Pages

Friday, September 6, 2013

ibu... abu..

cikgu hantar gambar Yusouf baru bangun tido. Mood yg sangat happy
Yusouf sekarang dah setahun 4bulan. Dah besar anak comei ibu. Kalau tanya Zulaikha, Yusouf anak siapa..? dia akan balas.. "Yusouf anak comei ibu la.." Ikha anak siapa? mesti dia jawap.. "Ikha anak comei apak la.." hahaha.. ntah apa dia faham kan maksud tu. Huhuhu. Yang penting dua-dua tu mmg anak comei ibu dan apak.. 

Sejak mencecah umur setahun, Yusouf dan mula sebut-sebut perkataan. Tak banyak perkataan yang kita faham sangat. Paling dia suka sebut "tak ada". Apa yang tak ada pun tak tahu la.. hehehe. Kakak ipar Ninie selalu gelak kan dia.. "asyik tak ada je.. ntah apa yang ada ..." heheheh. 

Satu lagik dia suka sebut .."Ate" kalau panggil dia "ate" mesti dia jwp jugak.. ate... pastu bersambung ngan bahasa-bahasa dia yg tak tahu apa.. heheh.. masa ni mmg suka nyakat dia berckp.. mcm bercerita dengan kita plak. Padahal dia tak tahu... kita tak faham pun dia ckp apa.. hehehe

gambar kat taska, kwn dia iman kejut dia bangun suh mandi
Kalau duduk dalam kereta, dia akan duduk dlm carseat dia kat seat belakang tepi tingkap. Nanti dengar la dia ngomel.. "tak da.." " tuh tuh tuh tuh..." sambil tunjuk ke langit... pastu ..."bird bird bird" maksudnya dia nampak burung terbang... pandai plak dia sebut bird dengan betul... well done Yusouf! 
muka terpaksa bangun
Semalam tengah solat maghrib, dia dtg kacau Ninie solat, kekdg tengah solat nak tergelak gak.. nampak sangat ibu tak kusyuk masa solat kan.. Dia suka tiru ibu solat. Sujud mcm menonggeng je.. hahaha... Bab doa paling best.. bila kita Amin.. dia pun angkat tgn berdoa.. pastu dia buat mcm ibu.. "psttspststss" berdoakan la kononnya.. pastu letak tangan kat muka.. amin.. Semoga Yusouf jadi anak yg soleh nanti.. Amin.

Semalam word baru dia.. "abu... abu... abu" rupanya dia panggil ninie.. ibu... ibu.. ibu.. tu la maksudnya. dan sepanjang malam sebelum dia tido.. mmg asyik duk panggil abu.. sweetnye comei ibu ni.. adik kakak Zulaikha.. 



No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails