Pages

Friday, September 26, 2014

Throwback Gambar Raya

Raya tahun 2009 masa ni tgh pregnantkan Zulaikha
                
Tahun 2010. Zulaikha umur 7Bulan
Tahun 2011. Masa ni ninie agak-agak dah pregnantkan Yusouf.


Tahun 2013

Tahun 2014 , Saffiya masih dalam pantang


Kesimpulan??? heheh yg pasti nye selang 2thn.. ahli bertambah sorang. Yg ke-2.. semakin tambah anak.. semakin ibu tambah kelebaran pipi dan badan :-p ngeee~~~

Wednesday, September 24, 2014

Kesibukan Pagi Dengan Anak-anak

Sejak anak 3 ni, Ninie kena lebih cergas!.. selama ni duk santai-santai je. Masa anak 2, sempat lagik pepagi nak kemas bag sekolah anak, gosok baju. Sekarang ni tak dek dah.. Memalam dah kena setel semua kerja. Jemur baju pun nak kena siap-siap dah malam. Bertambah plak breastfeeding ni, nak kena basuh botol susu yg banyak.. nak label susu.. aduhai.. kekdg kul12mlm baru siap semua.. letih betul.. tapi apsal tak kurus-kurus jugak ni???? sadiss betul...
Saffiya pagi-pagi tido aje
Masuk keje pun dah ubah waktu.. masuk kul8.30. Tapi masa keluar dari rumah nak pergi kerja sama je. Kul 7.10am. Anak-anak duk taska Al-Azid. Belakang HTAA je. Cumanya, walaupun taska yg sama, tapi.. 3 buah rumah nak ke hantar. Mula-mula hantar Yusouf dulu.. sbb dia paling suka buat hal pepagi hari.. tiap kali Ninie turun dari kereta, dia pun nak turun juga. Masalahnya nak berdukung.. dah tu mcm mana ibu nak dukung baby gini gaya kan... lepas tu hantar Saffiya pulak. Kakak Zulaikha selalunya akan tolong ibu hantarkan beg Saffiya.. dan selepas itu... 
nasi lemak + telur+ayam goreng + sirap
Kena bawak Zulaikha makan.. kalah kita makan.. tapi bagus juga, sbb ibu kan breastfeed. Cepat lapar. Lepas dah makan, selalunya susu jadi byk. Seronok ada anak jadi teman ni. Cuma tak tahan.. lepas makan.. ajak g kedai runcit plak. Nak beli air, bawak bekal g tadika. Macam tadika dia tak bagi makan je kan... Kekdg kena ikut je kehendak dia, sbb tak nak dia meragam g tadika.

Lately ni tadika dia asyik tukar cikgu je. Tak tahu la pasal apa. Tension juga rasa, sbb kekdg pengaruh cikgu yg baik, anak jadi semangat nak g tadika. Bila cikgu lain, dia mula badmood nak g tadika. Cikgu yang mesra ngan parents tu penting. Kita tahu perkembangan anak. Ibu pun jadi rindu kat cikgu tadika yg dah biasa ngan kita ni.. 

Bila tak nak g tadika, puasla pujuk macam-macam. Tu kekdg terpaksa ikut je benda dia nak. Hai mcm ni hari-hari.. byk benda la ibu kena catu poket ibu ni.

Tuesday, September 23, 2014

Eizz Yusouf : Acute Bronchitis lagik

15 September 2014 Hari Isnin. Ninie tak ambik pun cuti, walaupun esoknya Selasa Cuti Am, Cuti Hari Malaysia. Puas dah rasanya cuti besalin lama-lama. Kebetulan apak pun tak ada. Outstation ke Perlis. Anak-anak g taska mcm biasa, balik dari keje, terus g rumah mak kat Balok. Kebetulan, Yusouf plak, cousin Ninie, Asilah, ambik dia awal dari taska. Rindu la tu kat Yusouf, bawak Yusouf jenjalan kat ECM.
tido kepenatan
Siang hari Yusouf ok je. Batuk ada la sikit. Sebelum ni dah 2hari, dia demam malam. Cuma tak tinggi suhu dia. Bila duk umah mak, mmg seronok bersembang ngan mak ngan kakak ipar. Anak-anak semua tido awal. Dalam kul12 malam, tgk Yusouf tido dada berombak-ombak. Berdebar rasa, sbb Yusouf pernah jadi mcm ni sebelum ni. Dalam kul2 pagi, makin teruk cara dia bernafas. Terus ajak kakak ipar bawak Yusouf g KSH. Nebulizer. Sebelum ni pun apak pernah bawak dia g Neb kul2 pagi. Lepas neb dia ok balik.

Tapi kali ni, doc tahan. Suh masuk wad. Setiap 2jam kena neb. Tu pun still tak ok. Hasil ujian darah, ada  virus doc kata. Sebab tu dia lelah balik. So berkampung la ibu kat hospital. Dah la dtg hospital ngan kakak ipar dan Zulaikha. Baby ngan mak. Mujur la ada stok susu EBM.Tak la risau sgt. 

Datang hospital pun cuma bawak pampers Yusouf je. Barang-barang lain mmg tak bawak. Benda tak jangka. Medical kad insuran Yusouf pun tertinggal kat IS. Kul4 pagi, Ninie bawak keter sorang diri balik IS Yusouf ngan Ikha tido, so kakak ipar tolong jaga kejap. Berdebar bawak keter kul4pg ni. Mata ngantuk amat.. jln sunyi.Rasa mcm perompak je masuk umah sendiri kul4 pagi. Pam susu.. ambik barang-barang yg patut. 
hari pertama wad 4katil.. saffiya bedong tido. Sebb biasa dia tido buai
Wad single penuh, jadinya duk wad 4org. Tido atas kerusi je la kami ni. Hari esoknya bila wad single kosong, terus pindah. Patah pinggang kalau tido atas kerusi lagik. Wad single ni selesa la sikit. Malam ke-2 Zulaikha je teman ibu, sbb kakak ipar tak berapa sihat. Boleh harap sungguh kakak Zulaikha ni. Boleh jaga adik.
hari ke-2 bilik single. kakak aja yg teman ibu jaga adik
Mujur la duduk hospital tak lama, hari Rabu petang, 17 September 2014, dah discaj. Letih rasa. Time apak outstation la dia kena masuk hospital. Nasib la ibu. Saffiya, tok yang jaga. Minum EBM je la dia. Siang hari, kakak ipar bawak dtg hospital, directfeed. Mak Ninie ckp, Saffiya baik, tak meragam sangat. Cuma kekdg dia rindu nak directfeed kot. Dapat discaj mmg lega amat. 
."nak lorr @ telur".. pujuk ngan coklat tak bg nangis.
Yusouf kena continue antibiotik seminggu kat rumah. Kena guna balik aerochamber. Macam dulu jugak. Baca kat sini. Yusouf ni macam-macam sakit kan. Kesian dia.. tu yg jadi dia lagik manja. Ke mana-mana nak ikut. Masuk bilik air pun nak ikut.. aduhai.. Tula bila fikir balik, Yusouf mmg sekejap je breastfeed. 7bulan je. Kali ni untuk Saffiya, Ninie kena cuba juga sedaya upaya breastfeed dia lama mcm Zulaikha.. Bertabah la ibu ye.

Saffiya 2 Bulan

buat muka nak nangis
Sejak bertambah anak.. penyakit pelupa makin teruk. Appoitment cucuk Saffiya dah terang-terang tulis dalam buku 3 September 2014. Sampai nurse KK Kurnia call apak. Ngan konfidentnya menjawap.. 10 September 2014. Bila semak buku dia.. hahah kompem urat putus banyak ni...

10 September 2014 terus g KK Kurnia. Sib baik la nurse kat sini baik-baik. Tak ada mcm Klinik Balok. Kali ni Ninie tukar Klinik  sbb tension menunggu lama kat KK Balok.. Siap kena ambik cuti. Sib baik alamat umah IS.. mmg bawah liputan KK Kurnia. Mmmg suka perkhidmatan kat KK Kurnia.. mesra pelanggan. Paling best.. mmg cepat. Kalau appoitment kul 9.. kul 9.30 pun dah siap.Bukanla ngada-ngada tak leh tunggu lama.. tapi kalau dah sampai 3-4jam.. geram juga kan..

Progress Saffiya.. Berat 5.3Kg, Tinggi 59cm. Saffiya dah tegak kepala, boleh berdiri kalau kita pegang dia. Dah pandai mengagah.. duk berckp.. aaa aaaa.. comel la sgt kan..
ngan kakak.. nak g kenduri

Breastfeeding Saffiya

Saffiya, Alhamdulillah masih breastfeeding sehingga hari ini. Baru nak masuk 3bulan je pun. Rasa mcm dah lama .. Hehehe. Lepas bersalin je, masalah biasa bg Ninie, susu mmg tak keluar. Semua anak mcm tu. Jadi bila anak ke-3 ni dah faham sangat dah pesen diri sendiri. Jadinya, bagi Saffiya breastfeed tanpa susu keluar , lepas tu kena bg dia susu formula. Tapi kali ni, dalam seminggu je kot baru susu keluar. Kalau masa Zulaikha & Yusouf, lepas 2minggu baru susu ada. Puas berurut.. dah pesen dah mcm  tu kan.. redho aje la.

Sama macam anak-anak lain, mula-mula mmg susu sikit, lama-lama baru ok. Baru berangan ibu nak diet bagi cepat sikit kurus, tapi bila Ninie diet je, susu jadi kurang amat. Kena la fikir untuk kebaikan anak, lantok la gemuksss.. org lain kutuk gemuk tak apa... jgan apak yang kutuk ibu.. siap la apak!!!.. ngeee.. 

Sepanjang bercuti, mmg Saffiya selang-seli minum susu ibu guna botol, tapi tu la kan.. bila balik je rumah sendiri, Ninie mmg sgt bz ngan anak-anak. Tak sempat nak bg susu botol, senang, bg je directfeed. Lagik 3minggu nak keje, Ninie start ajar semula dia susu botol.. ambik kawww.. dia reject botol!!! rasa nak nangis!!!.. mmg dah nangis pun.. sbb tension.. hahaha.. 

Pastu tarik nafas.. bertenang.. ajar lagik esoknya.. esoknya.. dah esoknya.. dah.. dia reject jugak.. cuma bila lapar tu kekdg dia telan sikit. Tension tahap gaban rasanya. Sbb Zulaikha ngan Yusouf tak la cerewet mcm si sepet ni. Fikir punya fikir, kemungkinan dia tak nak Ninie yang bagi, memandangkan Ninie nak keje lagik seminggu, baik Ninie train dia g taska. Bila hantar ke taska, awal-awal lagik Ninie dah bagi  tahu cikgu problem si sepet ni. Sib baik la cikgu memahami. Hari pertama, dia cuma minum 1oz. Bayangkan sepanjang hari cuma 1oz. Tapi Saffiya tak ada la meraung, dia diam dan tido sekali sekala. Hari ke-2 sebotol habis. Akhirnya hari ke-5 dia habiskan kan juga 4botol. Mmg lega amat la. 

Mulanya nak tukar dah puting lain, tapi tak jadi, sbb dia mmg biasa ngan puting tu pada asalnya. Kalau asyik tukar-tukar puting,  takut dia niple confusion. So bertekad, kekalkan aje puting yg biasa. 

Next weeknye, Ninie dah start keje, hari pertama kat taska, sama jugak mcm minggu sebelumnya.. dia cuma minum satu 1oz. Sampai la hari Jumaat, baru full 4botol dia minum.. Kesimpulannya... hari cuti sabtu Ahad, atau pun di siang hari.. wajib bagi dia botol.. malam je directfeed. Nanti dia lupa daratan!

Alhamdulillah dah hampir sebln keje... Saffiya dah ok ngan botol.. Lega amat!
Kakak yg rajin.. selalu tolong ibu bg susu kat baby

Friday, September 5, 2014

Kelahiran Saffiya

Assalamualaikum w.b.t. Lama betul Ninie tak update blog ni. Start baby 32 minggu kalau tak silap. Ninie start tak daya dah masa tu. Ditambah pulak dengan penyakit 'malas maksima'. Hehehe.. 

Tadi duk jenguk balik blog Ninie, banyak gambar hilang... al-kisahnya.. Ninie g buat synchronize ke hp.. pastu Ninie g delete gambo tu.. rupanya abih ilang kat blog... uwaaaa sadis rasa...

So berbalik kepada kisah kelahiran Saffiya.. Ninie kena tulis balik apa yang ingat ni.. nak simpan untuk diri sendiri yang sebenarnya kan.. lelama nanti lupa pulak..

Minggu 32 - Ninie g KSH scan, doc ckp anak Ninie songsang. Ninie rasa stress jugak, sbb asalnya dia kedudukan normal. Tapi doc ckp, biasala baby ni suka pusing-pusing. Nanti dia kembali normal. Tapi Ninie asyik fikir je. Sudahnya, Ninie ajak mak sedara Ninie g rawatan altermatif, jumpa ustaz, dia bg air selusoh. Ikhtiar selagi boleh. Alhamdulillah, masa minggu ke 34 baby pusing balik kedudukan normal. Syukur sangat.

Minggu 34 - Masa awal-awal scan, doc ckp baby berat normal je, mmg lega sgt la. Sbb takut sangat baby besar mcm masa Yusouf dulu. Tapi tula... masa minggu 34, doc scan baby dah mula membesar bagai johan. Kalau nak ikut disebabkan gaya pemakanan, tak jugak... rasanya org lain lg kuat makan. Mungkin genetik kot.

Minggu 38 - Ninie ambik cuti awal, 3 minggu awal sebelum due date. Due 24 Jun 2014, tapi disebabkan Yusouf kena asthama kat taska masa awal Jun, Ninie terus ambik cuti direct. So bulan Jun tu mmg Ninie dah tak g keje. Mulanya nak lepak je kat umah, tapi risau kot tetiba sakit kat umah, Zex keje, payah plak nak g hospital, jadinya Ninie hangkut seme peralatan berkampung la kat umah mak Ninie.

Minggu 40 - Minggu due Ninie, mcm biasa jugak, semua anak Ninie mmg overdue. Saffiya ni pun sama. Masa scan minggu 40, doc dah bgtahu Ninie anak Ninie kemungkinan lahir 4kg atau lebih. Jadinya Ninie bersedia je la mental dan fizikal. Sbb Yusouf pun lahir 4.28kg. Doc bagi masa seminggu, kalau tak bersalin jugak, doc akan induce. Tarikh induce pada 30 Jun 2014. Siap dah ada appointment utk masuk wad. Masa tu kan hari ke-2 puasa, so doc ckp, lepas berbuka, kita buat prosedur induce.

28 Jun 2014 - Masa tu kat rumah mak, Ninie g toilet, masa buang air kecik, ada skit darah keluar. Gembira tak terkata, sbbnya tak yah la induce kan. Tu tanda nak besalin dah keluar. Tunggu sakit tak sakit-sakit. Gundah gula hati ini .. ish

29 (Ahad) Jun 2014 - Hari pertama puasa. Ninie tak puasa dah. Tak daya dan darah keluar lagik. Sakit pun ada sekali sekala. Ninie tel doc, doc suruh masuk wad. Jadi g je lah serah diri kat KSH kul10 pagi g tu la kot. Lupa plak... hehehe. Sakit pun datang kejap.. ilang. Yang lagik kelako, bila sakit sgt, Ninie panggil nurse,  bila nurse cek, sakit pun hilang.. hampas sungguh.. Ninie agak-agak, mesti malam Ninie besalin, tapi tak pun... Siang hari, mak saudara Ninie datang teman, pastu hari tu hari pertama berbuka puasa, Ninie stay sorg dulu la kat hospital. Lepas berbuka, diaorg datang semula. Malam tu, Zex bawak anak-anak tido kat hospital, dah jadi mcm rumah. Sakit... x ada nampak bayang.. 

30(Isnin) Jun 2014 - Bangun pagi, steady lagik Ninie.. sib baik la mak saudara Ninie teman, Ummie Ton, org pompuan teman, memahami sikit. Sakit ke.. tahu la dia nak tenteram kan Ninie ni kan.. Ninie mula sakit sangat pas Zohor kot.. Pastu kul3 lebih kot, sakit yang amat sangat, sampai tak  tahan, mintak ngan doc nak ubat tahan sakit. Akhirnya kena  tolak masuk labour room. Masa ni jangan ckp la.. sakit tak terkata, dah masuk ubat tahan sakit pun... sakit lagik. Ubat tahan sakit jadi kita rasa mengantuk, tapi tak dapat lawan rasa sakit contraction ni. Sakit gila! Ummie Ton jugak yang teman Ninie masa ni. Pastu Ummie call Zex, bagitau yang Ninie dah masuk labour room. Zex datang ngan askar 2org tu, kebetulan Yusouf tido, jadinya boleh la Zex masuk labour room, Ummie jaga Yusouf ngan Zulaikha kat wad. Yusouf jenis tak leh berenggang ngan apak.. payah betul la. Semua anak kanggaroo belaka..

Masa Zex dah masuk, doc cek jalan dan 7cm, doc pecahkan ketuban. Lepas tu makin menjadi-jadi la sakitnya. Ubat tahan sakit tu pun dah tak berkesan. Sedut gas, nak kurangkan sakit pun tak rasa kurang... aduhai seksenye bila fikir masa tu. Masa tengah sakit tu, dapat  rasa doc gunting.. doc suh push. Sekuat hati la, pasal dah tahu baby besar. Akhirnya keluar baby, Ya Allah, tak dapat gambar betapa nikmatnya hilang rasa sakit tu. Kali ni jahit mmg banyak, sbb doc gunting. Tapi leganyalaa... sakit jait dah x kisah dah. 

Masa doc letak baby atas perut, terus nak gelak, sbb nampak baby bermata sepet. Kompem ikut apak!.. Baby ni, Zex yang bagi nama.. Saffiya yang bermaksud "teman baik" Alhamdulillah... lahir 4.01kg pada pukul 4.45am. Tinggi 52cm.

Lepas dah setel kat labour room, balik ke wad, rasa ngantuk yang amat sbb kesan ubat tahan sakit. Yusouf ngan Zulaikha pulak asyik duk naik atas katil, lompat sana sini. Sudahnya, suruh Zex bawak balik Yusouf, kakak ipar Ninie teman Ninie kat wad. Zulaikha pun nak teman ibu. Kononnya dia nak jaga baby la.. suka sgt dapat adik.. hu~

Alhamdulillah dan terima kasih atas doa semua.. bertambah lagik sorang ahli keluarga. Syukur pada Allah...
umur 4hari
Saffiya kena kuning jugak lepas sehari balik rumah. Tinggi jugak la.. 183. hari kedua turun 140. Hari ke-3 terus tak ada dah. Lega yang amat. Letih rasa ulang alik klinik. Ninie duduk umah mak Ninie dalam 2minggu je. Lepas tu balik rumah sendiri. Tak daya duk umah mak. Umah mak tu 2 tingkat, tak larat turun naik. Tak larat nak handle lagik 2org anak yang besar kat umah mak. Asyik ilang, main pasir la.. main kucing la.. Balik umah sendiri, senang.. umah kecik.. kurung je diaorg berdua dalam rumah.. 

Sekarang ni Saffiya dah 2bulan... nanti la citer plak kisah breastfeeding dia... :-)

linkwithin

Related Posts with Thumbnails