Pages

Monday, December 16, 2013

Saya jatuh kat bilik air

13 Dis 2014: Hari sabtu. Hari cuti. Tapi Zex kerja. Jadinya tinggal Ninie ngan anak-anak je kat rumah. Perancangannya lepas siap-siap kemas rumah, nak balik Balok. 

Ninie siapkan anak-anak dulu. Bagi diaorg mandi. Yusouf ngan Zulaikha mmg suka sgt kalau bab mandi. Mmg lama la kalau bg mandi. Ibu kena menunggu.. jenuh nak pujuk suruh stop mandi. Diaorg kecik lagik, jadinya Ninie mmg tak pernah biarkan diaorg mandi sendiri. Mmg duduk sekali dalam bilik air. Ibu ni mmg badan dan besar, mmg tak daya la duduk lelama. Masa bangun nak g ambik tuala, ntah mcm mana, terpijak selipar, tergelincir, jatuh terduduk. Kaki kat bahagian tulang kering tu terkena mangkuk tandas. Punyala sakit. Menitik air mata tahan sakit. Zulaikha sampai menjerit sbb terkejut ibu jatuh. Lepas jatuh terus setelkan anak-anak mandi. Duduk kejap.. tak rasa apa-apa. Rasanya InsyaAllah ok kot.

Kebetulan mak telefon, dia ckp jgn balik Balok awal, sbb mak nak keluar g cari barang jap. Ninie pun berehat la kejap.. Pastu mata ni sgt tak sedap tgk lantai yg comot. Ada anak kecik ni, mmg lantai tu penuh ngan makanan tumpah. Terus ambik mop lap  lantai plak.. Kebetulan plak Yusouf tido, peluang la nak mengemop. 

Sedap ngemop lantai tak pakai selipar, masa pijak lantai, rasa dah licin ni... Terus berjalan nak g bilik air nak ambik selipar... dan.... sekali lg.. Ninie jatuh.. aduhai.. terlipat ibu jari kaki. Sakitnya.. tuhan je tahu. Zulaikha yg duk atas sofa sekali lg terkejut. Kesian sgt kat ibu la tu.. 

Apa lg, makin bertambah risau la. Terus duduk berehat... risau kat baby dalam perut ni... malam tu kekdg rasa sakit pinggang.. tp ilang.. Tetiba harini.. rasa sakit pinggang semula.. ish risau pulak. Nak jumpa doc Khaled, tapi dia cuti Isnin Selasa.. Ya Allah.. lindungila baby dalam kandungan ni... Amin.. 

4 comments:

  1. Kak Ninie... insyaAllah, harap semua selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ye Kay.. insyaAllah semua selamat :-)

      Delete
  2. Replies
    1. tq zam.. insyaAllah lebih berhati2 pas ni

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails