Pages

Monday, October 14, 2013

Zulaikha kali pertama potong rambut di saloon

Minggu lepas, masa balik Balok, mak saudara Ninie ajak pergi potong rambut kat saloon. Ninie mmg dah set dalam kepala, rambut Zulaikha pun nak potong sekali. Selalunya Ninie potong sendiri je rambut dia. Masa dia dlm bilik air, basahkan rambut, suruh dia duduk atas kerusi, pastu potong. Mujur jugak la rambut dia jenis ikal, kalau senget pun tak nampak sangat.. hehehe
muka nak terjun dari kerusi
 Sampai saloon, ibu dulu yang potong rambut, jadinya dia duk perhati, pastu ibu ckp ngan dia, tak sakit pun potong rambut.. dia tgk je... diam.. Masa sesi ibu memotong rambut, dia bertiga, Zulaikha, Hannan & Marissa, kejenye melasak!... rasanya tokey kedai pun seriau tgk budak ni duk kulu-kilir dalam kedai.. hahaha... 

Tiba giliran budak-budak potong rambut, Zulaikha dah mula nak nangis, tapi Ninie tangkap je dia buh atas kerusi. Bila dah kena balut ngan kain ni dia diam kejap.. yang jadikan dia lagik diam, bila dia tengok Marissa langsung tak nangis.. ngan muka gembira potong rambut.. apa taknya, ni kali ke-2 Marissa potong rambut. Lega ibu, sbb geng dia telah berjaya mempengaruhi dia utk potong rambut sama. Tapi ibu terpaksa la bantu sikit, kena pegang kepala sekali sekala.. kena suruh dia fokus ke depan.. dan hasilnya.....
dpt hadiah air + kerepek.. 
 Lega betul bila dah siap potong, apak mmg suka ikha rambut panjang, tapi ibu agak lemas bila dia rambut panjang.
Paling susah, waktu pagi nak g taska, lepas dah mandi, rambut basah, rambut dia kusut. Dia mmg marah sangat bila ibu sikat, puas la nak mengikat poneytail tu... kekdg berkejar-kejar dalam rumah.. jadi makin lambat nak boleh ke siap...
Dah pendek ni.. kelegaan tahap maksima.. dah tak kusut.. dah tak yah ikat.. comel apa kan?
marissa.. 
Comel tak Cha? hahaha... comel sangat!


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails