Pages

Wednesday, September 4, 2013

Yusouf kena HFMD kali ke-3 kena pulak sengat tebuan

Cuti tahunan Ninie sekarang dah tinggal 6hari. Mmg dah sgt kritikal. Tapi demi anak-anak, Ninie mmg betul-betul cuti sbb anak-anak aje. Amat berharganya cuti. 

Minggu lepas, Yusouf kena Hand Food Mouth Deases, kali ni dah kali ke-3 dia kena. Kali ni mmg amat pasti dia dpt dari taska. Cikgu  bagitahu asalnya anak nurse yang kena, tapi mak dia tak tahu, so baby kan mudah nak jangkit. Melalui air pun boleh. Kali ni tak teruk mcm dulu. Dalam mulut pun ulser satu je. Demam pun tak ada. Cuma kat tangan ngan kaki dia byk naik bijik-bijik kecik. Ninie bawak dia g klinik  biasa je. Sbb dah  tahu nak rawat mcm mana.

Hari Selasa, Ninie cuti, sbb nak uruskan dia, kena hantar ke mak Ninie kat Balok. Kena mintak bantuan sedara-mara untuk jaga Yusouf. Mak bukan tak boleh jaga, cuma kesian jugak kat mak ni, sbb dia jaga Humaira, adik Hannan yang masih baby. Baru 4bulan. Risau jugak jangkit.Tapi terpaksa, hantar aja la. Mak-mak sedara boleh  tolong jugak. 

Hari Rabu, Ninie sekeluarga mmg duk umah mak kat Balok. G keje dari Balok la. Zulaikha, mmg g taska. hari Rabu mmg ok je Yusouf, dia kena makan antibiotik sampai 5hari. Mak pun ok je jaga dia. Dia ckp, Yusouf senang je jaga. Tido lama..

tgh pasang drip
Hari Khamis, dalam kul4 petang, sepupu Ninie, Asilah tel, Ninie masa tu tengah sibuk menghias opis ngan bendera sempena Kemerdekaan, mmg Hp duk dalam bilik, tutup pintu, mmg tak brp dengar bila hp bunyi. Dah kali ke-5 Asilah tel, baru Ninie perasan, tgk kat Hp ada 5 miss call, chat FB, whats apa segala media telekomunikasi, semua orang kat Balok tu cuba tel Ninie. Ninie angkat call masa tu tak ada pikir apa-apa, pastu yang jadi panik, bila Asilah bagi tahu Yusouf kena gigit tebuan. 

Masa dengar dia kena gigit tebuan... berderau darah.. Tak tahu la nak kata mcm mana perasaan, sbb Yusouf tak ada depan mata, kalau kena depan Ninie ke, mungkin la Ninie tak la se panik ni. Tak tahu mcm mana keadaan Yusouf, Ninie suruh mak sedara Ninie bawak g kecemasan KSH. Jumpa Ninie kat sana je.

Mintak ngan bos nak balik awal, dlm perjalanan g sana, tuhan je tahu, hati ni tak berhenti berdoa, harap-harap Yusouf tak ada apa-apa. Masa ambik Yusouf ngan mak sedara Ninie, muka dia merah, tak pernah tgk muka Yusouf merah g tu. Tak tahu merah tu sebb nangis, atau dia alah ngan sengat tebuan. Terus bawah g kecemasan. 

Doc Siti bagitahu, sengat tebuan ni bahaya. Dia cerita pengalaman dia masa kat Kelantan, ada 3org kanak-kanak masuk hsptl sebb kena sengat tebuan. Disebabkan ingat kes tu kes biasa, diaorg letak dlm wad biasa tanpa pemerhatian. Malam tu, 3org tu alah ngan sengat tebuan, meninggal dalam hsptl. Satu lagik dia cerita, kejadian kat hsptl lain plak, masa tu dia sorg je doc pakar bertugas. Sorang lagik doc biasa. Doc siti mmg biasa suka dtg hsptl malam hari, sbb nak tgk pesakit dia. Masa dia round tu, dia  nampak ada sorg pesakit ni mcm dlm keadaan sesak nafas, lelaki dewasa. Dia tanya, rupanya pesakit ni kena sengat tebuan dan dia pasti pesakit tu alah ngan sengat tebuan. Syukur pada Allah, dia terus bg treatment. Alhamdulillah pesakit tu dpt diselamatkan.
duk perhati apa doc nak buat kat dia
Moral of the story, doc siti ckp, sengat tebuan ni tak semua orang alah, tapi ada kes org alah dalam  temph 36jam. Kekdg effect dia tu lambat. Jadinya untuk cegah, takut Yusouf alah, dia kena masukkan ubat. 

Kebetulan wad penuh, jadinya Yusouf kena pasang drip siap-siap dan Ninie kena dtg ke KSH every 6jam. untuk masuk ubat. Lepas dah masuk ubat petang tu, kul12mlm kena datang lagik, esoknya kul8pagi, kul12tengah hari dan last kul6 petang. 
kejap je nangis psg drip.. hero kan..
Alhamdulillah, merah muka Yusouf hilang, bengkak kat perut dia pun hilang. Allah je tahu kebimbangan hati ibu. Ninie mmg risau takut Yusouf jenis alah mcm Zulaikha. 

Mcm mana dia boleh kena gigit??? Mak Ninie cerita, masa tu mak Ninie tengah main ngan Yusouf dan Humaira, Yusouf riba kiri Humaira riba kanan... tetiba ada sekor tebuan masuk rumah, terus gigit kat perut Yusouf, meraung Yusouf menangis. Mak terus pegang tebuan tu ngan baju Yusouf. Tebuan tu mati mak Ninie bunuh. Letak Humaira. Berlari g rumah mak saudara Ninie kat depan rumah. Mak sedara Ninie taruk minyak ngan kapur. Dia ckp, doc pesan kalau kena gigit sengat, bubuh kapur untuk hentikan bisa tu kot. G tu laa.. Yusouf pun berhenti nangis.. Mak sampai lupa yang dia sakit lutut, tak boleh berlari ngan tak daya nak dukung Yusouf, tapi sebab dah panik, dia lari je. Kesian tok kan... 
tertido kepenatan
Harini Yusouf dah sihat. Dah g taksa semula. HMFD pun dah baik. Alhamdulillah. Bak kata sepupu Ninie, Najah, sesuai ngan nama Nabi Yusouf, banyak dugaan Yusouf hadapi, tapi dia tetap tabah dah bersabar. InsyaAllah...  

2 comments:

  1. ksiannye, dugaan utk anak bujang ni utk jadi lebih kuat yer lepas ni yusouf.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails