Pages

Monday, April 28, 2014

Eizz Yusouf : Kena kudis di kulit kepala

gambar google

Sebelum Yusouf jatuh hari tu, Yusouf mmg ada satu masalah lain.. Kat kulit belakang kepala dia ada kudis. Mula-mula sekali Ninie perasan bila cium kepala dia, bau hanyir, macam bau hingus.. Kebetulan masa tu dia mmg tak sihat sbb selsema. Tapi tak la membebek pun rambut dia. Rambut plak kerinting.. panjang.. mmg tak nampak langsung la keadaan kulit kepala dia. Pastu bila dah hari-hari bau g tu, Ninie pun mula membelek bawah rambut dia. Ada nanah yang dah keras-keras lekat pada rambut dia. Bila cek lagik, mmg banyak, dia mcm biji-biji air, bila pecah, ada nanah yang baunya busuk sangat. 

Yusouf tak pulak menggaru kepala, tu yg lagik tak perasan. Mulanya tanya jugak sedara mara kot ada rawatan tradisional. Ada yang bg tau, kalau zaman dulu-dulu dia panggil taik sawan.. g tu la kot nama dia. Dulu-dulu org bakar kulit telur penyu buat ubat. Tapi zaman sekarang g jumpa doc je ambik ubat.

Ninie mmg nak bawak Yusouf jumpa Dr. kanak-kanak kat KSH. Kebetulan pulak, Dr.Siti bercuti panjang. Jadinya terpaksa tunggu Dr. dah ada nanti baru nak perginya. Nak jadi cerita, Yusouf jatuh, jadi kisah gatal kulit kepala tu dilupakan dulu la. 

Kebetulan masa bawak Yusouf jumpa Dato' Dr. Ngun untuk bukak jahitan kat dahi dia tu, Dr. Siti dah ada, terus bawak jumpa. Terkejut juga Dr. Siti tgk Yusouf berjahit kat kepala. Biasala kan dia ckp.. boy... hehehe. 

Bila terang kat Dr. Siti masalah kulit kepala Yusouf, terus dia tahu Yusouf kena apa. Dia ckp Yusouf ni, kulit sensetif, dia alahan. Jadinya kepala dia dah kena jangkitan kuman. Dr. Siti bagi Syampu Sebitar ni, lepas syampu, biar 5minit, lepas tu baru bilas. Guna 2kali setiap hari, lepas dah lap rambut dia, sapu krim pulak. Ubat makan pulak, antibiotik untuk 4hari, ngan ubat alahan sekali.Dr. Siti suruh pantang, jangan makan telur dan ayam.
sebelum potong rambut. Masa ni belum luka lagik dahi
Dr. pesan suh potong rambut Yusouf, bagi pendek sikit. Bagi kulit kepala dia bernafas sikit.. Huhuhu rambut dia mmg panjang.. sbb suka tgk kerinting dia yang bergulung-gulung tu...
dah potong sikit.. nak kasi botak .. sayang plak.. trim aje bg pendek
Alhamdulillah, seminggu je dah baik betul kulit kepala dia. Dia pun lepas dah sihat ni, kemain lagik aktifnye.. baby boy kan..

3 comments:

  1. salam ,

    Syampoo ni ada di jual kat mana mana farmasi tak . Sebab i perasan kepala anak saya pun ada jugak macam kudis2 nih

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails