Pages

Monday, October 14, 2013

Zulaikha dan Yusouf suka main sama-sama. Gaduh pun sama-sama

Zulaikha ngan Yusouf mmg suka main bersama-sama. Tak gaduh ke??? kompem la gaduh... tapi apa la sangat gaduh budak-budak hingusan ni. Kejap je gaduhnya pastu baik balik. Nak pulak gaduh ngan Yusouf.. apa la dia faham kakak dia marah apa.. hehehe
suka main jongkang-jongkit  ngan adik
Selalunya kalau main, bila ada mainan yang kakak rasa dia punya, kekdg datang angin kedekut dia , mmg dia akan ambik balik kalau nampak adik dia main.Kekdg tu mainan tu bukan dia nak pun, tapi sbb dah dia anggap barang tu hak dia, dia mmg rampas dari adik. Agak susah jugak nak terangkan dia istilah "kena kongsi". Mmg kena selalu sebut, sbb nanti dengan orang lain pun dia akan mcm tu. Kedekut tu rasanya perkara biasa masa umur anak-anak mcm ni.
aksi-aksi yg perlukan perhatian ibu
Kalau pun Zulaikha dan Yusouf boleh main berdua, Ninie mmg tak berani tinggal dia berdua main tanpa pengawasan. Tapi tak ada la sampai 24jam kena tengok kan... Tapi mmg kena perhati. Walaupun dah letak elastik map ni , kekdg budak berdua ni suka buat aksi-aksi yang bahaya. Yusouf mmg suka memanjat. Pastu turun gelongsor tu ikut suka dia la. Kaki dulu ke.. kepala dulu.. mmg kena tgk. Zulaikha pulak kena tgk jugak, takut dia adik buat adik dia bahan mainan.. hahaha.. kekdg dia angkat je adik dia suka hati, dia ingat adik dia tu ringan?? 10kg tu...!
main masak-masak
Jenis mainan yang biasa diaorg main sama-sama.. main masak-masak. Yusouf mmg suka main masak-masak. Hahahaha.. agaknya pengaruh kakak tu kuat. Tapi kakak pulak, suka sangat ultraman, agaknya pengaruh dari cousin lelaki. Tapi tak pernah la Ninie ajar dia ke arah lelaki. Mmg selalu ingatkan dia, dia girl, adik boy. 

Lego pun diaorg suka main.. Ninie rasa antara mainan yang anak-anak Ninie paling suka. Tapi ibu tak berapa suka nak ngemas.. kekdg terpijak.. rasa geram nak buang je. Tapi bila memikir kan.. itula mainan yang dia paling suka dan paling berbaloi beli.... orang ckp.. kalau dia suka tu, dia sedang explor.. ibu terpaksala bersabo ... mmmm... terpaksa.. hehehe

Bila budak berdua ni dah besar mcm ni, rasa seronok sangat. Sbb diaorg mmg sangat rapat. Zulaikha mmg tak boleh langsung jauh dengan adik dia... adik pun sama. Membesarkan anak-anak mmg banyak dugaan.. betul kan org ckp, anak tu cermin kita.. 

2 comments:

  1. kejao je kan..dh besar ank2 akk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kejap sgt masa. Akak doakan Yat pun nanti dapat cahaya mata. Amin..
      Akak baru tahu blog awk.. hahah hari2 mau terjah nanti ni

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails