Pages

Friday, November 22, 2013

Zulaikha dan Yusouf Demam dan Batuk

25 Oktober 2013: Lama dah kan.. kat sebulan dah.. baru nak citer. Mulanya Yusouf demam. Balik taska hari rabu tu dia ok lagik. Esoknya hari Khamis kebetulan cuti am, dia demam. Mulanya ingatkan demam biasa je la. Bagi ubat mesti lepas tu dia ok. Rupanya tak.. dia demam lagik sampai hari Ahad. Hari Ahad jugak la Zulaikha plak start demam. Penat betul bila dua-dua ni demam. Bukan sekadar demam, batuk selsema. Mmg pakej. Rasanya musim kot sekrg. Sana-sini dengar anak-anak demam. 

Rumah mak Ninie pun, mak demam, Humaira demam.. Hannan ngan Etty pun demam.. Sampai mak risau, dia call ckp jgan balik Balok, sbb takut jangkit.. Tapi mmg dah demam pun anak-anak saya.. 

Zulaikha dan Yusouf mmg demam lama betul kali ni. Selalunya 3hari  mcm tu dah ok.. Kali ni hampir 6hari demam. Mmg risau betul. Tu yg bawak jgak g jumpa doc. Doc bg ubat.. tapi yg paling tak daya.. kena buat nebulizer selama 4hari. Hari-hari Ninie ngan Zex ulang-alik KSH. Waktu rehat tengah hari.. janji jumpa kat KSH, Ninie ambik Yusouf ngan Zulaikha kat taska. Ninie ambil juga cuti Jumaat, Isnin Selasa. Tapi cuti dah nak abis.... nak tak nak kena hantar g taska. Mujurla sepanjang letak kat taska, demam dia dah ok. 

Malam, lepas makan, terus g KSH, ambik lagik sekali neb. tetiap malam sampai umah kul11. Tuhan je yg tahu betapa penatnya kami.. ibu lagik la penat. Ngan alahan pregnant lagik.. Tapi demi anak-anak.. tabahkan hati. huhuhuhu
time mood dia baik.. 
Zulaikha mmg dah lama tak kena nebulizer. Ninie rasa last dia kena.. masa umur setahun lebih. Bila dia kena neb balik ni, mmg sakan la dia menangis. Nasib baik masa tu Zex yg pegang, kuat la tenaga nak lawan ngan dia. Tapi hari ke-2 dan seterusnya, dia dah ok.. Masa hari ke-2 Zulaikha muntah masa buat neb. Nurse ckp banyak kahak dia dah keluar.. rasa lega betul.. Zulaikha mmg mudah muntah. Makan lebih sikit pun dia muntah.

dah pandai pegang sendiri
Hari last neb,mmg sangat melegakan Ninie, sbb batuk dia dah mula reda.. Zulaikha pun dah pandai pegang neb sendiri. Pernah jugak sekali tu dia meragam, sbb masa tu Zex yg teman dia Neb, Ninie teman Yusouf.. Dia mengamuk tak nak.. Terpaksa ibu teman dia jugak.. biasala dia.. kekdg ngada-ngada. Nak manja ngan ibu.
Yusouf kena kunci ngan apak
Yusouf pulak.. setiap kali neb, mmg dia akan menangis.. tapi nurse ckp, lg elok la sbb dia sedut byk neb tu. Nak cairkan kahak dia. Lepas dh habis treatment ni mmg rasa lega sgt-sgt.. Sampai harini, Yusouf ngan Zulaikha ada lagik selsema dan batuk.. kali ni lama betul batuknya.. cuma dah semakin berkurangan.. harap-harap anak-anak ibu sihat la sepenuhnya.. Amin.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails