, ibula kena decide hujung minggu nak buat apa. Samada duduk sahaja di rumah, atau balik umah tok kat Balok atau pun balik umah Moktok.

Asalnya Ikha ajak balik Pekan, tapi balik sana, dia tak ada kawan, lgpun bila apak ada, kompem la apak ajak balik Pekan, kang Balok tak ada peluang nak balik.. padahal.. hahaha ibu yang lelebih. Duk umah mak sendiri mesti la lain kan... 
terselah kegembiraan dia
Kebetulan balik Balok kali ni, sepupu dia Hanan ngan Humaira tak ada. Balik Terengganu, ada hal kematian. Jadinya mak Ninie free la. Kalau tak, dia kena jaga Humaira, sbb adik Ninie kena jaga kedai jahit mak. Asalnya tak ada plan langsung nak menuju ke Pantai Balok. Kebetulan petang tu MakJang ajak g kedai gunting rambut, Ninie tak boleh ikut sbb belum sembahyang Asar. Tapi Zulaikha ngan Yusouf dan masuk dalam kereta Mak Jang. Balik rumah mak solat jap, pastu bawak kereta, kononnya nak mencari Mak Jang kat kedai gunting rambut, sbb bimbang kat anak-anak. Kang terlepas ke kan.. kesian kat Makjang je... risau jugak. Saffiya tok tolong jaga kejap. Susu EBM pun mmg dah banyak tinggal, nanti tok panaskan je.

Belum pun separuh jalan, Mak Jang dah balik, sbb kedai tutup. Ninie pun angkut budak berdua tu masuk kereta, plan asal nak bawak g taman permainan je pun.. cari punya cari sampai la ke Pantai Balok. Suka sangat Zulaikha bila nampak papan gelongsor. Bukan tak ada kat rumah, tapi main kat luar ni nampak dia lebih enjoy. Yusouf pun sama. Dah alang-alang kat pantai kan.. Ninie ajak terus Zulaikha g ke pantai.. Mulanya dia tak nak sbb tengah syok main kan.. akhirnya dia pulak yang berlari-larian ngan Yusouf. 

Dalam hati Ninie... Ya Allah.. seronoknya Zulaikha ngan Yusouf dapat main lari-lari macam tu. Tak yah la bawak g ECM ke megamall... g pantai pun dah seronok sangat.
berkubang
Yusouf landing terus
tak larat ibu nak kejar
Kat pukul 7malam baru ajak dia balik. Sbb masa dtg tu pun dah kul 6lebih. Mmg dia tak nak balik, tapi bila nampak hari dah gelap, dia ikut juga. Yusouf, mengamuk tak nak masuk kereta, puas pujuk. Tapi kali ni, ntah la.. bila Yusouf ngamuk pun, Ninie tak ada rasa nak marah, rasa sedih pulak, sbb banyak masa dia main dalam rumah je.. bila dia tengah seronok mcm  ni, Ninie pulak ajak dia balik. Ibu sokmo 'emo' kan...
dapat main air
Hari Ahad, dah janji nak pergi  lagik pantai. Siap je solat Asar, terus bawak dia berdua g pantai. Kali ni ibu bagi mandi. Punya la happy... duk kejar-kejar ombak. Kelakar plak rasa.. masa Ninie kecik-kecik dulu, selalu abah bawak g pantai.. ni bawak anak sendiri pulak..
berendam je dalam air, yusouf mmg tak reti diam mcm kakak
gembiranya dia
nak bina istana pasir
berkubang pasir

:-)
Bila tengok anak-anak happy, ibu pun rasa happy sangat. Tak tau la nak ckp mcm mana.. masa diaorg kecik ni la kita nak habiskan masa bersama-sama kan.. nanti bila diaorg dah besar, mesti dah tak nak join sangat kita kan..



Friday, October 10, 2014

Saffiya dah 3 bulan : mula meniarap

8 Oktober 2014 Bawak Saffiya g KK Kurnia untuk check up. Mmg cekap la KK Kurnia ni. Tak sampai sejam, semua urusan siap. Bleh masuk opis awal. Berat Saffiya dah 6kg dan tinggi 61cm. Makin membulat. Alhamdulillah dah 3 bulan ni, dia dah mula meniarap. Agak cepat jugak berbanding Zulaikha. Tapi mmg tak leh lawan Yusouf, sebulan dah meniarap. Tu la anak-anak ni kan. Tumbesaran mmg berbeza-beza. Ada yg cepat meniarap, ada yg laju berjalan.. ada yg cepat bercakap. Yang lambat pun ada.. Yang penting sihat.. syukur sangat.

Lepas timbang, kena cucuk, menangis juga, sebab dia marah kita peluk dia kuat-kuat. Lepas cucuk, terus diam. Masuk kereta, tido.. lega ibu.. 
pantang bagi baring je dia nak meniarap

BFF ibu
Zulaikha ni baru 4tahun, tapi dia la pembantu ibu. Kebetulan pegi klinik hari hujan. Dia la yg bawak bag, buku kesihatan baby.. ibu nak dukung baby lagik, nak bawak payung lagik. Lepas dah siap, kena la belanja dia makan. Suka sgt mkn mee sup. Kompem la g tadika lambat. Ninie tak kisah pun dia belajar ke tak.. kecik sgt lagik. Sekadar nak praktis bangun pagi dan merasa suasana g sekolah. Tapi sikit sebanyak, banyak benda dia belajar. Terutamanya hidup berdikari. Belajar buat semua benda sendiri. Terima kasih cikgu-cikgu :-)

Aqiqah Saffiya

5 Oktober 2014 - Hari Raya Qurban. Kali ni Ninie bersalin, berpantang dalam bulan puasa. Jadinya Aqiqah Saffiya tak boleh la buat awal. Masa Zulaikha dan Yusouf, masa dalam pantang Ninie terus je buat aqiqah diaorg. Dulu2 aqiqah untuk anak sendiri jer, kali ni mmg meriah sebab buat 4 bahagian terus.

Kebetulan adik ngan sepupu Ninie, pun nak aqiqah kan anak-anak diaorg. Kalau nak beli kambing, 4 bahagian dan 4 ekor. Jadinya kitaorg pun ambik la bahagian untuk seekor lembu kat Surau Idaman Bayu. Kebetulan juga, ada orang kat Taman tu pun nak join lagik 3bahagian lagik. Cukup la seekor lembu, 7 bahagian.
Haji Saaibon, bapak saudara kesayangan, tukang masak paling best!

macam-macam saiz daging ada.. ikut saiz tukang potong daging
Lepas je siap melapah kul10pagi, terus kitaorg beramai-ramai memotong daging sebab nak makannya kul 2.30petang. Alhamdulillah selesai masak. Baru nak duduk tegangkan urat pinggang. Tetamu dah mula datang. Tak dan nak pasang alas meja. Sib baik la jemputan semua sanok saudara dan sahabat handai yang terdekat je.
mando.. orang paling sibuk. semua org dia dtg spotcheck. Mujur yg lagik 2org tu tido
ni baru masuk tulang.. daging belum lagik

mujur saudara-mara dekat-dekat je umah. senang nak datang membantu


keluarga belah zex
 Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis yang ringkas ni. Alhamdulillah licin semua makanan :-)










Tuesday, October 7, 2014

Follow Up Yusouf di KSH

1 Oktober 2014 Pukul 10 pagi follow up Yusouf sbb Acute Bronchitis . Alhamdulillah Dr. Siti ckp kahak Yusouf dah clear. Untuk mencegah datang kembali, Yusouf kena pakai Aerochamber sampai 3bln. Setiap malam. 
*gambar di google sahaja
bukan Yusouf tu.. anak mat saleh.. hihihi

Lepas tu Dr. Siti advice suruh cucuk vaksin influenza untuk Yusouf. So, ibu ni ikut ajala... asalkan anak ibu ni sihat. Ingatkan sekali je kena. Kena second dos bulan Dec ni. Dos ke3.. dan setiap tahun sekali je. Yg bestnye.. dah keluar dari bilik Dr. baru teringat nak tanya.. sampai bila yg sekali je setahun tu?? Nurse pun ketuk balik bilik Dr. kebetulan muka Dr dekat benor ngan pintu.. senyuman menawan Dr.. "sampai Yusouf sihat..." ngeeee... Sihat cepat la Yusouf ye. Tak sanggup ibu tgk awk asyik ulang alik hospital.
  
lawakan ikat rambut
Sementara tunggu Dr. dia membaca. Nampak je gambar baby.. dia ckp "bu... Ya..." Ya tu maksudnya "Saffiya".. pastu dia pun cium gambar baby tu.. alahai ommei ibu ni.. sobs sobs .. terharu ibu.. dia sayang Saffiya rupanya. Nampak mcm tak faham je kewujudkan Saffiya tu. Anak-anak.. sukar juga nak mendalami apa yang tersirat di hati dia kan...

linkwithin

Related Posts with Thumbnails