Pages

Friday, November 22, 2013

Eizz Yusouf dah setahun setengah

baru bangun tido
8 Nov 2013 genap usia Yusouf setahun 6 bulan. Kejap betul rasanya. Yusouf ni mmg sgt baik.. dia tak banyak kerenah tu yg agaknya Ninie rasa dia membesar dengan cepat. Lagipun dia ada kakak.. kawan baik dia.. dia banyak dengan kakak.. Kakak mmg pandai jaga Yusouf kan.. walaupun kengkdg tu gaduh sakan.. hehehe
kakak sangat bangga kalau dapat ribakan Yusouf
Dah capai umur 18bulan ni, dia kena ambik vaksin DTP booster. Kalau ingat masa Zulaikha dulu agak seram nak cucuk vaksin ni. Boleh baca kat sini. Alhamdulillah Yusouf cucuk vaksin ni tak jadi apa-apa. Betul la ckp doc. Zulaikha kes terpencil dan sgt special.. hehehe.. 

Alang-alang Yusouf dah cucuk sebelah bontot, Ninie tanya doc boleh tak ambik vaksin pneumococal.? Doc syorkan ambil sbb Yusouf nampak dah sihat. Yusouf dah lebih setahun, jadi suntikan ni 2kali sahaja. Lepas ni selang 3bln lagik baru ambik dos terakhir. Zaman Zulaikha dia ambil awal, masa bawah setahun, sbb Zulaikha pernah dijangkiti Otitis atau jangkitan telinga tengah. Baca sini. Yusouf ni Ninie mmg risau, sbb dia selalu batuk berkahak. Untuk pencegahan, lebih baik la ambik. Kalau nak tahu pasal vaksin ni. Boleh baca kat blog Erina . Dia pernah kehilangan anak, disebabkan virus ni. 

Lepas ni bulan Feb tahun depan plak dos terakhir. Ada dua jenis vaksin ni. Ninie ambil yg jenis Prevenar. Yg ni utk 13jenis bakteria pneumokokus. Mahal sikit la. Satu dos RM280 tak silapla. Mmg mahal, tapi demi kesihatan anak-anak, apala sgt berbanding pencegahan kan.. ibu time meroyan membeli kat shopping mall, lebih dari tu berbelanja.. ahaksss... !

Doc pesan, balik ni terus bg Yusouf ubat demam, takut dia demam, sbb vaksin ni kuat sikit. Masa cucuk doc pun pesan suh Apak pegang yusouf kuat sikit sbb mmg sakit. Tapi steady je hero ibu ni. Lepas cucuk, nangis kejap je. terus main.. Doc pun gelak tgk gelagat dia. Dia demam sekejap je. Tak bg pun ubat. Lepas tu baik mcm tu je demam dia. Mmg herolah! Semoga Yusouf terus kuat dan sihat! Amin..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails