Pages

Thursday, August 29, 2013

Zulaikha yang jinak-jinak merpati

Zulaikha sekarang dah 3tahun 6 bulan. Karetor dia dari dulu sampai sekarang nampak lebih kurang je. Dia jenis jinak-jinak merpati. Nampak mcm mesra, tapi bila pergi dekat dia, dia lari. Dia mmg tak pandai berkawan sangat. Rasanya ngan semua orang di macam tu. Pernah Ninie tanya cikgu Zulaikha kat sekolah mcm mana keadaan dia kat taska. Cikgu ckp, dia kat sekolah pendiam dan pemalu, tak berckp. Payah nak dengar suara dia. Kalau nak ajak dia buat aktiviti tu agak susah, kena pujuk baru dia nak buat. 

Yang peliknya, kalau dengan Ninie atau Zex, dia memang suka bercakap. Tak henti bercakap. Kalau ambik dari sekolah, macam-macam la dia bercerita hal kat sekolah. Ada sorang cikgu tu, dia panggil "cikgu besar". Mulanya Ninie ingat, pengetua taska dia. Tapi, ada satu hari tu, dia tunjuk, mana satu cikgu besar. Cikgu tu bukan gemuk, cuma cikgu tu tinggi dari cikgu lain.. Hehehehe. Tak pasal cikgu ada nama timangan.

Kalau dengan famili pun dia mcm tu, kalau belah Zex, ada orang yang dia biasa je dia akan bercakap. Kekdg orang hulur dia makanan pun dia tak nak ambik kalau dia tak berapa rapat. Terpaksala orang tu bagi kat ibu dulu, dan hulur kat dia. 

Berkawan pun sama, kalau dia ckp .. "wiwie tu kawan ikha". Maknanya dia suka la orang tu. Kalau dia tak sebut, mmg dia tak kawan. Kekdg kesian tgk dia, sepupu semua seronok bermain, dia je yang tak main, dia cuma tgk. 

Hopefully Zulaikha nanti boleh belajar berkawan... risau jugak ibu. Takkan nak main sorang diri je kan. Mungkin umur dia belum pandai la berkawan.. kekdg ramai gak pelik sbb dia duk  taska, patutnya pandai kawan, tapi dia tak macam tu. Zulaikha.. zulaikha.. :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails