Pages

Thursday, April 17, 2014

Eizz Yusouf jatuh, berjahit kat dahi

kena puasa sebelum bius penuh
14 April 2014, hari Isnin, Ninie EL. Sbbnya Zulaikha asyik cirit birit je start Ahad. Isnin tu masih lagik cirit. Tak tahu la sebab apa. Sbb dia sorg je cirit. Dia pun ckp, perut dia sakit lagik. Terpaksala Ninie ambik cuti. Nak monitor dia kot cirit teruk lagik. Alhamdulillah berkurangan..

Tengah hari lepas Zulaikha makan nasi, Yusouf ckp ngan bahasa pelat dia, nak main...Dia suka main buai, dlm playroom dia. Ninie jenguk, mmg dia tengah main buai. So, Ninie pun g dapur.. baru nak basuh pinggan dengar dia nangis. Tapi Ninie tak la panik, sbb dia mmg akan nangis kuat tak kirala sakit ke tak. Tapi naluri ibu kan.. tetiba perasaan nak bergegas berlari tgk dia. Masa tu, tgk dia tersembam ke lantai tepi dinding, kalau ikutkan playroom dia mmg mmg dah pasang playmat. Jadi kalau jatuh tak la sakit sgt. Bila angkat, terus Ninie panik, sbb darah memancut kat kepala dia.. Apa lagik, Ninie jerit la panggil Zulaikha.. Bagusnya kakak, dia terus cari tisu untuk lap luka Yusouf. Masa tu tak nampak luka Yusouf besar mana, bila dah lap, baru nampak.. tak la besar, tapi dalam sangat..
Yusouf tak yah cakap la.. menangis mcm histeria, agaknya sakit sangat.. tetiba dia diam.. tertido. Ninie lagikla panik, ingat dia pengsan.. bila usik-usik dia.. dia marah.. Kompem la dia tak pengsan. Sambil riba dia, Ninie call Zex, Zex plak tak boleh balik sbb dia tengah mengajar subjek khas, tak boleh nak ganti ngn org lain.. terus Ninie call makcik Ninie. Sib baik Ummie boleh datang. Ninie mmg tak boleh nak drive, takut Yusouf meragam. Sambil tunggu makcik Ninie datang, Yusouf mmg tido. Tapi darah dah stop, sekali sekala darah keluar.. Ninie pun siap-siap barang nak g hospital.. Masa dlm kereta, kekdg keluar darah.. isi pun keluar.. ngeri rasa..

Ummi sampai je terus masuk kereta, g KSH. Ummi datang ngan Mak Miah dan Asilah. Ada la org boleh jagakan Zulaikha.. Lega betul rasa.

Sebelum tu dah telefon agent insuran, tanya bleh claim ke tak.. dia ckp boleh je terus decide g KSH. Sampai KSH terus g kecemasan. Doc pakar bedah, Dr. Ruzaimi. Dia ckp, oooo ni tak boleh jait terus ni, kena bius penuh. Sbb nanti dia meronta-ronta. Doc tanya bila last Yusouf makan.. Lastnya makan dalam kul11.30 pagi, masih baru lg dia minum susu. So, doc ckp, paling awal kul3.30ptg baru boleh bius, kena puasakan Yusouf dulu. Doc cuci luka dah tampal sementara. Ninie balik Balok je la dulu...

Dah kul3ptg, Ninie g semula KSH ngan Ummie, kebetulan jalan jem, KSH sampai call sbb tak sampai lg hospital.. Sampai je hospital, Dr. Ruzaimi plak dah masuk OT. Sbb ada kes emergency. Kena ganti ngan Dato Dr. Ngui. Ninie setuju je.. tp dalam hati dah terdetik.. mesti mahal.. sbb Dato' kan.. Tapi demi anak, takkan Ninie nak tunggu Dr. Ruzaimi habis OT.. kesian Yusouf lapar.

Dalam kul4ptg, Dr datang dan bius Yusouf. Nak cari urat sahaja 3kali cuba. Sbb urat dia payah nak jumpa. Meronta-ronta Yusouf nangis.. 4orang pegang dia. Ninie ni Allah je tahu.. betapa sakitnya perut sbb dukung Yusouf, dia tendang-tendang perut.. Tapi tawakal kepada Allah.. Dapat je masuk ubat bius, terus dia tido. Dr. suruh Ninie tunggu, tak bagi tgk dia jahit luka tu. Mmg cepat gila Dr. jahit, tak sampai 5minit dah siap. Tapi dia dah tutup jait dengan kapas.. jadinya tak tau brp byk Dr. jahit.

Dr. terangkan prosedur lepas bius, tak boleh dukung Yusouf lepas dia sedar, lepas sejam baru boleh bagi dia minum air masak sikit je.. panjang la prosedur dia, yg penting Dr. ckp, jangan sampai dia muntah, takut masuk dalam paru-paru. Alhamdulillah sampai rumah, Yusouf tak muntah, lepas 4jam baru boleh makan nasi. Kesian dia.. berjam-jam puasa. Masa kat umah pun dia tak boleh berdiri dengan betul, sbb kesan ubat bius..

Macam mana dia boleh jatuh??? Yusouf ni mmg budak baik... hehehe. Duduk tak pernah diam seminit. Satu feberet dia suka main suis lampu. Dia panjat jongkang-jongkit untuk main suis lampu.. dan berjongkit tu dia tergelincir.. jatuh.. kena skirting mozek tepi dinding. Mmg tak tinggi pun jatuh, tapi mozek tu tajam.. tu la kan, malang tak berbau... walaupun dalam rumah sendiri..
dapat hadiah lori dari tok ummi.. nak pujuk tak bagi nangis.. tqvm tok ummi
Lepas dah jait pun dia boleh lagik memanjat.. sampai Ninie rasa fobia bila tgk dia memanjat.. seram.. takut dia terjatuh lagik.. Yusouf.. Yusouf..

ooo ye.. part bil hospital.. RM800++ ko.. jait sikit je. Sib baik claim hospital, boleh demam kalau bayo sendiri :-) Sabtu ni kena dtg jumpa Dr. semula sebab nak bukak jahitan dia. Harap-harap tak sesakit mcm kena masuk ubat bius tu..  hai la anok...

2 comments:

  1. budak2 tgh lasak, x blh nak di larang sgt, cuma kite kena tgk2 selalu jer...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. terima kasih sudi singgah.. nanti sy folow blog awk ye.. :-)

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails