Pages

Monday, October 14, 2013

Ajar anak-anak lasak

Ninie mmg suka ajar anak lasak. Lasak bukan maksud suh memanjat ke.. pukul orang ke. Maksudnya, bagi je apa dia nak main. Contoh paling senang, "main pasir". Zex tak berapa suka, sbb dia ckp kotor.. alah apak tu.. dia dulu pun suka main pasir.. kan?kan? Kakak ipar ckp, rasa pelik, tetiba apak besar jadi pengajar, patutnya profesion yang sesuai, "NELAYAN!" hahaha.. apa taknya.. asyik duk menangguk ikan kat paya! 

Bila anak-anak, apak tak bagi plak ye. Padahal apak malas nak monitor kan.. kan? 
Bocor rahsia apak! pfffft!
pink selipar yusouf.. selipar kakak zaman dulu-dulu. rembat je
Petang-petang balik je rumah, kalau tak hujan, jangan harapla diaorg berdua ni nak masuk rumah terus. Mesti dah siap sedia meluru main pasir. Kekdg tu ngan berkaki ayam. Sabo je la. Terjerit-jerit la ibu ni memanggil suh pakai selipar. Mesti nyesal semua jiran, berjiran ngan Ninie.. heheh.. speaker paling kuat.. hahaha
kakak melihat hasil tuaian
Satu benda yang Ninie sangat ngeri bila diaorg berdua ni main kat luar ialah.. "kutip ulat". Ninie tak tahu la kenapa anak-anak Ninie ni tak ada langsung perasaan takut  ngan ulat. Yusouf dan Zulaikha, kalau nampak ulat, siap pijak, pastu kutip. Kakak tu suka kumpul ulat, penuh plastik.. ibu ni geli gelemen nak intai apa benda ada dlm plastik tu..
nampak tak ulat yang color hitam, bintik-bintik kuning.. Yusouf nak pijak 
Ulat ni mmg banyak kat umah Ninie, sampai kekdg tu dlm bilik air pun ada. Dia masuk ikut lubang air. Ulat ni mmg tak mengigit, tapi seriau rasa, mana tau dia jumpa ulat yg berbisa, dia buat mcm ulat ni kan... 
kakak main dengan kucing, adik sibuk lagik cari ulat
Satu benda yang paling pelik sekarang ni, kawasan rumah Ninie, makin banyak kucing. Bukan Ninie tak suka kucing, cumanya rasanya kucing-kucing ni ada tuan, tapi tuan dia tak bagi makan, jadinya dia dtg la bertandang ke rumah jiran-jiran. Kekdg masuk rumah, selongkar tong sampah, meja makan.. 
adik nak babab kucing..
Yusouf asalnya mmg takut dengan semua binatang besar. Kalau g taman teruntum, rusa pun dia takut. Dulu pun awal-awal tu dia takut jugak dengan kucing, tapi sbb dia tgk kakak dia sayang sangat dengan kucing, dia pun beranikan diri.. Masalahnya pulak, Yusouf bukan main dengan kucing, tapi dia selalu akan pukul kucing. Mmg kompem la kena marah dengan pencinta kucing.. si kakak tu. 

Anak-anak.. mmg keraktor berbeza, kekdg pening jugak ibu ni.. hehehe.. Janji kamu bahagia nak.. 


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails