Pages

Thursday, June 6, 2013

Jahitan: Butterfly Dress Qaseh dan Nana

Ni baju Qaseh
Lama sangat dah Ninie tak menjahit. Bila ada anak-anak yang sedang membesar ni mmg tumpuan utama mesti pada anak-anak dulu. Lagi pun budak berdua tu mmg bikin ibu pening kekadang.. hahahah..

Minggu bila ntah jahit baju ni. Tempahan dari jiran depan rumah. Rasanya inilah tempahan paling lambat Ninie siapkan. Lama betul dah K.Anie bagi kain. Actually kain ni, kain Ninie beli kat Alamoda masa sale, pastu Ninie jual kat K.Anie. Kalau buat baju Ninie, tak tahu la tahun bila boleh siap.

Bila orang tempah tak siap, mmg tak aman tidur malam, asyik teringat je semua kerja-kerja yang dlm list. Alhamdulillah, setelah bertekad yg kuat, Ninie berjaya siapkan. K.Anie request baju mcm baju Zulaikha, butterfly dress utk Qaseh, kakak Nana, just buat lengan panjang je.
 Belakang tali besar, kalau tali kecik, bila basuh, dia suka bergulung.. susah nak jadi riben..
 Lengan butterfly dari kain yang sama
 Leher piping je
Baju Nana
Nana ni baru sekolah rendah, tapi dia jenis besar dah tinggi.. rasanya mummy dia pun muat baju dia ni.. Hehehe.. Sangat-sangat lega dapat siapkan baju anak-anak K.Anie. Diaorg pakai g kenduri, intai kot pintu depan, nampak diaorg pakai nak g kenduri.. heheh suka!


2 comments:

  1. cantik! saya baru start belajar menjahit. Jom tukar2 link! :)

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails