Pages

Friday, February 14, 2014

Minggu ke-20: Dah mula rasa pergerakan baby

7 Feb 2014- Tarikh untuk jumpa doc O & G kat kat KSH. Kebetulan Yusouf pun nak kena ambik imunisasi dos akhir Pneumococal. Mula-mula jumpa doc khaled dulu la. Sbb doc ada operation kul3 petang. Alhamdulillah doc bagitahu baby sihat. Progres baby pun ikut jadual. Berat ibu pun naik normal je.. tp gumukkksss dah ibu ni.. Doc scan nak tgk jantina.. tapi doc ckp tak nampak jelas lagik.. sbb kedudukan baby.. malu-malu kot.. hahaha.. so bulan depan la cek plak.. cuma doc ckp kemungkinan 80% adalah girl.. kalau girl.. suka sgt la Zulaikha. Sebb dia ckp, dia nak baby girl mcm adik Hannan...Humaira.. sampai nama baby pun nak letak nama mcam nama Humaira.. hehehe.. 

Alhamdulillah juga, ibu dah mula rasa pergerakan baby, cuma musykil dia tak rasa kuat sgt tendang mcm zaman Zulaikha dan Yusouf.. Doc bgtahu.. sbb kedudukan uri.. menyebabkan Ninie tak rasa sangat... Tak apala.. yg penting semua baik-baik sahaja. Dan paling bersyukur... alahan dah hilang.. bau org masak pun dah tak kisah sgt. Cuma sekali sekala je kekdg Ninie kembung... tapi tak la selalu... :-)
Lepas jumpa doc Khaled, bawak Yusouf jumpa doc siti pulak. Kebetulan doc Siti hari tu lambat.. kul4 baru ada.. Jenuh menunggu... Zulaikha pun bawak sekali, senang nak  teman adik dia main. Budak-budak kalau lelama dia bosan, mulala merepek je kan.. Ibu pun tak daya nak dukung...

Alhamdulillah..Yusouf dah 1 tahun 9bulan, berat Yusouf makin naik. Sekrg ni dah 11.6kg. Padanla ibu tak daya dah nak dukung. Yusouf mmg kuat makan. Suka makan nasi lauk sayur bayam. Kalau makan sampai bertambah. Dia mmg suka sgt sayur.. Yusouf ni mmg aktif teramat. Sbb boy kot kan.. Tapi sgt melegakan bila ada Zulaikha, dia banyak main berdua..

Doc cucuk Yusouf, Pneumococal dos ke-2. Last dos la ni.. lepas ni umur 3thn pulak assesment dia. Syukur sangat sejak dah nak menghampiri 2tahun ni, dia dah makin kurang sakit.. mungkin imuniti dia dah meningkat... Lepas ni Yusouf.. main ngan baby plak ye. Dah tak boleh panggil Yusouf adik.. panggil abang Ngah! :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails