Pages

Friday, April 25, 2014

Eizz Yusouf: Dah buka jahitan di dahi

motor pinjam
19 April 2014 -  Yusouf kena jumpa balik Dato Dr. Ngun untuk bukak balik jahitan. Mula-mula jumpa Dr. dia tak kisah pun. Kemain lagik memanjat dalam bilik Dr. Dr. ckp dia suka budak aktif. Yela tu kan.. dia tak tahu kang meraung tahap mcm mana.. Hahahaha. Bila Dr. suruh baring, terus dia meraung bagai nak rak. Nurse pegang kepala, ibu pegang tangan, maklong pegang kaki. Kakak Ikha... tgk je tak ada perasaaan pun. Bukan dia pun yang kena kan. 

Ni first time Ninie tgk mcm mana org buka jahitan luka. Senang je rupanya. kejap je Dr. bukak. Tak sampai 2minit. Lepas tu Dr. tampal dressing baru. Dr. pesan lepas 3hari baru boleh bukak dressing tu. Nanti tak cantik luka tu kalau bukak dressing awal. Harap-harap dapatla bertahan sampai 3hari.

Dr. bagitahu nanti mmg akan ada parut. So Dr. bagi contoh ubat sapu untuk ilangkan parut. Nanti beli sendiri je. Pakai lepas luka dah betul-betul baik.
*gambar google.ubat untuk parut
Ninie pernah dah beli dermatix ni. Masa tu Zulaikha kena cakar ngan kucing. Habis pipi dia.. mahal jugak la tiub kecik ni RM50 tak silap.
Lepas betul² 3 hari, mmg dressing dia tertanggal. Dia dan kengkawan yang kerjakan. Hari pertama tanpa dressing, cikgu ckp luka tu berdarah balik, sbb dia tersembam atas lantai. Itula kan hero ibu.. dah rupa jebat.. hahaha. Tak apa la.. janji dah makin baik, tak ada jangkitan kuman.. Lepas ni kena sapu ubat ilang parut bg hensem sikit hero ibu.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails