Pages

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

peace!
Kali ni lama betul tak update blog. Mmg penyakit malas ni sering menyerang. Tak boleh buat apa dah. Heheheh. Last update bulan June. Ni dah bulan Ogos. Okla still dlm mood raya kan..

Sempena masih berada di bulan Syawal ni, Ninie sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maaf kesalahan yg mana sengaja atau pun tak sengaja.. Untuk cousin Ninie, Mardhiah Afiqah Kasim yang duduk kat New Zealand tu, hahahah.. awk jgn susah hati ye. K.ninie dah makan semua bahagian awk. W'pun eksyen mengepos video beraya di perantauan.. Raya kat Kg lagik besssst!.. jangan nangis aaaa.... 

Raya tahun ni mmg agak haru biru pasal mencari baju. Tema baju raya tahun ni, color tequois.. Color ni Ninie yang pilih, ingatkan senang nak cari color ni kat kedai. Mmg gila mencari kain. Masa sebelum puasa dah Ninie cari.. Kamdar, Nagoya, kedai tepi jalan.. kedai mamak.. semua tak ada color ni. Lastnya jumpa kat OGY. Aduhai mmg susah.. dah dapat  baju Ninie ngan Zulaikha, nak buat baju utk hero plak susah. Mulanya rasa mcm nak jait sendiri.. Tapi.. mmg malas.. (sejak anak 2org .. malas makin bertambah). Minggu terakhir Ramadhan, Ninie g kedai Gene Martino, kebetulan balik Pekan, g beli kat Pekan aje la. Size Yusouf ada, Apak plak tak ada saiz. Mujurla.. cawangan Temerloh ada saiz Apak, diaorg hantar ke cawangan Pekan. Ninie dtg ambik sehari sebelum raya. Tapi lega rasa, ada jugak baju raya sedondon.
Keluarga besar famili Zex
Color dah mcm-mcm, nak kata teqois boleh.. cyan pun boleh.. lantok lee.. asalkan ala-ala.. semua org dah jadi buta warna.. hihihihi... Gambar famili blah Ninie.. mmg payah nak ambik, especially Mak ngan Abah.. diaorg sokmo tak nak pakai baju raya.. Tak apa.. tahun depan, kena atur strategi memaksa abah ngan mak!

Masa raya, saya bayangkan sy la hebat ngan color teqois... Tapi... setiap sudut org pakai baju teqois.. Hahahahah.. rasa kelako plak, bila g jalan raya, jumpa color sejenis ni. Dah jadi mcm satu rombongan plak kan.. Yang tak tahan, ada jugak alas kaki pun color teqois.. dah sama color ngan baju.. hahahah

Apa pun, raya mmg meriah tahun ni... Beraya agak sakan... Seronok kan kalau dapat jumpa saudara-mara dan kengkwn yang jarang-jarang jumpa. Cousin Ninie plak sorg tu, kawen masa raya. Raya ke-3, Kawen ngan org Manir. 
Wardy dan Ily
Kepada Wardy dan Ily, Kak Ninie sekeluarga doakan, semoga jodoh kekal hingga ke syurga. Amin.. Bila Wardy dah mengakhiri zaman bujang ni.. makanya.. cousin-cousin lelaki yg masih bujang.. sila ambil perhatian je.. hahaha.. peace yaw!

2 comments:

linkwithin

Related Posts with Thumbnails