Pages

Friday, February 14, 2014

Happy Birthday Zulaikha dan Apak

apak yang lelebih tiup lilin
Bulan Februari adalah bulan birthday untuk cinta hati ibu. Zulaikha dan juga Apak. Apak lahir 1 Feb, Zulaikha lahir 12 Feb. Ibu ni bukanla jenis suka beli hadiah kat apak. Selalu birthday Apak ibu belanja makan je. Tahun ni ibu nak bg Apak hadiah, so awal-awal ibu dah beli, sebb ibu ni pelupa.. Selalu Ninie belia hari bekerja, sebb Apak tak ikut sekali, balik dari kerja, terus angkut semua barang dalam rumah. Tetiba Zulaikha ternampak plastik Parkson yang ibu beli, terus dia tanya apa... Ninie terpaksala cakap ngan dia.. 

Ibu: "Ni, hadiah harijadi Apak, Ikha pergi simpan dalam almari, harijadi apak lambat lagik." 
Ikha: "ibu, kek dah beli ke?"
Ibu: "kek belum beli... sbb lambat lagik harijadi apak.. g simpan dulu dalam almari..."

Ikha pun bergegas g simpan hadiah tu dalam almari.. Lepas tu dia terus je luar rumah.. main.. Lepas setengah jam.. Apak dia pun balik dari kerja. Tak nampak pun reaksi muka dia ingat pasal hadiah tu... Apak tegur je dia.. dia pun... "Apak, jom.. kita tgk hadiah apak... " Apak ni terpinga-pinga dia tarik tangan nak tunjuk hadiah dalam almari... hahahah... gelak sakan la apak.. ibu  nak surprise konon... apak dah tahu ibu belikan apak hadiah, cuma apak tak bukak.. apak ckp tak nak tahu apa kat dalam sampai hari birthday.. Zulaikha je beria nak bukak.. tapi apak ckp, belum beli kek.. jadi dia pun diam je la.. hehehe selamat ibu...
So malam 1 Feb, Apak beli kek 2keping.. lilin sebatang, sambut kat umah je. Sambut sekali birthday Zulaikha. Jadinya adala hadiah untuk dia sekali. Zulaikha yang beria nyanyi.. Happy sungguh dia dapat hadiah.. Apak ibu bagi hadiah perfume je :-)
Hadiah dari ibu dan apak
 
Kat taska buat birthday dia masa betul-betul tarikh hari lahir dia.. 12 Feb 2014. Ninie cuma hantar kek, dan bg KFC untuk kengkawan Zulaikha. Tahun ni ibu sempat pergi taska dia masa birthday dia. Dapat la snap gambar dia ngan kengkawan. Dah ibu dtg.. dia malu-malu pulak.. hehehe
nak makan pun malu-malu sbb ibu datang

kawan-kawan boy

kengkawan girl

Esoknya dapat hadiah dari cikgu-cikgu.. Teady bear. Dalam kereta lagik dah tak sabar nak bukak. Balik rumah, siap buat bantal peluk bila tido. Dia ckp.. "sbb ikha baik.. tak nakal.. cikgu bg la hadiah. kawan ikha nakal.. jadi tak dapat la hadiah.." tergelak besar ibu... terima kasih ye cikgu-cikgu pusat jagaan al-azid. Terima kasih jaga dan didik Zulaikha dengan baik dan penuh kasih sayang... 
dapat hadiah tudung dari paklong dan maklong
Buat anak ibu, Zulaikha, semoga jadi anak yang Solehah buat ibu dan apak.. Untuk apak.. Semoga kita sama-sama dapat didik anak kita ke jalan Allah.. Amin.. Dan kepada semua yang doakan dan buat ucapan untuk Zulaikha.. terima kasih tak terhingga. Semoga Allah memberkati kita semua...Amin..

Minggu ke-20: Dah mula rasa pergerakan baby

7 Feb 2014- Tarikh untuk jumpa doc O & G kat kat KSH. Kebetulan Yusouf pun nak kena ambik imunisasi dos akhir Pneumococal. Mula-mula jumpa doc khaled dulu la. Sbb doc ada operation kul3 petang. Alhamdulillah doc bagitahu baby sihat. Progres baby pun ikut jadual. Berat ibu pun naik normal je.. tp gumukkksss dah ibu ni.. Doc scan nak tgk jantina.. tapi doc ckp tak nampak jelas lagik.. sbb kedudukan baby.. malu-malu kot.. hahaha.. so bulan depan la cek plak.. cuma doc ckp kemungkinan 80% adalah girl.. kalau girl.. suka sgt la Zulaikha. Sebb dia ckp, dia nak baby girl mcm adik Hannan...Humaira.. sampai nama baby pun nak letak nama mcam nama Humaira.. hehehe.. 

Alhamdulillah juga, ibu dah mula rasa pergerakan baby, cuma musykil dia tak rasa kuat sgt tendang mcm zaman Zulaikha dan Yusouf.. Doc bgtahu.. sbb kedudukan uri.. menyebabkan Ninie tak rasa sangat... Tak apala.. yg penting semua baik-baik sahaja. Dan paling bersyukur... alahan dah hilang.. bau org masak pun dah tak kisah sgt. Cuma sekali sekala je kekdg Ninie kembung... tapi tak la selalu... :-)
Lepas jumpa doc Khaled, bawak Yusouf jumpa doc siti pulak. Kebetulan doc Siti hari tu lambat.. kul4 baru ada.. Jenuh menunggu... Zulaikha pun bawak sekali, senang nak  teman adik dia main. Budak-budak kalau lelama dia bosan, mulala merepek je kan.. Ibu pun tak daya nak dukung...

Alhamdulillah..Yusouf dah 1 tahun 9bulan, berat Yusouf makin naik. Sekrg ni dah 11.6kg. Padanla ibu tak daya dah nak dukung. Yusouf mmg kuat makan. Suka makan nasi lauk sayur bayam. Kalau makan sampai bertambah. Dia mmg suka sgt sayur.. Yusouf ni mmg aktif teramat. Sbb boy kot kan.. Tapi sgt melegakan bila ada Zulaikha, dia banyak main berdua..

Doc cucuk Yusouf, Pneumococal dos ke-2. Last dos la ni.. lepas ni umur 3thn pulak assesment dia. Syukur sangat sejak dah nak menghampiri 2tahun ni, dia dah makin kurang sakit.. mungkin imuniti dia dah meningkat... Lepas ni Yusouf.. main ngan baby plak ye. Dah tak boleh panggil Yusouf adik.. panggil abang Ngah! :-)

linkwithin

Related Posts with Thumbnails