Pages

Thursday, September 12, 2013

Yusouf dah pandai makan sendiri

Yusouf macam Zulaikha jugak. Tak ada sangat masalah makan. Cuma Yusouf lambat je makan.. tak silap Ninie, masa umur 9bulan baru dia nak makan. Sejak baby, dia mmg tak makan pun makanan yang diblender halus. Sbb dia dah ada gigi masa umur 5bln. Dia pandai menguyah. Dia mmg tak suka makanan yang diblender. Masa mula-mula, dia banyak makan bubur nasi. Selalunya Ninie buat bubur nasi, campur kentang atau carrot, atau brokoli. Cara yang sama masa Zulaikha dulu. Boleh tengok history Zulaikha dulu kat SINI.

Sejak dah menjejak kaki ke alam setahun lebih ni, Yusouf suka meniru. Kalau dia tgk kita makan kat meja makan, dia pun nak makan sama. Kalau makan guna sudu, dia pun nak jugak. Ninie mmg jenis suka tgk anak mencuba. Bersepah tak kisah sangat pun. Mmg redho je la mengemas kalau tumpah segala makanan atas lantai... bagus tak ibu?? hehehe... perasan bagus!!! hik hik hik
berjaya rampas aiskrim dari kakak
 Sekarang ni mmg dia dah mula makan sendiri. Kalau kat taska mungkin cikgu suap lagik. Tapi kat umah, mmg dia makan sendiri. Balik taska, kul 8-9mlm mcm tu, waktu utk bagi anak-anak makan. Menu yang simple-simple sahaja. Sesuai dengan selera dia.
dah tak nak ibu suapkan
Selalunya Yusouf mmg makan nasi. Kalau nasi, mesti ada kuah. Sup ayam, sup sayur, sup bayam, sayur lemak labu ke.. dan seangkat yg tidak pedas... Benda paling senang, sup ayam. Buat  banyak-banyak, pastu sejuk beku. Bila nak makan, just masuk dlm microwave je. Panaskan. 

Lagi satu, paling dia suka, makan nasi goreng. Selalunya nasi goreng ayam, atau nasi goreng ikan bilis tanpa  bubuh lada. Mmg banyak dia makan. Kakak Zulaikha pun sama.. Zulaikha mmg bertambah kalau makan.. 

Pinggan makanan kena cari yg sesuai. Sbb Zulaikha pernah ada pinggan jenama BEBE ni, sampai sekrg dia guna. Dapat hadiah dari Mak cik Has. Mmg suka sgt pinggan ni, pinggan ni 'dalam'... mudah dia nak ambik makanan dengan sudu. Ada tempat letak sup. Senang nak asingkan sup ngan nasi. Kekdg dia berdua hirup sup sahaja.. Baju mmg basah lenjun. Huhuhu.. asalkan dia bahagia.. ibu happy tgk anak makan ngan seleranya.. walaupun ibu bukanla expert memasak. Bila anak makan byk terasa diri ini seperti chef yg hebat... weee~ jgn rasa loya ye kengkwan... bye!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails