Pages

Wednesday, June 19, 2013

Yusouf Dah Dapat Lesen 'L'

berjalan ke sana ke mari
Yusouf sekarang 1 tahun 1 bulan. Lambat jugak la dia pandai berjalan berbanding dengan Zulaikha. Setiap anak tu mmg berbeza kan.. Alhamdulillah pas balik dari Penang dia dah dapat lesen L. Masa kat sana, dia bangun, jalan skit.. jatuh, pastu asyik mintak tangan kita suruh pegang sbb dia nak berjalan.. Masa kat Penang ramai orang.. maka ramaila jadi mangsa dia.. heheheh
happy tak perlu mintak tangan orang lain dah
 Sejak dah dapat lesen L ni, dia asyik berjalan selagi tak mengantuk. Kalau dalam rumah tu merata tempat dia jalan.. tapi yang tak tahan, sambil jalan... sambil memunggah.. bila dia jalan.. dia terjumpa almari kain terbuka, dia berhenti kejap.. pungah semua kain.. pastu sambung jalan kat lain pulak.. mmg huru hara rumah!
start jalan lagik
Lagik kelakar, kalau dia mengantuk, tapi masih nak jalan sana sini.. dia akan berhenti, pastu duk cangkung.. nangis.. bukan ada orang buat atau pun dia jatuh ke.. mmg dia nangis sbb ngantuk nak tido.. tp nak jalan lagik.. dah tu mcm mana.. ibu mmg tak tahan tgk.. terus dukung.. tido kan dia.. esok pulak la ye Yusouf.. sambung jalan esok pulak.. kumpul tenaga dulu.. nanti nak g assesment lesen P pulak.. 

Tuesday, June 18, 2013

Balik Penang dan Jalan-jalan Cameron

susahnya handle anak tanpa apak ni
8 Jun 2013, Hari Sabtu, Ninie balik Penang, Abah Ninie mmg asalnya orang Penang. Lama dah rasanya Ninie tak balik Penang. Rasanya last Ninie balik Penang, masa Zulaikha baby, tak pandai lagik jalan. Lepas tu Abah ngan Mak je balik. Balik kali ni mmg tujuan nak g kenduri. Sepupu Ninie blah penang ni kawen. Dia kawen ngan orang Kelantan. Sorry eh.. gambar dia mmg Ninie tak ambik. Sangat huru-hara balik Penang kali ni sbb Zex tak ikut sekali. Zex kerja sabtu & ahad tu.

Ninie balik sana hari sabtu ngan adik Ninie & Familinya. Adik ipar Ninie yang bawak kereta. Abah jadi co-pilot. Mak, Along ngan isteri dia dtg lambat sikit, sbb Along Ninie ni dia berniaga pasar malam, jual tudung, jadinya lepas meniaga baru dia bertolak ke Penang. rasanya tengah malam dari Kuantan, sampai pagi kat Penang.

Masa dalam kereta, budak berdua ni mmg susah nak kawal. Zulaikha dia mmg ngan Zufar Hannan, menjerit, melompat dan mcm-mcm hal la dia buat ... Yang Ninie dukung Yusouf, adik Ninie plak ada anak kecik.. baru pas pantang. Rasanya tersekse jiwa raga nak sampai ke Penang. 
dengan cousin-cousin
Ninie pergi 3buah kereta. Kereta Ninie, Along ngan mak sedara Ninie. Yang mak sedara Ninie dtg dari KL, kitaorg jumpa kat RNR. Masa berhenti kat RNR mmg susah nak makan, nak order pun susah, sbb dukung Yusouf ngan mengawal gerak gerik Zulaikha ngan Hannan. Sib baik mak sedara Ninie sampai, leh la mintak cousin Ninie tolong belikan makanan.. kalau tak.. mmg kebulur laa jawapnye... huhuhu
Zufar Hannan Marissa, masa ni Zulaikha gaduh ngan Marissa, jadinya duk jauh-jauh.. hahaha
Mama marissa pun ngan anak kecik, baru pas pantang belaka.Tapi diaorg suami ikut belaka.. Ninie aje laa single mingle.. huhuhu
happy naik feri
Lepas kenduri, Along ajak g makan Pasemboq kat Padang Kota, masa tu dah malam. Punyala lama tak balik Penang, jalan g Padang Kota pun kitaorg tgk GPS. Hehehe. Zulaikha mmg suka sangat naik feri, mulanya dia tak nak.. sbb seblum naik Ninie bgtahu dia, jap lagik nak naik feri.. tahu apa dia jwp?? hahaha.. dia ckp.. "tak nak ibu naik jeri... nanti dia gijit..." pelik sungguh takkan la feri bleh gigit.. soal punya soal.. rupanya dia bayangkan... feri tu.. mcm Gary dalam citer spongebob.. ohhh laa anak!
wit maklong
Sepanjang jalan dalam feri tu, Zulaikha diam je.. ingatkan dia takut ke apa.. rupanya suka sangat.. sampai balik pun naik feri lagik.. sampai esoknya pun sebut lagik nak naik kapal.. nak tgk laut...lain kali plak la ye...
strawberi dah habis kena kutip
Balik semula ke Kuantan hari Isnin, tapi diaorg ajak singgah Cameron Higland. Ninie ikut ajela.. Seronok juga kan g jalan-jalan ni. Kitaorg naik ikut Simpang Pulai. Sampai Cameron dah agak lewat, dlm kul2ptg, sbbnya.. dari Penang lambat. Mak ngan Abah nak menyinggah umah sedara mara.. Yang Mama Marissa, pas kenduri dah g Cameron, sbb nak tido sana semalam.. kiranya janji nak jumpa kat Cameron.. tapi lain jadinya.. kitaorg sampai Cameron, diaorg dah turun balik ke Kuantan.. huhuhu tak berjumpa la kami ni..
makan-makan !
Sampai Cameron, mak sibuk dah mencari makanan kegemaran dia, Jagung!.. puas laa mencari, pasalnya kitaorg dtg ni masa dah habis cuti sekolah, jadinya mmg banyak kedai dah tutup.. bak kata cousin Ninie .."orang cameron tengah kaya.. tengah kira duit sekarang ni.." Dek kerana kecewa, jagung yang diidamkan tak dapat... Along ajak g makan-makan.. Agro Farm kot nama dia.. Ninie pun tak ingat.. hahaha.. Sampai terus je melantak.. 
rombongan cik kiah
Makanan semua sedap!!!.. semua high kolestrol.. sugar not freee!.. hahaha
air butterhead
Saper pernah g Cameron mesti pernah rasa air ni kan.. Butterhead.. ada ke Sayur Salad buat air.. Walaupun Ninie ni peminat sayur sejati, tapi air ni mintak maaf le.. mmg tak habis.. dia tambah air soda.. lagik rasa pelik.. masa minum tu.. rasa mcm tercekik!!.. Ninie bg Abah rasa, abah ckp ..."rasa loya!" hahaha
mak ngan abah.. :-)
Abah ni mmg payah nak ajak berjalan.. tapi kali ni dia ikut je. Abah Ninie ni, mmg ada kencing manis, tgk keadaan dia makan.. mmg sangat risau.. tapi lepas hajat dia nak rasa kan..
 Zulaikha ni, kerja dia.. main je.. ada plak Zufar Hannan.. Maklong ngan Paklong dia pun serender.. hahah
Bila jumpa alat yang boleh dibuat mainan... hancur habis makanan.. 

berebut nak naik atomen
Sampai Cameron, budak berdua ni mmg tak kisah pun dunia keliling.. yang penting boleh main.. setakat mainan mcm ni... kat kontan pun ada anak oiii...
cousin Ninie, mak Ninie ckp, Yusouf ikut rupa ngan rambut dia.. ye kot..
Bila dah makan-makan tu, mmg dah lewat kat Cameron, pastu nak jumpa plak Cousin Ninie yang kerja di Cameron ni. Dia duduk kat Ringlet. Bila dah g umah dia, masa tu dah maghrib, semua orang buat keputusan tak jadi balik, sbb dah lewat, jalan turun ke Raub tu, gelap dan bahaya.. Bermalam plak la kat Cameron umah sepupu Ninie ni.
kat Ladang Teh Mardi
 Alang-alang dah tido Cameron, meneruskan misi mencari jagung mak.. Akhirnya dapat jugakla beli. Banyak gila dia beli.. Sampai tak daya nak makan.. mak Ninie mmg g tu.. kalau bab makanan ni.. dia akan pastikan makanan tu banyak, dah cukup boleh jamu semua org keliling rumah.. heheheh
Adik Ninie, Zetty with Husbnd dia, Zul.. & Zufar Hannan.. 
 Masa jalan-jalan kat Mardi, tak bawak yang kecik, Humaira ngan Yusouf tinggal ngan Tok dan Maklong.. Baru la ibu leh ambik gambo.. poyo betul la ibu kan..
salad.. bestnye kalau leh tanam belakang umah..

budak tak reti duk diam
Pas Zohor, baru la kami balik ke Kuantan, sib baik la masa dalam kereta, budak-budak baik ni, tido kepenatan sampai kat RNR Lanchang.. kalau tak.. krem mulut ibu duk pot pet pot pet.. 
Alhamdulillah.. sampai Kuantan kul7 malam.. penat rasa duk dalam keter, rasanya baik la bawak keter dari duk pegang anak kecik.. sengek pinggang! 


Thursday, June 6, 2013

Yusouf berhenti breastfeeding masa umur 7bulan

makan aiskrim....comot!!
Yusouf sekarang dah hampir setahun sebulan. Baru boleh berjalan. Belum expert lg. Tak sabar tunggu boleh jalan laju. Nak kena pimpin tangan dia tiap kali berjalan, sakit dah pinggang ibu ni.. hehehe

Nak citer pasal perjalanan penyusuan susu ibu baby Yusouf yang tidak mencapai target sebenarnya... Yusouf dapat eklusif breastfeeding selama 6bulan, tapi masuk umur dia 7bulan, susu Ninie makin merudum, macam-macam cara dah Ninie cuba, tapi tak berkesan, susu merudum tu start sebelum 6bulan lagik, sampai stok simpanan susu habis.. Ninie cuba makan makanan tambahan, mcm shaklee, tapi Ninie alah pulak ngan shaklee. Ninie ada juga guna petua org tua-tua, makan peria, makan jantung pisang dan seumpama dengannya.. tapi tak ada hasil... ataupun usaha Ninie tak sekuat mana....???? 

Kalau ikutkan apa yang Ninie buat masa Zulaikha dulu, Ninie dah praktikkan semua, Zulaikha BF sampai umur setahun 6bulan, tu pun berhenti sebb Ninie tak datang period, dan peluang untuk pregnant anak ke-dua amat tipis, jadinya Ninie pun berhentikan dia BF. Lepas sebulan berhenti, datang period sekali, terus ngandungkan Yusouf :-)

Lastnya, Ninie malas dah pikir, tapi pujuk jugak hati.. yelaa rasa terkilan jugak, Ninie target at least setahun... tapi tak ada rezeki Yusouf kot. Baru Ninie faham perasaan orang selalu bagitu dah cuba mcm-mcm tapi susu still tak banyak mana... 

Tapi mmg berbeza, anak yg BF lama ngan kejap, Zulaikha, antibodi dia kuat skit kot, Yusouf selalu la sakit.. tapi doc ckp, bawah 2tahun, mmg mcm tu, tengah nak bina antibodi. Hopefully Yusouf imune dah ngan sakit pas ni :-) 

Jahitan: Butterfly Dress Qaseh dan Nana

Ni baju Qaseh
Lama sangat dah Ninie tak menjahit. Bila ada anak-anak yang sedang membesar ni mmg tumpuan utama mesti pada anak-anak dulu. Lagi pun budak berdua tu mmg bikin ibu pening kekadang.. hahahah..

Minggu bila ntah jahit baju ni. Tempahan dari jiran depan rumah. Rasanya inilah tempahan paling lambat Ninie siapkan. Lama betul dah K.Anie bagi kain. Actually kain ni, kain Ninie beli kat Alamoda masa sale, pastu Ninie jual kat K.Anie. Kalau buat baju Ninie, tak tahu la tahun bila boleh siap.

Bila orang tempah tak siap, mmg tak aman tidur malam, asyik teringat je semua kerja-kerja yang dlm list. Alhamdulillah, setelah bertekad yg kuat, Ninie berjaya siapkan. K.Anie request baju mcm baju Zulaikha, butterfly dress utk Qaseh, kakak Nana, just buat lengan panjang je.
 Belakang tali besar, kalau tali kecik, bila basuh, dia suka bergulung.. susah nak jadi riben..
 Lengan butterfly dari kain yang sama
 Leher piping je
Baju Nana
Nana ni baru sekolah rendah, tapi dia jenis besar dah tinggi.. rasanya mummy dia pun muat baju dia ni.. Hehehe.. Sangat-sangat lega dapat siapkan baju anak-anak K.Anie. Diaorg pakai g kenduri, intai kot pintu depan, nampak diaorg pakai nak g kenduri.. heheh suka!


linkwithin

Related Posts with Thumbnails