Pages

Monday, December 16, 2013

Saya jatuh kat bilik air

13 Dis 2014: Hari sabtu. Hari cuti. Tapi Zex kerja. Jadinya tinggal Ninie ngan anak-anak je kat rumah. Perancangannya lepas siap-siap kemas rumah, nak balik Balok. 

Ninie siapkan anak-anak dulu. Bagi diaorg mandi. Yusouf ngan Zulaikha mmg suka sgt kalau bab mandi. Mmg lama la kalau bg mandi. Ibu kena menunggu.. jenuh nak pujuk suruh stop mandi. Diaorg kecik lagik, jadinya Ninie mmg tak pernah biarkan diaorg mandi sendiri. Mmg duduk sekali dalam bilik air. Ibu ni mmg badan dan besar, mmg tak daya la duduk lelama. Masa bangun nak g ambik tuala, ntah mcm mana, terpijak selipar, tergelincir, jatuh terduduk. Kaki kat bahagian tulang kering tu terkena mangkuk tandas. Punyala sakit. Menitik air mata tahan sakit. Zulaikha sampai menjerit sbb terkejut ibu jatuh. Lepas jatuh terus setelkan anak-anak mandi. Duduk kejap.. tak rasa apa-apa. Rasanya InsyaAllah ok kot.

Kebetulan mak telefon, dia ckp jgn balik Balok awal, sbb mak nak keluar g cari barang jap. Ninie pun berehat la kejap.. Pastu mata ni sgt tak sedap tgk lantai yg comot. Ada anak kecik ni, mmg lantai tu penuh ngan makanan tumpah. Terus ambik mop lap  lantai plak.. Kebetulan plak Yusouf tido, peluang la nak mengemop. 

Sedap ngemop lantai tak pakai selipar, masa pijak lantai, rasa dah licin ni... Terus berjalan nak g bilik air nak ambik selipar... dan.... sekali lg.. Ninie jatuh.. aduhai.. terlipat ibu jari kaki. Sakitnya.. tuhan je tahu. Zulaikha yg duk atas sofa sekali lg terkejut. Kesian sgt kat ibu la tu.. 

Apa lg, makin bertambah risau la. Terus duduk berehat... risau kat baby dalam perut ni... malam tu kekdg rasa sakit pinggang.. tp ilang.. Tetiba harini.. rasa sakit pinggang semula.. ish risau pulak. Nak jumpa doc Khaled, tapi dia cuti Isnin Selasa.. Ya Allah.. lindungila baby dalam kandungan ni... Amin.. 

Tuesday, December 10, 2013

Minggu ke-14: Kenapa saya letih ngandung anak ke-3 ni?

nampak tak baby?
 Appointment dengan doc khaled patutnya Jumaat lepas, tapi Ninie baru dapat pergi harini. Minggu lepas minggu banjir di Kuantan. Mmg sgt dasyat.. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan rezeki yang melimpah ruah kepada semua mangsa banjir. Alhamdulillah.. rumah Ninie tak terlibat dengan banjir.

Harini g jumpa doc khaled sorg diri, sbb Zex g putrajaya. Berdebor sebenarnya nak jumpa doc. Terutamanya pasal saiz baby. Ninie pernah dah ada kes baby besar, jadinya ada seram juga la nak mendengar kata-kata doc. Tapi ku gagahi jua.. huhuhu

Timbang berat, 71.7kg. Naik 700gram. Rasanya mcm kurus lagik Ninie ni.. naik jugak rupanya. Hahaha perasan sungguh!. Bukan apa, anak ke-3 ni, Ninie lambat tukar uniform. Masih pakai baju kurung g keje. Sebelum ni rasanya mcm tukar uniform awal.. hahaha.. (buat ukuran berdasarkan saiz baju kurung.. padahal semua baju kurung pinjam mak punya... besor gedabok!)

Doc ckp, baby ni agak besar jugak. Dah cukup sifat. Jantina je belum tahu. Kena tunggu 5bulan. Disebabkan bakal dpt baby beso lagik, doc suruh minum air gula nanti bila dah 6bulan. Doc tanya kali ni suka makan apa.. Baby ni suka sgt makan buah-buahan.. buah tak apa.. jgn makan benda manis.. dlm hati glurrrp... sgt suka aiskrim.. lepas ni kena kurangkan la.. takut wehhh beso lagik dari Eizz Yusouf tu.

Doc pesan.. jgn mkn amalkan tabiat makan mcm masa Yusouf dulu.. hehehe.. sengih ajela. Akan dicuba menahan nafsu makan.

Last sekali soalan utk doc pulak.. "doc... kenapa ngandung yang ni alahan lambat ilang.. pastu rasa letih yang amat sangat..." dan doc ngan pantas kilat jawap .."ibarat mcm kereta.. dah lama guna.. kurang dah performance.. anak pertama.. awk excited.. anak ke-2 ok lagik laa.. anak ke-3 awk tak kisah dah.. sbb tu awk rasa penat sgt.. segalanya .. mind set awk je.. "   tak  best tul jwpn doc.. 
Tapi happy sangat sbb dapat tgk baby tadi.. rasa bahagia.. 

linkwithin

Related Posts with Thumbnails