Pages

Wednesday, September 11, 2013

Zulaikha dah mula guna seatbelt

Setiap hari mmg Ninie yang hantar dan ambik Zulaikha dan Yusouf. Sbb taska dekat je ngan opis. Selalunya Zulaikha mmg suka duduk depan. Kejap depan kejap belakang. Kekdg bimbang jugak, buatnye break emergency, mau tertonggeng jatuh. 

Nak jadi cerita, baru-baru ni, balik dari keje, Ninie balik umah kat Balok, jadinya lalu la jalan Bukit Berut. Kalau org Kuantan mmg tahu sgt jln tu. Gila tinggi bukit kat situ. Tapi suka lalu situ, sbb tak byk kereta. Lepas dah turun bukit ada simpang tiga nak ke Indera Mahkota, Ninie ingatkan org tu bg signal nak masuk simpang, sekali dia jalan terus, terus Ninie break emergency. Masa tu Zulaikha berdiri kat seat depan sambil isap botol susu. Sib baik la ibu tak bawak laju lagik. Terhantuk dia kat dashboard. Menangis meraung la Zulaikha. Puas jugak la pujuk

Lepas dah tgk dia ok. Terus ibu bebel.. ibu ni mmg suka bebel.. heheh. "tula.. byk kali dah ibu pesan, suruh duduk, dan pakai seat belt. Ikha ni selalu tak dengar ibu ckp..."

Zulaikha akur je pas tu.. dia terus redho je ibu ikat ngan seat belt...

baru reti nak duduk diam
 Alhamdulillah sejak hari tu, dia mmg pakai je seat belt... Berdebor oooo kalau anak jatuh. Mcm nak runtuh jantung ni..
Yusouf duduk seat belakang
Yusouf, mmg Ninie ajar dari baby lagik, dia duduk kat seat belakang. Awal-awal mmg dia byk ragam. Tapi lama-lama dia tak kisah dah. Kalau sekali sekala dia nangis tu, biasa dah. Dalam perjalanan mmg tak bg dia makan apa-apa.. takut lekat, sbb dia duk belakang... payah nanti. So kalau dia merepek ke apa.. terpaksala.. ibu chak chak ke.. menyanyi ke.. dah rupa badut pun ada.. utk ambik perhatian dia..

Itu la kan... penat sungguh sepanjang perjalanan nak sampai rumah... kalau dia tido.. mmg nikmat membawak kereta dengan aman.... hik hik hik hik.. 

2 comments:

  1. kak nini kene bli mainan stereng utk ucop duk blakang la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu. Tapi risau nanti nak bwk keter sendiri plak.. bahaya sekrg ni.. budak2 terlebih advanced. hahaha

      Delete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails