Pages

Thursday, April 4, 2013

Yusouf Kena Jangkitan Tangan Kaki Mulut Pulak.........

*gambar google
 Lama tak tulis entry.. Sibuk mcm-mcm benda. Yang tak sibuk pun, buat-buat sibuk. Minggu lepas dan lepas lagik.. dalam 23 Mac (Sabtu) g tu la.. Malam tu Yusouf demam tiba-tiba. Sebb panas lebih dari 38.5cc Ninie bagi ubat masuk ikut bontot. Demam dia pun ok.. kebah...

Siang tu seharian dia nampak ok je.. Tapi hari Ahad, dia demam lagik, pastu Ninie hairan kenapa dia asyik meleleh air liur. Kalau dia duk tgk HP, menitik-nitik air liur dia keluar. Pastu air liur dia berbau sikit. Tapi tak syak apa-apa lagik masa tu.

Kebetulan seharian tu Ninie duk menjahit baju mak mentua, jadinya tak mengecek dalam mulut Yusouf. Dah siap je jahit baju, terus Ninie ngan Zex balik Pekan, hantar baju, sbbnya baju tu nak pakai kenduri kawen anak sedara Zex. Kalau nak tunggu je balik nanti, takut silap jait ke apa, sempat la nak alter kan..

Masa kat umah mak mentua, Ninie perasan kat lidah Yusouf ada putih-putih, tapi tahu je la baby kan.. bukan senang nak bukak mulut dia, yerlaa.. sakit tu..

Susu pun dia kurg nak minum bila dah jadi g tu. Masa dia nangis, kompem nampak ngan jelas, atas ngan bawah lidah dia penuh ngan ulser. Dia pun demam, jadinya Ninie tak syak sgt lagik, mungkin dia ulser sebab panas sangat.
*gambar google
Balik rumah, Ninie tak puas hati, cek semula mulut ngan tapak tangan dia, mmg nampak naik biji-biji, tapi tak banyak.. dalam 2-3 biji je. tu pun baru nak keluar, mmm dalam hati tu, rasanya Yusouf ni kena Hand Foot Mouth Dieses ataupun bahasa Melayunya, jangkitan tangan kaki dan mulut. 

Malam tu, Yusouf mmg tak berapa tido, sekuat hati dia menangis. Sakit dalam mulut agaknya, pastu demam lagik. Kepala dia mmg panas. Zex ngan Ninie mmg tak tido sbb dia asyik menangis tak henti-henti. Sib baik la Zulaikha tu jenis tido mati, dia bukan sedar pun adik dia meraung.

Ninie ngan Zex sampai tak tahu dah nak pujuk dia macam mana, sakit sangat agaknya, pastu Ninie bubuh air atas kepala dia, pastu bagi dia minum air masak. Akhirnya... dia tertido atas riba Ninie... tapi dia tido kejap je, dalam setengah jam je. Pastu dia meraung balik. Susu dia tak nak.. sampai ke pagi la dia macam tu. Kami berdua dah mengantuk gila.. tapi risau tertido, tak sedar plak dia demam..

Pagi Isnin, terus decide tak g kerja, kena bawak Yusouf g jumpa peads la nampak gayanya. Selalunya kalau nak g KSH, Ninie akan call dulu utk memastikan doc Siti ada. Ntah mcm mana hari tu, Ninie ngan Zex redah je g KSH. Sampai je kat kaunter nak daftar, rupanya doc Siti cuti panjang.. Terus g tanya peads lain, Doc Lee, tapi nurse suruh datang kul2.30.

Masa tu lama sangat kalau nak tunggu 2.30, Yusouf pun ok, tak la nangis.G kedai tayar, cek tayar, sbb dah bunyi pelik, terjatuh lubang.. huhuhu Ninie kan expert bawak keter.. Formula one la katakan.. rupanya teruk rosaknya... terbang RM200++.

Mulanya nak g KSH, tapi malas plak nak masuk ke situ, terus g jumpa doc Yaw kat Jalan Beserah. Penuh gila klinik dia.. dari kul 2 kot Ninie tunggu.. kul4 baru jumpa doc. Sib baik jugak dalam tu ada byk mainan, jadinya Zulaikha asyik main je la.. Yusouf.. senyap.. mcm tak larat..
spray dalam mulut
 Doc mmg sahkan Yusouf kena jangkitan tangan kaki dan mulut. Jadinya kompem la tak boleh hantar ke taska. Sbb penyakit ni berjangkit. Ninie call juga taska, tanya kot-kot ada budak lain kena, Yusouf berjangkit, tapi cikgu ckp, tak ada pulak.. mmm mungkin ada la tu kat mana-mana.. Just ingatkan cikgu suruh basuh semua mainan yang Yusouf main, tempat tido dia.. sbb penyakit ni mudah berjangkit melalui air liur...

Doc bagi ubat:-
Antibiotik
Oral Aid untuk bb - sapu sebelum minum susu, sbb nak bagi kebas mulut dia, baru dia boleh menelan.
Ubat spray dalam mulut - lepas dah minum susu, baru spray.
Ubat demam ..

Doc pesan, jangan bagi susu suam, bagi yg sejuk, kalau boleh letak dalam peti ais sekejap, sbb bila ulser elok ambik yang sejuk untuk kurangkan rasa sakit.

Kena pastikan dia banyak minum susu dan air masak, sbb tak bagi dehydrated. Kalau dia dehydrated kena bg dia makan aiskrim vanila, sbb aiskrim vanila mengandungi susu.. dan ada gula nak bg dia tenaga.. tapi alhamdulillah, Yusouf kena tu peringkat awal, jadi tak ada la sampai dehydrated, cuma dia demam teruk sikit.
menonggeng je.. tak larat
Demam dia mmg teruk sangat, setiap 4jam kena bagi makan ubat. Ninie cuti 3hari, lagik 2 hari mak ngan cousin Ninie jaga.. mujurla diaorg nak jaga... kalau tak.. 5hari la Nini kena cuti..

Yang Zulaikha pulak, dah berdua dengan cousin dia si Hannan tu... mmg macam-macam hal dia buat. Ada satu petang Ninie balik, tgk dia dah pakai baju tido, tapi baju comot, muka comot.. dah mcm kucing! .. Masuk je rumah, mak cerita, mak sibuk ngan Yusouf, dia ngan Hannan tak  tahu ke mana, sedar-sedar... ada kat belakang rumah, dalam reban kucing!!!.. mak pelik mcm mana dia boleh boloskan diri masuk dalam reban kucing yang pintunya sangat la kecik... muka dia calar balar kena dawai... tangan pun sama..

aduihai.... sentap ibu!.. oooo Zulaikha... baik nya ye... fening ibu!

Alhamdulillah masa hari yang ke-6 Yusouf makin sihat, cuma tak boleh lagik keluar sangat, sampai cousin Ninie kawen kat Mentakab pun tak dapat la nak join.. terpaksala. Hari Ahad plak, anak sedara belah Zex kawen, nak tak nak kena balik juga sana, tapi masa tu dah last day Yusouf kena ambik antibiotik, dia pun alhamdulillah.. sihat... Mcm-mcm dugaan anak-anak ni kan.. baru je dia baik dari pneumonea, sihat la sebulan... kena pulak sakit ni... Dugaan.. setiap dugaan pasti ada hikmahnya kan.. Semoga Allah terus bagi kesihatan yang baik kepada kita semua, Amin..!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails