Pages

Thursday, January 16, 2014

Potty Train Zulaikha


*gambar google
beli potty mcm ni yg murah je.. tapi dia tak nak pun.. dia buat main isi mainan dia je


Potty Train ni bahasa enggeris.. bahasa Melayunya... ajar anak ke tandas dan tak pakai pampers dah. Zulaikha, tahun ni dah umur 4tahun. Besar sangat dah. Sepatutnya masa umur 2tahun lebih, dah boleh ajar dia ke tandas. Tapi Ninie sebenarnya tak reti mcm mana nak ajar dia. 

Pernah Ninie tanya jiran sebelah rumah, dia ckp kena ambik cuti. Dalam seminggu tu nanti dia akan pandai. Anak-anak jiran Ninie mcm tu. Lepas dengar citer dia tu, mmg semangat la kejap. Bila cuti Sabtu, Ahad.. Ninie cuba tak bg dia pakai pampers. Tapi mmg tekanan mental sungguh.. mula-mula dia mmg mengamuk nak pakai pampers jugak. Dah tak pakai pampers, setiap sejam Ninie ajak dia g tandas buang air kecik.. dia marahnye ibu balik... "ikha tak nak kecing lah!!" aduhai... 

Ada sekali tu, dia mmg tak pakai pampers, kebetulan Ninie baru pas mandikan Yusouf sbb Yusouf pun buang air besar. Belum sempat nak pakai kan pampers Yusouf, Ninie perasan Ikha dah buang air besar dalam seluar, dia pun diam je.. Bila tanya baru dia ckp dia dah buang... tahu aje la.. najis mmg jatuh la masa angkat dia.. Ninie ni agak panik.. lupa dah kisah Yusouf ni.. kebetulan masa tu, Yusouf tak pandai lagik jalan.. dia merangkak.. dah ibu angkut ikha masuk tandas.. dia ikut kat belakang.. ngan najis Ikha yang jatuh atas lantai sekali dia seret................................. arrrrrhhhhhhhhhhhhh sgt tensi!!!!! nak nangis rasa...
*gambar google
Ninie beli alas toilet mcm ni, mudah nak duduk, sbb jadi kecik sikit lubang tandas
jadinya Ikha tak takut nak duduk.
Lepas tu.. Ninie give up.. lantak la dia lambat pun g tandas sendiri.. teruk kan??? hahah ibu ilang sabo.
Agak lama jugak ibu ni give up. Ntah mcm mana, ada satu pg Sabtu tu, Ikha ckp.. "ibu, ikha tak nak pakai pampers..." Ninie gembira betul hari tu.. mmg sepanjang hari tu dia akan ke tandas kalau nak buang air kecik.. Tapi buang air besar, dia mintak nak pakai pampers. Masa fasa ni, mmg most of the time Ikha tak pakai pampers. G sekolah pun tak pakai, cuma bekal dlm bag sekolah dia.. sbb masa tido tengah hari cikgu akan pakaikan pampers jugak.

Rupanya kan susah eh nak potty train anak ni. Mental kena kuat. Kekdg dlm kereta, tgh memandu, dia ckp nak buang air.. masa dlm kereta tu jugak kena pakaikan pampers, mmg beli pampers jenis seluar, suruh dia pakai sendiri. Pernah sekali dia terkucil yg tak dapat tahan... terkucil dlm kereta.. sib baik dia berdiri masa tu, habis la basah lantai kereta, 2hari ibu kena tahan bau hancing dlm kereta... 

Tahun ni dia dah 4thn, nak tak nak.. Ninie kena paksa dia g tandas buang air besar, ntah mana dtg angin ibu ni, balik taska, dia nak buang air besar, dia mintak pampers, Ninie tak bagi. Ninie sorok semua pampers dia.. kalau tak sorok, dia cari sendiri. Sampai nangis dia. Dari jadi nak g tandas.. tak jadi plak nak g.. Ibu keluar pembaris.. ugut nak rotan dia.. dia tak berani mintak pampers dah.. Akhirnya... agaknya dah tak tahan sgt sakit perut.. dia g tandas jugak... dah... misi ibu berjaya!!!!!! gembira betul.. hahahahaha

Dah esok dan esok dah seterusnya.. mmg dia g tandas bila nak buang air besar.. tapi kan potty train dia tak la berjaya lagik 100%. Sebb malam-malam dia masih pakai pampers.. hopefully berjaya la sepenuhnya nanti ni.. ibu.. sila la bersabar ye..



Wednesday, January 15, 2014

Minggu Ke-18 : Alahan semakin hilang

10 Jan 2014: Alhamdulillah dah masuk ke minggu 18. Lepas jatuh bilik air hari tu, Ninie mmg tak jumpa lagik doc. Sbb firasat mengatakan, insyaAllah tak ada apa-apa.. cuma bimbang tu tetap ada. Minggu  ni mmg sangat-sangat nak jumpa doc, sbb nak tahu progress baby. Alhamdulillah.. doc ckp, baby sihat. Macam biasa soalan cepu emas.. "doc anak saya besar mana dah?" doc pun ckp.."anak awk ok je. berat dia ikut progress normal.. tepat ngan scan .. ikut minggu.." terus lega dan gembira yg amat.. "oooo tak besar la anak saya??" .. doc pun.." ehh belum tahu.. selalunya baby start membesar masa umur 8bulan...." dlm hati.. cesss baru je nak melahap banyak.. hahaha. 

Doc ckp.. baby Yusouf dulu besar kemungkinan faktor pemakanan Ninie, so kali ni Ninie kena hati-hati bab makanan.. jangan sampai jadi mcm Yusouf... ni la dugaan paling beso rasanya.. menahan nafsu makan... kah kah kah..

Alahan Ninie, Alhamdulillah juga.. semakin hilang. Cuma bau org memasak Ninie masih tak tahan.. kalau bau je.. terus nak muntah. Setakat ni Zex yg memasak lagik.. heheh boleh tak bohong sunat??? sbb nak suh Zex memasak sepanjang mengandung??? hahaha jahat tul isteri ni kan.. kang dpt anak malas masak padan muka!


linkwithin

Related Posts with Thumbnails