Pages

Friday, November 22, 2013

Eizz Yusouf dah setahun setengah

baru bangun tido
8 Nov 2013 genap usia Yusouf setahun 6 bulan. Kejap betul rasanya. Yusouf ni mmg sgt baik.. dia tak banyak kerenah tu yg agaknya Ninie rasa dia membesar dengan cepat. Lagipun dia ada kakak.. kawan baik dia.. dia banyak dengan kakak.. Kakak mmg pandai jaga Yusouf kan.. walaupun kengkdg tu gaduh sakan.. hehehe
kakak sangat bangga kalau dapat ribakan Yusouf
Dah capai umur 18bulan ni, dia kena ambik vaksin DTP booster. Kalau ingat masa Zulaikha dulu agak seram nak cucuk vaksin ni. Boleh baca kat sini. Alhamdulillah Yusouf cucuk vaksin ni tak jadi apa-apa. Betul la ckp doc. Zulaikha kes terpencil dan sgt special.. hehehe.. 

Alang-alang Yusouf dah cucuk sebelah bontot, Ninie tanya doc boleh tak ambik vaksin pneumococal.? Doc syorkan ambil sbb Yusouf nampak dah sihat. Yusouf dah lebih setahun, jadi suntikan ni 2kali sahaja. Lepas ni selang 3bln lagik baru ambik dos terakhir. Zaman Zulaikha dia ambil awal, masa bawah setahun, sbb Zulaikha pernah dijangkiti Otitis atau jangkitan telinga tengah. Baca sini. Yusouf ni Ninie mmg risau, sbb dia selalu batuk berkahak. Untuk pencegahan, lebih baik la ambik. Kalau nak tahu pasal vaksin ni. Boleh baca kat blog Erina . Dia pernah kehilangan anak, disebabkan virus ni. 

Lepas ni bulan Feb tahun depan plak dos terakhir. Ada dua jenis vaksin ni. Ninie ambil yg jenis Prevenar. Yg ni utk 13jenis bakteria pneumokokus. Mahal sikit la. Satu dos RM280 tak silapla. Mmg mahal, tapi demi kesihatan anak-anak, apala sgt berbanding pencegahan kan.. ibu time meroyan membeli kat shopping mall, lebih dari tu berbelanja.. ahaksss... !

Doc pesan, balik ni terus bg Yusouf ubat demam, takut dia demam, sbb vaksin ni kuat sikit. Masa cucuk doc pun pesan suh Apak pegang yusouf kuat sikit sbb mmg sakit. Tapi steady je hero ibu ni. Lepas cucuk, nangis kejap je. terus main.. Doc pun gelak tgk gelagat dia. Dia demam sekejap je. Tak bg pun ubat. Lepas tu baik mcm tu je demam dia. Mmg herolah! Semoga Yusouf terus kuat dan sihat! Amin..

Zulaikha dan Yusouf Demam dan Batuk

25 Oktober 2013: Lama dah kan.. kat sebulan dah.. baru nak citer. Mulanya Yusouf demam. Balik taska hari rabu tu dia ok lagik. Esoknya hari Khamis kebetulan cuti am, dia demam. Mulanya ingatkan demam biasa je la. Bagi ubat mesti lepas tu dia ok. Rupanya tak.. dia demam lagik sampai hari Ahad. Hari Ahad jugak la Zulaikha plak start demam. Penat betul bila dua-dua ni demam. Bukan sekadar demam, batuk selsema. Mmg pakej. Rasanya musim kot sekrg. Sana-sini dengar anak-anak demam. 

Rumah mak Ninie pun, mak demam, Humaira demam.. Hannan ngan Etty pun demam.. Sampai mak risau, dia call ckp jgan balik Balok, sbb takut jangkit.. Tapi mmg dah demam pun anak-anak saya.. 

Zulaikha dan Yusouf mmg demam lama betul kali ni. Selalunya 3hari  mcm tu dah ok.. Kali ni hampir 6hari demam. Mmg risau betul. Tu yg bawak jgak g jumpa doc. Doc bg ubat.. tapi yg paling tak daya.. kena buat nebulizer selama 4hari. Hari-hari Ninie ngan Zex ulang-alik KSH. Waktu rehat tengah hari.. janji jumpa kat KSH, Ninie ambik Yusouf ngan Zulaikha kat taska. Ninie ambil juga cuti Jumaat, Isnin Selasa. Tapi cuti dah nak abis.... nak tak nak kena hantar g taska. Mujurla sepanjang letak kat taska, demam dia dah ok. 

Malam, lepas makan, terus g KSH, ambik lagik sekali neb. tetiap malam sampai umah kul11. Tuhan je yg tahu betapa penatnya kami.. ibu lagik la penat. Ngan alahan pregnant lagik.. Tapi demi anak-anak.. tabahkan hati. huhuhuhu
time mood dia baik.. 
Zulaikha mmg dah lama tak kena nebulizer. Ninie rasa last dia kena.. masa umur setahun lebih. Bila dia kena neb balik ni, mmg sakan la dia menangis. Nasib baik masa tu Zex yg pegang, kuat la tenaga nak lawan ngan dia. Tapi hari ke-2 dan seterusnya, dia dah ok.. Masa hari ke-2 Zulaikha muntah masa buat neb. Nurse ckp banyak kahak dia dah keluar.. rasa lega betul.. Zulaikha mmg mudah muntah. Makan lebih sikit pun dia muntah.

dah pandai pegang sendiri
Hari last neb,mmg sangat melegakan Ninie, sbb batuk dia dah mula reda.. Zulaikha pun dah pandai pegang neb sendiri. Pernah jugak sekali tu dia meragam, sbb masa tu Zex yg teman dia Neb, Ninie teman Yusouf.. Dia mengamuk tak nak.. Terpaksa ibu teman dia jugak.. biasala dia.. kekdg ngada-ngada. Nak manja ngan ibu.
Yusouf kena kunci ngan apak
Yusouf pulak.. setiap kali neb, mmg dia akan menangis.. tapi nurse ckp, lg elok la sbb dia sedut byk neb tu. Nak cairkan kahak dia. Lepas dh habis treatment ni mmg rasa lega sgt-sgt.. Sampai harini, Yusouf ngan Zulaikha ada lagik selsema dan batuk.. kali ni lama betul batuknya.. cuma dah semakin berkurangan.. harap-harap anak-anak ibu sihat la sepenuhnya.. Amin.. 

Rezeki bertambah lagik

suka sangat bergaduh.. dah gaduh adegan menangis
Berabuk lagik blog Ninie.. Lama tak update.. Sbb tak berapa selera nak tgk blog. Tak ada idea plak tu nak mengarang.. Harini cuba jugak mengarang walaupun rasa loya berleluasa.. uhuhuhu

Alhamdulillah.. tahun depan.. budak berdua ni akan dapat adik. Ninie sekrg ni pregnant 2bulan dah. Jangka ke tak jangka dpt baby???? kompem la dijangka kan.. sbbnya Ninie mmg tak rancang langsung, tak ambik pil ke apa.. awal-awal pas bersalin ke Yusouf je.. pastu pk punya pk.. malas nak rancang, takut lambat dapat baby lagik.. Alhamdulillah, umur Yusouf menjangkau je setahun setengah, Ninie mengandung lagik.. lebih kurang sama mcm Zulaikha dulu-dulu.. masa umur setahun setengah, Ninie ngandungkan Yusouf..

Mengandung kali ni  mmg lain sikit alahannya.. Kalau masa Zulaikha, Ninie tak boleh makan nasi, muntah sokmo, tapi badan dan tenaga tu masih ada ... masa ngan kan Yusouf walaupun muntah-muntah.. masih kuat nak dukung dan uruskan Zulaikha.. tapi baby ke-3 ni, mmg sangat penat.. Bangun pagi dan rasa loya yg sgt-sgt teruk, lapar tahap maksima.. Kaki selalu sakit.. Ninie rasa letih yang amat sangat. Kekdg tu pitam dan semput.. mmg sekse betul rasa.

Pernah sekali tu Ninie g jln-jln ecm, lepas mkn, terus tak leh jln, duduk aje.. sbb dah semput. Ibarat mcm bwk baby dah 8bln.. padahal ni baru awal-awal. Agaknya faktor umur kot.. Pernah hari sabtu dan ahad tak g mana-mana pun, duk rumah, melepek je.. sbbnya Ninie tak daya nak bangun.. asyik baring je la.

Di saat keadaan yang mcm ni, urusan memasak, semua Zex yang buat, makan anak semua Zex yang buat. Ninie akan tolong Zex bila larat je. Terima kasih sgt kat apak... 

Cuma satu kelegaan, bila Yusouf dan Zulaikha ni dia banyak main berdua, jadi tak ada la dia duk mengadap ibu je... Anak-anak seperti sgt memahami.. 
Kalau bab makan.. mmg tak tahu nak makan apa.. Sbb semuanya rasa tak sedap.. Kalau mkn nasi.. jarang dah mkn ayam. Tak suka sgt. Kekdg nasi pun tak selera. rela lagik mkn roti ngan biskut. Rasanya mcm zaman-zaman ngandungkan Zulaikha.. girl la kot kali ni.. Hehehe. Tak kisah baby boy ke girl.. Janji sihat dan sempurna.. Ada jugak duk usik-usik.. ntah-ntah.. kembar!!! kalau kembar... Alhamdulillah, tapi Ninie dah scan, satu degupan jantung je... 

Semoga Allah permudahkan sepanjang mengandung ni.. Amin..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails