Pages

Tuesday, May 14, 2013

Happy Birthday Eizz Yusouf - 1 Tahun

Gambar masa kat klinik, nak cucuk setahun
8 Mei 2013 genap umur Yusouf setahun. Sekejap betul masa berlalu. Dah setahun umur Yusouf. Yusouf ni mmg kurang ragam, jadi membesarkan dia tu rasa macam kejap je. Ataupun memang masa yang cepat berlalu?? Hari Birthday dia, Ninie bawak g klinik Balok. Cucuk setahun. Berat dia sekarang 9kilo. Alhamdulillah bertambah dah berat dia lepas dia kena rotavirus hari tu.

Dia masih tak pandai lagik jalan, baru nak mengatur langkah. Berdiri tanpa pegang dah pandai, cuma bila bab jalan je, dia mintak tangan kita suruh pimpin dia. Bab ni mmg tak daya, mahu sebulan dua jugak ibu kena pimpin dia jalan setiap hari, membongkok la ibu, tapi ibu akan sentiasa pegang tangan Yusouf, walaupun Yusouf dah pandai jalan, ibu akan pimpin Yusouf supaya dapat jadi anak yang soleh kelak.. Amin..

Birthday Yusouf, Ninie tak ada buat majlis meriah macam Zulaikha. Bukan apa, masa Zulaikha tu kebetulan masuk rumah baru, jadinya bersempena kenduri masuk rumah.Masa Yusouf, kami celebrate kat umah je. Ninie hantar cupcakes untuk kawan-kawan Yusouf kat taska. Jiran sebelah rumah yang buat kan. Terima kasih ye Kak nor.

Balik Balok, tok buat mee sup, dan panggil saudara-mara yang dekat-dekat. Tok tu teringin nak buat nasi dagang, tapi dia sibuk sangat, sejak adik Ninie dapat anak, masih dalam pantang, jadinya mak Ninie ni sibuk la kena jaga kedai jahit dia. Terima kasih tok dan tokki sebab nak jugak buat untuk Yusouf, walaupun secara kecil-kecilan.
 Kek Yusouf ni pun jiran sebelah rumah yang buat. Nampak tak tangan Zulaikha, awal-awal lagik dah hilang segala hiasan atas kek. Zulaikha paling tak sabar nak sambut birthday Yusouf. Dia mmg ingat!. Masa petang , ambik dia dari taska, cikgu Misah bagi dia cupcakes satu. Dia terus cakap, "Birthday Yusouf kan..." Padahal dia tak tengok pun cupcakes tu masa hantar..

Yang lagik kelakar, sepupu dia, Zufar Hannan, dia suruh ibu dia beli kek untuk birthday Yusouf, tapi dia yang makan, Yusouf pun tak sempat nak tengok.. hahaha
70 biji cupcakes tempah dengan Kak Nor. Comel kan, tak sangka Kak Nor buat secomel ni!!!  Ibu pun geram nak makan... 
Sticker ni Ninie tempah kat kiosk dalam Giant je.. senang.. malas nak print sendiri..
 Tercengang Yusouf tengok apak tiup lilin.. 
 Anak ibu Yusouf, semoga jadi anak yang soleh nanti ye. Ibu sayang sangat Eizz Yusouf dan Zulaikha :-). walaupun majlis kita buat kecil-kecilan, tapi amat bermakna buat ibu ngan apak. Eizz Yusouf dan Zulaikha, hadiah terindah dari Allah untuk ibu dan apak.

Kepada semua yang wish birthday Yusouf, doa untuk Yusouf, bagi hadiah untuk Yusouf ... terima kasih tak terhingga.. Semoga Allah limpahkan rezeki untuk semua :-) 

2 comments:

linkwithin

Related Posts with Thumbnails