Pages

Wednesday, June 19, 2013

Yusouf Dah Dapat Lesen 'L'

berjalan ke sana ke mari
Yusouf sekarang 1 tahun 1 bulan. Lambat jugak la dia pandai berjalan berbanding dengan Zulaikha. Setiap anak tu mmg berbeza kan.. Alhamdulillah pas balik dari Penang dia dah dapat lesen L. Masa kat sana, dia bangun, jalan skit.. jatuh, pastu asyik mintak tangan kita suruh pegang sbb dia nak berjalan.. Masa kat Penang ramai orang.. maka ramaila jadi mangsa dia.. heheheh
happy tak perlu mintak tangan orang lain dah
 Sejak dah dapat lesen L ni, dia asyik berjalan selagi tak mengantuk. Kalau dalam rumah tu merata tempat dia jalan.. tapi yang tak tahan, sambil jalan... sambil memunggah.. bila dia jalan.. dia terjumpa almari kain terbuka, dia berhenti kejap.. pungah semua kain.. pastu sambung jalan kat lain pulak.. mmg huru hara rumah!
start jalan lagik
Lagik kelakar, kalau dia mengantuk, tapi masih nak jalan sana sini.. dia akan berhenti, pastu duk cangkung.. nangis.. bukan ada orang buat atau pun dia jatuh ke.. mmg dia nangis sbb ngantuk nak tido.. tp nak jalan lagik.. dah tu mcm mana.. ibu mmg tak tahan tgk.. terus dukung.. tido kan dia.. esok pulak la ye Yusouf.. sambung jalan esok pulak.. kumpul tenaga dulu.. nanti nak g assesment lesen P pulak.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails